myPDPP: Permohonan Guru CoS PDPP 2026

MYPDPP
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

myPDPP ialah portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk permohonan dan semakan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP). Portal ini boleh diakses melalui pautan berikut: https://mypdpp.moe.gov.my/

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dibuka kepada semua graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda TANPA pendidikan dari mana-mana universiti awam (UA) atau universiti swasta (US) yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Permohonan pengambilan baru Guru CoS PDPP KPM 2026 (ambilan Perdana) akan dibuka mulai 2 Mac 2026 sehingga 20 Mac 2026 melalui portal myPDPP.

Rujuk info penuh myPDPP dan permohonan Guru CoS 2026 di bawah.

Ringkasan MyPDPP
  • MyPDPP adalah portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi graduan bukan pendidikan untuk memohon Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) bagi sesi 2026.
  • Program ini bertujuan melatih calon berkelayakan menjadi guru sekolah rendah secara kontrak (CoS) melalui pengajian selama satu tahun di IPG.
  • Pemohon perlu melakukan pendaftaran, semakan syarat, dan ujian kelayakan e-UKCG sepenuhnya melalui sistem tersebut (myPDPP) sebelum tarikh tutup pada 20 Mac 2026.

Apa Itu MyPDPP?

MyPDPP ialah portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk permohonan, pendaftaran dan semakan status Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP).

Portal ini membolehkan graduan ijazah tanpa latar belakang pendidikan memohon program latihan guru selama setahun di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Permohonan termasuk ujian e-UKCG, temu duga dan semakan keputusan boleh dilakukan melalui portal ini secara dalam talian.

Pengambilan baru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (CoS) untuk sekolah rendah KPM 2026 boleh dipohon melalui portal myPDPP ini bermula 2 Mac – 20 Mac 2026.

Fungsi Portal MyPDPP

MyPDPP menyediakan fungsi utama untuk memudahkan proses permohonan dan pengurusan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) secara dalam talian.

Berikut ialah antara fungsi portal MyPDPP:

  • Pendaftaran akaun baru bagi calon graduan ijazah untuk memohon PDPP.
  • Pengemukaan borang permohonan tunggal (boleh dikemaskini sebelum tutup).
  • Semakan kelayakan kluster bidang pengkhususan (contoh: Bahasa Melayu, Matematik).
  • Paparan keputusan e-UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru).
  • Hebahan panggilan temu duga dan UKF (Ujian Kecergasan Fizikal).
  • Akses MYTAWAR untuk tawaran akhir dan penempatan IPG.
  • Rujukan tarikh penting proses pengambilan seperti permohonan guru CoS PDPP yang dibuka bermula 2-20 Mac 2026.​

Iklan Pengambilan Guru CoS Gred DG9 myPDPP

Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS) Di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan (KPM)

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa graduan (Bukan Pendidikan) yang berkelayakan untuk memohon sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (CoS) di Sekolah Rendah melalui portal rasmi myPDPP.

Tarikh permohonan akan di buka pada: 2 Mac 2026 sehingga 20 Mac 2026.

Maklumat Jawatan:

  • Jawatan/Gred: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS)
  • Gaji Permulaan: RM2360.00

Syarat Utama:

  • Warganegara Malaysia
  • Kepujian Bahasa Melayu SPM/SVM
  • Graduan bukan bidang pendidikan

Makluman Penting:

  • Hanya calon layak akan dipanggil UKCG & temu duga.
  • Calon berjaya WAJIB mengikuti latihan perguruan di IPG (pembiayaan sendiri) dalam tempoh kontrak.

Pautan Rasmi untuk Permohonan: Pengambilan Guru CoS (PPP Gred DG9 Tahun 2026 – myPDPP)

myPDPP: Permohonan Guru CoS PDPP 2026
myPDPP: Permohonan Guru CoS PDPP 2026

myPDPP: Permohonan Guru CoS PDPP 2026
myPDPP: Permohonan Guru CoS PDPP 2026
myPDPP: Permohonan Guru CoS PDPP 2026

Tarikh Penting myPDPP 2026

Tarikh-tarikh Penting Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS) Di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan (KPM) adalah seperti berikut:

AKTIVITITARIKH
Paparan iklan di portal rasmi KPM23 Februari 2026
Permohonan dalam talian dibuka dan makluman tarikh untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)02 – 20 Mac 2026
Permohonan dalam talian ditutup20 Mac 2026 (Jam 11.59 malam)
Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian30 Mac – 8 April 2026
Semakan keputusan panggilan temu duga22 April 2026
Pelaksanaan temu duga27 April – 22 Mei 2026
Semakan keputusan permohonan berjaya (Tawaran COS Sementara)30 Jun 2026
Muat naik dokumen kesihatan30 Jun – 16 Julai 2026
Semakan keputusan permohonan berjaya (Tawaran COS)September 2026
Kemaskini maklumat calon berjaya dalam e-GraduanOktober 2026
Tawaran lantikan PPP DG9 COSNovember 2026
Tawaran mengikuti pengajian PDPP (KDC) di IPG KampusNovember 2026
Pendaftaran Guru DG9 COS ke sekolahJanuari 2027
Pendaftaran PDPP (KDC) -COS di IPG KampusJanuari 2027

NOTA:

*Tarikh dan aktiviti tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
*Calon perlu membuat semakan bagi setiap keputusan bagi saringan e-UKCG, Temu duga dan keputusan berjaya di laman sesawang https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26/

Panduan Permohonan Guru CoS myPDPP 2026

Bagi sesiapa yang berminat untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 (CoS), rujuk cara-cara permohonan melalui myPDPPdi bawah:

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di alamat https://mydpp.moe.gov.my/pdpp26 mulai 02 hingga 20 Mac 2026.

2. Calon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja dan boleh mengemas kini permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. (Sila rujuk tarikh-tarikh penting pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS)).

3. Calon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. KPM tidak akan memproses permohonan yang tidak lengkap, tidak membuat pengesahan dan tidak dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan.

4. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.

NOTA:

  • Pemohon diwajibkan mengemukakan salinan dokumen menerusi – Link pautan dokumen (muat naik pautan di Google Drive) – Pada ruangan ‘PERMOHONAN KURSUS’.
  • Sila ikut garis panduan yang telah ditetapkan.
  • KEGAGALAN MENGEMUKAKAN SALINAN DOKUMEN MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DAPAT DIPERTIMBANGKAN.

Calon yang didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

  • Graduan pendidikan;
  • Guru interim;
  • Diisytiharkan bankrap;
  • Diberhentikan dari perkhidmatan kerajaan kerana tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri;
  • Pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan pengajian.
  • Pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah; dan
  • Memperoleh keputusan senat universiti selepas 20 Mac 2026.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 20 Mac 2026 (Jumaat)

BACA JUGA:

Maklumat Lanjut myPDPP

Sila hubungi alamat berikut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6733/ 6760/ 6723/ 6720/ 6768/ 6693

Laman web : https://mypdpp.moe.gov.my/

Soalan Lazim myPDPP (FAQ)

Siapakah yang layak memohon PDPP melalui MyPDPP?

Graduan ijazah Sarjana Muda (PNGK minimum 2.50) tanpa latar belakang pendidikan dari UA/US diiktiraf MQA, warganegara Malaysia dan berumur 40 tahun ke bawah.

Bila tarikh permohonan PDPP 2026 dibuka?

Permohonan Guru CoS PDPP dibuka pada 2-20 Mac 2026 secara dalam talian melalui https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26/

Bagaimana cara daftar akaun MyPDPP?

Layari portal MyPDPP, isi maklumat peribadi, ijazah, bukti CEFR (MUET/IELTS), dan hantar satu permohonan sahaja (boleh dikemaskini sebelum tutup).

Berapa lamakah tempoh pengajian PDPP ini?

Tempoh pengajian PDPP ialah 1 tahun (3 semester) bagi pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS) Sekolah Rendah KPM 2026.

Bila e-UKCG dijalankan?

e-UKCG akan dijalankan pada 30 Mac – 8 April 2026 secara dalam talian untuk pengambilan Guru CoS PDPP 2026.

Bila dan di mana semak keputusan akhir?

Semakan keputusan permohonan berjaya (Tawaran COS) adalah pada bulan September. Semakan boleh dilakukan melalui portal myPDPP.

Apa tarikh-tarikh penting permohonan Guru CoS myPDPP

Tarikh-tarikh Penting Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS) Di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan (KPM) adalah seperti berikut:

Bolehkah tukar bidang pengkhususan selepas tawaran?

Tidak boleh. Tawaran adalah muktamad.

Adakah graduan luar negara boleh mohon?

Ya, tetapi ijazah mesti diiktiraf MQA dan ada equivalen CGPA minimum 2.50; lampirkan bukti.

Bolehkah edit permohonan selepas hantar?

Ya, sehingga tarikh tutup (20 Mac 2026). Selepas itu, tidak boleh.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut