Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (30 Jun 2026)

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 30 Jun 2026.

Minggu ini, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya pengumuman inisiatif rebat peti sejuk dan air cond NUR@PETRA (Nikmat Untuk Rakyat), Baucar Buku Madani, Pindahan Kelayakan BUDI Diesel, Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (SBPT) dan sebagainya. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

    1. Permohonan Pindahan Kelayakan BUDI Diesel & Tambahan Kuota

    Seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, di Bintulu, Sarawak hari ini, Kerajaan MADANI akan menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter mulai Julai 2026.

    Penurunan harga ini akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang seragam di seluruh negara menggunakan mekanisme berasaskan MyKad, selaras dengan pendekatan yang telah dilaksanakan melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95), namun pada masa yang sama sesetengah rakyat menghadapi kesusahan kerana tidak layak mendapat subsidi ini oleh kerana nama kenderaan bukan atas nama mereka. Maka, Kerajaan telah membuat penambahbaikan untuk memastikan subsidi ini dapat dinikmati oleh semua yang layak.

    Kini anda boleh membuat Permohonan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel kepada ahli keluarga yang menggunakan kenderaan tersebut.

    Cara mohon pindah kelayakan BUDI Diesel :

    1. Layari laman web rasmi BUDI MADANI & log masuk
    2. Pilih menu Permohonan Pindahan Kelayakan BUDI Diesel
    3. Lengkapkan maklumat yg diperlukan dan hantar.

    Penting:

    *Bagi peringkat pertama, permohonan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 12 Julai 2026.

    **Mulai bulan Ogos 2026 dan seterusnya, permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 27 hari bulan pada bulan sebelumnya untuk diproses bagi bulan seterusnya (contoh: kelayakan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 27 Julai 2026 bagi membolehkan kelayakan digunakan mulai 1 Ogos 2026).

    Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan diproses dalam bulan berikutnya tertakluk kepada semakan dan pengesahan data.

    Pemilik asal boleh membuat permohonan melalui portal BUDI MADANI di www.budimadani.gov.my.

    Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel boleh dibuat kepada seorang ahli keluarga terdekat yang merupakan warganegara Malaysia, pemegang MyKad yang sah dan layak menerima BUDI95 seperti berikut:

    • Pasangan, iaitu suami atau isteri;
    • Ibu atau bapa;
    • Anak; atau
    • Adik-beradik.
      • Pemindahan kelayakan hanya dibenarkan sekali dan kepada satu (1) individu sahaja.

    Selain 200 liter kelayakan automatik untuk pembelian RON95 dan/atau diesel bersubsidi, anda juga boleh memohon tambahan 100 liter sebulan jika memenuhi syarat yang ditetapkan.

    • Warganegara Malaysia
    • MyKad dan lesen memandu yang sah
    • Memiliki pikap atau jip persendirian
    • Kenderaan berdaftar atas nama pemohon dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang sah

    Permohonan boleh dibuat dengan mudah melalui portal BUDI MADANI. Bagi yang memerlukan bantuan, kaunter LHDNM turut menyediakan waktu operasi tambahan pada hujung minggu yang ditetapkan.

    2. Diskaun RM200 Bagi Pembelian Peti Sejuk & Air Cond Cekap Tenaga NUR@PETRA Domestik

    Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) telah mengumumkan pelaksanaan Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR@PETRA) tahun 2026 bagi kategori domestik dengan menawarkan rebat bagi pembelian penyaman udara atau peti ais bernilai RM200 mulai 1 Julai 2026.

    Syarat kelayakan untuk memohon program ini adalah seperti berikut:

    KATEGORI NUR : DOMESTIK

    • Warganegara Malaysia.
    • Pengguna/Pemilik akaun elektrik berdaftar (Domestik) di bawah syarikat utiliti elektrik (TNB, SESB, SEB, NUR Power).
    • Pembelian barangan elektrik (penyaman udara atau peti sejuk) yang berlabel 4 atau 5 bintang cekap tenaga.
    • 1 akaun elektrik hanya layak memohon 1 e-Rebat bagi 1 peralatan elektrik dan berdasarkan first come, first serve basis.
    • Tiada tuntutan dibuat di bawah Program NUR 2025 (bertujuan untuk memberi peluang kepada pembeli yang tidak pernah/ berkesempatan membuat tuntutan sebelum ini).

