Senarai SOP Terkini Gelembung Pelancongan Langkawi (Travel Bubble)

SOP Gelembung Pelancongan Langkawi

Kepada bakal pelancong ke Pulau Langkawi, berikut adalah SOP yang perlu dipatuhi.

SOP Gelembung Pelancongan Langkawi (Travel Bubble)

Kerajaan telah memutuskan untuk mewajibkan setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi bermula 16 September 2021 menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan melalui cara-cara berikut:

  1. Menjalani ujian pengesanan Covid-19 ( Rt-PCR atau RTK-AG) dimana- mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas. Keputusan ujian hendaklah dibawa bersama untuk pemeriksaan di pintu masuk (lapangan terbang atau terminal feri) sebelum berlepas; atau
  2. Pelancong boleh membeli kit ujian kendiri saliva dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri untuk menjalani ujian pengesanan COVID- 19 di tempat saringan yang disediakan; atau
  3. Pelancong boleh membeli kit ujian kendiri saliva melalui perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak swasta di tempat saringan di lapangan terbang atau terminal feri dan menjalani ujian pengesanan di situ.
sop langkawi

Pengesanan awal kes COVID-19 dengan menggunakan kit ujian RTK-Ag (kendiri) ini boleh membantu individu-individu untuk memantau kesihatan dan menilai risiko kendiri bagi mendapatkan rawatan kesihatan sebelum terlambat sekali gus mengurangkan kes-kes Brought-in-Dead (BID).

Selain itu, kit ujian RTK-Ag (kendiri) COVID-19 ini adalah mudah dan pantas untuk dijalankan di samping mempercepatkan proses individu yang positif dikenal pasti dan seterusnya diasingkan supaya risiko penyebaran kepada individu lain terutamanya golongan rentan dapat dikurangkan.

JENIS PERCUTIAN YANG DIBENARKAN

Berikut adalah jenis percutian yang dibenarkan di Langkawi dengan kebenaran PDRM:

  • Percutian harian
  • Percutian bermalam
  • Percutian dengan tempahan penginapan / tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu
sop langkawi

Bukti dokumen seperti berikut diperlukan untuk memohon kebenaran PDRM bagi pergerakan menggunakan jalan darat:

  • resit pembayaran penginapan
  • tiket pengangkutan
  • sewaan kenderaan di Langkawi
  • tiket masuk pusat tarikan pelancongan

MEDIUM PENGANGKUTAN & PERGERAKAN YANG DIBENARKAN

sop langkawi

KATEGORI PELANCONG

Kategori pelancong yang dibenarkan adalah seperti di bawah:

  • Individu yang telah lengkap divaksin
  • Semua warganegara Malaysia
  • Bukan warganegara Malaysia

Rujuk penerangan lanjut di bawah:

Jadilah pelancong yang bertanggungjawab. Bersama-sama kita jayakan projek rintis Gelembung Pelancongan Langkawi.

Jom melancong!

Maklumat terperinci SOP boleh dilayari di www.motac.gov.my/covid19

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!