Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 2 Mac 2026.
Minggu ini, pelbagai pengumuman dan insentif kerajaan yang telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya SARA Bulanan Mac, Bantuan Mahasiswa Perak, Anak Perantau Pahang, Bantuan Awal kemasukan Ke IPT Kedah, SYUKUR dan banyak lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

1. SARA Bulan Mac
Khas untuk penerima SARA Bulanan, Bantuan SARA Bulan Mac telah dikreditkan ke dalam MyKad anda 1 Mac 2026.

Jumlah bantuan diagihkan mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Bagi yang belum tahu, inisiatif MyKasih ini merupakan bantuan tanpa tunai yang boleh ditebus menggunakan kad pengenalan di kedai yang terpilih.

Jumlah baki daripada bantuan bulanan ini akan dibawa ke bulan hadapan dan perlu dihabiskan sebelum tarikh luput pada akhir tahun 2026 ini, iaitu 31 Disember 2026.

Bagi yang buat semakan, atau ingin check berapa baki yang tinggal, sila rujuk : Semakan MyKasih 2026 – Semak Status, Baki / Check Balance
2. Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026
Berita baik untuk mahasiswa Perak!
– Ada 3 jenis bantuan yang baru diumumkan untuk tahun 2026
i) Bantuan Sara Siri
Kadar Bantuan Sara Diri
- RM500 (Diploma)
- RM700 (Ijazah)
- RM800 (Sarjana) dan
- Â RM1,000 (PhD)
tertakluk kepada syarat kelayakan.
– Permohonan dibuka mulai 2 Mac 2026 hingga 30 April 2026
ii) Bantuan Kecemasan Mahasiswa
– disediakan bagi pelajar yang berdepan situasi luar jangka seperti kemalangan, masalah kesihatan atau musibah lain.
– diberikan berdasarkan merit kes dengan kadar maksimum sehingga RM5,000 dan tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan.
– dibuka mulai 2 Mac 2026 hingga 31 Oktober 2026.
iii) Bantuan Baucar Buku
– Bantuan Baucar Buku bernilai RM150 seorang untuk menyokong keperluan akademik.
– Permohonan dibuka mulai 2 Mac 2026 hingga 30 April 2026
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui https://www.eheyns.com.my.

3. BAKIPT 2026 (Bantuan Awal kemasukan Ke IPT)
Sumbangan untuk kemasukan ke IPT bagi bakal mahasiswa anak Kedah bernilai RM300 secara one-off.
Tarikh permohonan Semester Pertama Kemasukan Baharu Tahun 2026: Bermula 1 Mac 2026 – 31 Oktober 2026
Antara syarat utama:
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
- Pemohon / Ibu / Bapa LAHIR di Negeri Kedah DAN BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran Sekolah / IPT)
- Pendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM5,249.00
- (Pendapatan maksimum isi rumah B40) layak memohon BAKIPT tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan.
- Peringkat STPM / STAM / SIJIL MATRIKULASI / ASASI / SIJIL POLITEKNIK / DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2026 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke SEKOLAH / IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian hendaklah diiktiraf oleh MQA)
Cara Permohonan & Maklumat lanjut
- Permohonan dibuka secara dalam talian melalui pautan: https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt
- Maklumat lanjut: https://sppnk.kedah.gov.my/ibakipt/
4. Permohonan Prasekolah 2027 (ePrasekolah KPM)
Bagi ibu bapa yang ingin mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan (2027), permohonan boleh dibuat mulai 2 Mac 2026 hingga 31 Mei 2026 secara online melalui sistem ePrasekolah KPM di pautan https://eprasekolah.moe.gov.my/
Kanak-kanak warganegara Malaysia yang layak memohon ialah:
- Umur 6 tahun (5+) – Lahir pada 2 Januari hingga 1 Januari 2022
- Umur 5 tahun (4+) – Lahir pada 2 Januari 2022 hingga 1 Januari 2023
- Umur 4 tahun (3+) – Lahir pada 2 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023

5. Pengambilan Guru 2026
Ada yang berminat nak jadi cikgu?
Pengambilan guru secara besar-besaran akan dibuka mulai 2 Mac 2026.Â
Pastikan permohonan dibuat melalui saluran yang betul sebab ada yang kurang jelas dan tak faham dengan terma tertentu dan maksud guru CoS, PPP, guru interim, lantikan kontrak, dll.
Sebenarnya ada 2 saluran permohonan akan dibuka iaitu:
- i) Graduan pendidikan → mohon melalui SPP (Guru Gred DG9 – Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
- ii) Graduan BUKAN pendidikan → mohon melalui MyPDPP (Guru CoS DG9)