    Cara pembelian boleh dibuat secara fizikal di kedai-kedai terpilih atau di platform online termasuk Shopee. Sila rujuk infografik yang dilampirkan di bawah.

    Sila rujuk senarai kedai dan produk yang layak di laman web rasmi SEDA NUR : https://www.seda.gov.my/nur/.

    3. Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (SBPT)

    Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (SBPT) adalah sumbangan untuk anak-anak anggota yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS pada peringkat asasi/matrikulasi/diploma/ijazah (Pengajian Sepenuh Masa).

    • Tarikh Buka: 29 Jun 2026 (Isnin)
    • Tarikh Tutup: 27 Julai 2026 (Isnin)

    Borang permohonan SPBT 2026 boleh diperolehi di kaunter-kaunter Ibu Pejabat, Cawangan yang berhampiran atau muat turun menerusi link ini: https://www.katmb.com.my/web/content/14027

    4. Hari Bekerja Hibrid Penjawat Awam Dilaksana Mulai 1 Ogos 2026

    JPA telah mengumumkan Hari Bekerja Hibrid (HBH) menggantikan pengaturan Bekerja Dari Rumah (BDR) susulan Konflik Asia Barat yang sedang berkuat kuasa.

    Pelaksanaan HBH membolehkan penjawat awam bekerja sehingga dua (2) hari dari rumah atau lokasi alternatif yang diluluskan Ketua Jabatan, manakala tiga (3) hari lagi hadir ke pejabat mengikut keperluan perkhidmatan, kesesuaian fungsi dan syarat yang ditetapkan.

    Antara perkara utama pelaksanaan HBH:

    • Berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026.
    • 2 hari bekerja dari rumah/lokasi alternatif yang diluluskan.
    • 3 hari hadir ke pejabat mengikut keperluan perkhidmatan.
    • Hari kehadiran wajib ke pejabat ditetapkan mengikut negeri:
    • Isnin & Jumaat bagi negeri yang cuti hujung minggu pada Ahad.
    • Ahad & Khamis bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu.
    • Perkhidmatan penting yang memerlukan kehadiran fizikal seperti kaunter, keselamatan, pertahanan, pendidikan, kesihatan dan mahkamah akan terus beroperasi seperti biasa.
    HARI BEKERJA HIBRID

    Maklumat lanjut dan perincian pelaksanaan HBH ini akan dikemaskini oleh JPA dalam masa terdekat.

    5. BNM Lancar Portal Semak Kasih

    Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan portal Semak Kasih bagi memudahkan waris menyemak sama ada ahli keluarga yang telah meninggal dunia mempunyai polisi insurans atau sijil takaful yang belum dituntut.

    Anda boleh membuat semakan tersebut dengan mengakses Portal Semak Kasih. Mudah sahaja, daftar atas nama anda sendiri, dan mulakan semakan.

    Untuk membuat semakan, pengguna hanya perlu lakukan langkah berikut:

    1. Layari Portal Semak Kasih di pautan rasmi https://semak-kasih.mycoverage.my/.
    2. Isikan No kad pengenalan arwah
    3. Lampirkan Salinan Sijil Kematian

    Sekiranya ada hibah atau takaful yang berkaitan, boleh terus hubungi syarikat insurans yang berkaitan.

    6. Tambang Percuma LRT3 Laluan Shah Alam

    LRT3 kini beroperasi, Tambang Percuma Sebulan. Perdana Menteri, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambang percuma selama sebulan bagi laluan LRT Shah Alam (LRT3) bermula 29 Jun sehingga 31 Julai 2026.

    Laluan sepanjang 37.8 km dari Bandar Utama ke Johan Setia serta bas perantara Prasarana boleh dinikmati secara percuma, memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk di sepanjang jajaran.

    7. Penebusan Baucar Buku Madani 2026 Mulai Julai

    Penebusan Baucar Buku MADANI 2026 dijangka mula dilaksanakan pada Julai ini secara digital, membolehkan lebih dua juta pelajar di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) mendapatkan bahan bacaan dengan lebih mudah dan telus.

    Inisiatif ini melibatkan pelajar daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam, matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan peruntukan keseluruhan RM210 juta.

    Murid Sekolah Menengah boleh membuat penebusan melalui laman web Delima BookCapital, manakala pelajar IPT boleh menebus di portal MySiswaPlace.

    tebus baucar buku madani

    Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

    Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut