Kebenaran Rentas Negeri Berkuatkuasa 11 Oktober 2021

TERKINI: KEBENARAN AKTIVITI RENTAS NEGERI / KE LUAR NEGARA, TERMASUK BAGI TUJUAN PELANCONGAN

Kerajaan bersetuju benar pergerakan rentas negeri bermula esok.

Kebenaran rentas negeri bagi mereka yang lengkap dua dos vaksinasi sahaja.

Aktiviti pelancongan di mana-mana negeri dibenarkan.

kebenaran rentas negeri

Kebenaran pergerakan rentas negeri tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti diisytiharkan PKPD.

Kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah PICK telah capai 90 peratus.

PM ingatkan rakyat tidak ambil sikap sambil lewa, Akta 342 masih berkuatkuasa.

Kerajaan benarkan rakyat Malaysia lengkap dua dos vaksin lakukan perjalanan ke luar negara tanpa MyTravelPass berkuat kuasa esok.

kebenaran rentas negeri

Pemansuhan MyTravelPass

Selain itu, pihak kerajaan juga memansuhkan pengunaan MyTravelPass untuk rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara.

Ini bermakna, semua rakyat Malaysia kini boleh ke luar negara, termasuk untuk aktiviti pelancongan.

Tarikh berkuatkuasa ini juga adalah esok, 11 Oktober 2021.

Walaubagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada rakyat Malaysia yang telah lengkap mendapat 2 dos vaksin.

Ujian RTK Tidak Diwajibkan, Tetapi Amat Digalakkan

Dalam sidang media itu juga, Perdana Menteri memaklumkan bahawa ujian RTK tidak diwajibkan, namun ia amat digalakkan sebagai tanggungjawab untuk melindungi keluarga daripada dijangkiti memandangkan ujian tersebut memberi 98% ketepatan.

Sila rujuk SOP terkini di laman web PPN atau MKN untuk memudahkan urusan perjalanan anda :

Sumber: Siaran Media Khas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob via BERNAMA

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!