Rujuk ringkasan di bawah:
| Perkara | Guru CoS (Contract of Service) | Guru PPP (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan) |
| Kelulusan Pemohon | Graduan Bukan Pendidikan | Graduan Pendidikan (Contoh PISMP, DPLI, DPP) |
| Laluan ke Jawatan Tetap Kerajaan | Contract of Service (CoS) → Kontrak (Interim) → Lantikan Tetap | Kontrak (Interim) → Lantikan Tetap |
| Temuduga | Ada temuduga kali kedua dengan SPP untuk ditawarkan lantikan Kontrak (Interim) | Tiada temuduga lagi dengan SPP, tapi perlu lalui proses pengesahan jawatan, lengkap dokumen & kursus penting sebelum ditawarkan jawatan tetap |
| Syarat tambahan | Perlu latihan ikhtisas di IPG (pembiayaan sendiri) | Tak perlu |
| Saluran permohonan | MyPDPP https://mypdpp.moe.gov.my/ | MySPPÂ https://myspp.spp.gov.my/ |
- Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk hebahan iklan pengambilan di sini:
6. Semakan Dividen / Penyata i-Akaun KWSP
KWSP telah mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15% bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah. Ramai yang dah semak berapa jumlah dividen yang mereka terima.
Tapi, mungkin ada yang masih tertanya-tanya:
Dividen KWSP Masuk Akaun Berapa?
Jawapannya:
Dividen akan dikreditkan mengikut pecahan simpanan dalam akaun masing-masing.
Di bawah sistem semasa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), simpanan dibahagikan kepada:
- Akaun Persaraan (75%) – Akaun 1
- Akaun Sejahtera (15%) – Akaun 2
- Akaun Fleksibel (10%) – Akaun 3
Dividen akan diagihkan berdasarkan jumlah simpanan dalam setiap akaun tersebut. Dividen tidak masuk satu akaun sahaja — ia ikut pecahan simpanan anda.

Pada masa ini, penstrukturan semula akaun KWSP tidak mengubah polisi semasa penentuan kadar dividen.
Bagaimanakah Dividen Dikreditkan?
Bagi tahun 2025, semakan boleh dibuat mulai 28 Februari 2025.
Dividen telah dikreditkan terus ke i-akaun pencarum.
Anda boleh semak melalui:
- Penyata tahunan (boleh semak secara manual di kiosk, pejabat KWSP atau secara online)
- i-Akaun (ahli) : https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/
- Aplikasi mudah alih KWSP : https://www.kwsp.gov.my/mobile/i-Akaun/i-Akaun.html

Kalau nak tahu lebih lanjut, anda boleh baca artikel yang sedang trending tentang KWSP ni:
- Cara Pengeluaran Akaun 3 KWSP (Akaun Fleksibel)
- Dividen KWSP Masuk Akaun Berapa? Ini Cara Pengagihan
- Dividen KWSP 2026 – Pengumuman Dividen 2025 & Semakan
7. e-Filing
E-filing 2026 kini telah dibuka secara rasmi bermula 1 Mac 2026 dan rakyat Malaysia boleh mula mengisytiharkan pendapatan tahunan mereka untuk Tahun Taksiran 2025.
Pengisian e-Filing 2026 boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM atau portal MyTax.

Bagi anda yang baru melangkah ke alam pekerjaan atau mencapai ambang gaji layak cukai, anda hanya perlu memohon No. PIN dan mengaktifkan sijil digital secara dalam talian melalui portal MyTax untuk menyelesaikan proses e-Filing 2026 sepenuhnya tanpa perlu ke kaunter LHDN.

Walaupun pendapatan tak banyak, jangan lupa declare ya, sebab anda boleh kena penalti jika diaudit oleh LHDN!
Nak baca lagi banyak info tentang percukaian, khas untuk newbie? Boleh je tengok kat sini:
- Cara Isi e-Filing 2026 – Panduan Declare Cukai Pertama Kali
- Nombor Pengenalan Cukai (TIN) LHDN : Semakan & Pendaftaran
- Bayaran Balik Cukai – Tempoh Bayaran & Cara Mohon Refund
Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni
Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.




