Senarai Bantuan Kerajaan / Pengumuman Minggu Ini (25 Mei 2026)

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 25 Mei 2026.

Minggu ini, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya SYUKUR Fasa 2, Rebat Solat SuRIA Home, pengumuman pasport baharu, dan sebagainya. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

1. Rebat Solar SuRIA Home

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah melancarkan program Sustainable Rebate & Incentive Assistance (SuRIA) Home sebagai inisiatif baharu bagi membantu rakyat mengurangkan kos elektrik melalui pemasangan sistem solar bumbung kediaman.

nisiatif ini telah diumumkan oleh YAB Datuk Amar Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Peralian Tenaga dan Transformasi Air semasa Perhimpunan Bulanan PETRA di Menara PETRA pada 22 Mei 2026.

Pengguna Domestik yang memasang sistem Solar ATAP serta memenuhi kriteria kelayakan boleh menerima rebat sebanyak RM600 bagi setiap 1kWac pemasangan solar sehingga maksimum RM3,000 bersamaan 5kWac.

nisiatif ini dibuka kepada pemasangan solar yang di bawah program Solar ATAP yang mula beroperasi bagi tempo sehingga 31 Disember 2026 atau sehingga kuota 250MW dipenuhi, yang mana terdahulu.

Pelaksanaan rebat ini akan bermula pada 1 Jun 2026 dan ianya tertakluk kepada prinsip first come, first served.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel penuh berikut : SuRIA Home: Rebat Solar Rumah Kediaman Sehingga RM3,000

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

2. SYUKUR Fasa 2

SYUKUR Sabah 2026 adalah program bantuan tunai bulanan / berfasa kepada rakyat di negeri Sabah. Ia merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Sabah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat. Agihan Fasa 2 secara online bank in telah bermula pada 21 Mei 2026 (Khamis). Penerima yang layak akan dikreditkan bayaran RM600 setiap fasa, berjumlah RM2400 atau RM200 sebulan.

Semakan status SYUKUR Sabah 2026 boleh dilakukan melalui portal rasmi  https://syukur.sabah.gov.my.

SYUKUR Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) ialah program bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat.

Bantuan ini disasarkan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri Sabah bagi membantu meringankan beban kos sara hidup sepanjang tahun.

Program ini memberi fokus kepada rakyat Sabah yang berdaftar dalam sistem pangkalan data kebajikan negeri seperti PADANS dan eKasih.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan ini, sila rujuk artikel : SYUKUR Sabah 2026 – Semakan Bayaran Fasa 2 Mulai 21 Mei

3. Dermasiswa B40

Program Dermasiswa B40 (DB40) ialah skim bantuan kewangan penuh oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar lepasan SPM daripada keluarga berpendapatan rendah (kumpulan B40).

Program ini menanggung sepenuhnya kos pengajian di peringkat Diploma dan Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang telah mendapat pengiktirafan penuh atau sementara oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 

Tujuan utamanya adalah untuk membantu anak-anak B40 melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi tanpa bebanan hutang pendidikan.

Untuk tahun 2026, permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) akan dibuka pada bulan OGOS 2026 melalui penajaan.jpa.gov.my.

Maklumat dari masa ke semasa akan dikemaskini kelak.

dermasiswa 2026

4. Permohonan Skim Kredit Mikro Usahawan Negeri Kelantan 2026

Kerajaan Negeri Kelantan kini membuka permohonan bagi Skim Kredit Mikro Usahawan Negeri Kelantan untuk membantu usahawan kecil dan sederhana mengembangkan perniagaan yang boleh dipohon menerusi pautan https://emikro.kelantan.gov.my/.

Tarikh permohonan dibuka mulai 24 Mei 2026 sehingga 11 Jun 2026.

Jumlah pinjaman yang boleh dipohon adalah daripada RM3,000 hingga RM10,000.

Tempoh pinjaman tersebut adalah daripada 3 hingga 5 tahun dengan 0% interest atau tanpa faedah.

5. Kelonggaran Syarat Kemasukan Perajurit Muda

TDM dah longgarkan syarat pengambilan Perajurit Muda! Ini bertujuan membuka peluang lebih luas kepada rakyat Malaysia menyertai perkhidmatan ketenteraan.

Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah:

  1. Tinggi minimum lelaki kini 1.57m berbanding 1.62m sebelum ini.
  2. Had BMI dinaikkan kepada 28.
  3. Had umur kemasukan naik dari 25 ke 30 tahun.
  4. Pemakai cermin mata kini dibenarkan memohon.
  5. Lebih banyak peluang dibuka untuk penglibatan wanita dalam bidang tertentu.
  6. TDM tubuh pasukan pemantau & jawatankuasa khas tangani isu buli dan dera dalam ATM.

6. Pasport Baru Mulai 1 Jun 2026

Jabatan Imigresen (JIM) akan mengeluarkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilengkapi 94 ciri keselamatan bermula 1 Jun, sekali gus memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan negara.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata bagi fasa permulaan, pengeluaran pasport baharu itu akan melibatkan empat pejabat, iaitu Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya, Pejabat Pasport Kuala Lumpur di Jalan Duta, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Wangsa Maju dan Pejabat Imigresen Shah Alam.

Beliau berkata pelaksanaan pengeluaran PMA baharu itu akan dibuat secara berperingkat sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara pada Julai.

Orang ramai tidak perlu tergesa-gesa menukar pasport sedia ada. Pasport Malaysia Antarabangsa yang masih mempunyai tempoh sah laku boleh terus digunakan seperti biasa sehingga tamat tempoh.

Jabatan Imigresen Malaysia komited memastikan proses peralihan dilaksanakan secara teratur, lancar dan memudahkan urusan rakyat.

Pastikan anda mendapatkan maklumat yang sahih hanya melalui saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.

7. Akta Keselamatan Dalam Talian – 2 Kod Baharu Berkuatkuasa 1 Jun 2026

Pelaksanaan dua kod baharu bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), iaitu Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) yang akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini, menerima reaksi positif dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya ibu bapa.

Dengan pelaksanaan kedua-dua kod baharu tersebut iaitu Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jun ini ia akan memperkukuh perlindungan kanak-kanak di platform digital.

Ia turut mewajibkan penyedia platform mengambil langkah lebih tegas dalam menangani kandungan berbahaya dan memudaratkan.

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut