Senarai R&R PLUS Dibuka & Kebenaran Aktiviti Dine-In Mulai 11 Okt 2021

Susulan pengumuman rentas negeri yang dibenarkan mulai 11 Oktober 2021, pihak PLUS telah memaklumkan senarai R&R dan hentian yang dibuka beserta panduan SOP dan kebenaran aktiviti dine-in.

Pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan, memastikan baki kad Touch ‘n Go mencukupi & patuhi SOP yang ditetapkan.

Aktiviti dine-in dibenarkan untuk pelanggan yang telah lengkap vaksin di lokasi R&R PLUS seperti yang tertera dalam visual di bawah.

Selain lokasi tersenarai, pembelian makanan & minuman secara BUNGKUS SAHAJA yang dibenarkan sehingga makluman lanjut.

Pastikan anda patuhi SOP yang disarankan sebelum masuk ke kawasan R&R.

Rujuk senarai lokasi R&R yang dibuka di bawah.

Waktu Operasi R&R PLUS Mulai 11 Oktober 2021

R&R PLUS akan dibuka dari jam 6:00 pagi -12 tengah malam.

Senarai R&R PLUS Yang Dibuka

Aktiviti dine-in dibenarkan untuk pelanggan yang telah lengkap vaksin di lokasi R&R PLUS terpilih sahaja mulai tarikh berikut:

8 Oktober 2021

  • R&R Gurun (Arah Utara & Selatan)
  • Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Tapah (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)
  • R&R Rawang (Arah Utara)
  • OBR Sg. Buloh
  • R&R Hentian Sebelah Sg.Buloh (Arah Selatan)
  • R&R Dengkil (Arah Utara & Selatan)
  • Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara & Selatan)
  • Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Seremban (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Mambau (Arah Timur & Barat)
  • OBR Ayer Keroh- R&R Ayer Keroh (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Pagoh (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Machap (Arah Utara & Selatan)

11 Oktober 2021

  • R&R Ajil (Arah Utara)
  • R&R Paka (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Perasing (Arah Utara & Selatan)- R&R Gelang Patah (Arah Utara & Selatan)
r&r plus dibuka dine-in

Baca juga: Kebenaran Rentas Negeri Berkuatkuasa 11 Oktober 2021

r&r plus dibuka dine in

Pastikan anda patuhi SOP yang disarankan sebelum masuk ke kawasan R&R.

Berikut adalah panduan Operasi R&R dan Hentian Sebelah Lebuhtraya PLUS:

  1. Sentiasa memakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal dalam kawasan R&R
  2. Gerai makanan & minuman dibuka bermula 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam
  3. Surau dibuka, sila bawa peralatan solat sendiri
  4. Pra-pesanan dibuka melalui aplikasi PLUS atau pautan orderdisini.com.my
  5. Tandas awam masih dibuka
  6. Kemudahan vending machines ada disediakan
  7. Stesen minyak masih beroperasi 24 jam
  8. Kedai serbaneka dibuka bermula 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
  9. Gazebo telah dibuka. Namun tapak permainan masih ditutup.
r&r plus dibuka dine in

Baca juga: Senarai SOP Terkini Gelembung Pelancongan Langkawi (Travel Bubble)

Pra-pesanan Makanan

Oleh itu, selain lokasi tersenarai, pembelian makanan & minuman secara BUNGKUS SAHAJA yang dibenarkan sehingga makluman lanjut.

Pengguna juga boleh membuat pra-pesanan makanan terlebih dahulu melalui https://orderdisini.plus.com.my/

Maklumat Lanjut :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!