Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 secara Contract of Service (CoS) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Semak dan kemaskini permohonan anda melalui portal rasmi MySPP https://myspp.spp.gov.my/myspp/index.php
Rujuk artikel ini untuk mendapatkakn maklumat terkini berkenaan dengan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 nanti.
Pengambilan 20,00 Guru KPM Bermula Mac 2026
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil 20,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 secara Contract of Service (CoS) bermula Mac 2026 bagi memenuhi keperluan penempatan guru dan memastikan kualiti pengajaran di sekolah seluruh negara.
Pengambilan ini merupakan persediaan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 serta menampung peningkatan kemasukan murid Tahun 1 secara sukarela.
Proses pengambilan akan dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi memastikan saringan calon yang telus dan berkesan, dengan beberapa gerak kerja utama telah dijadualkan.
- Hebahan pengambilan guru: 23 Februari 2026
- Permohonan dibuka: 2 hingga 20 Mac 2026
- Proses saringan dan temu duga: 27 April hingga 14 Mei 2026
Pengambilan ini bertujuan memperkukuh sistem pendidikan negara dengan menyediakan guru yang mencukupi dan berkualiti, selari dengan komitmen Kerajaan MADANI dalam meningkatkan mutu pendidikan demi masa depan anak-anak Malaysia.


Syarat & Maklumat Lantikan
Berikut ialah syarat umum kelayakan pengambilan guru baharu KPM 2026:
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Aktif kokurikulum pada peringkat universiti
- Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan dan;
- Memiliki BMI semasa tidak melebihi 32.5.
Syarat Akademik
- Memiliki ijazah sarjana muda dari mana-mana universiti awam atau swasta atau luar negara yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
- Pencapaian PNGK sekurang-kurangnya 2.50
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan setaraf yang diiktiraf kerajaan.
Calon TIDAK LAYAK memohon:
- Graduan Pendidikan termasuk individu yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP)
- Guru Lantikan Kontrak Interim (LKI)
- Guru kontrak (Lantikan SPP)
- Calon yang pernah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dari perkhidmatan awam
- Seorang bankrap dan belum dilepaskan
Cara Permohonan Guru KPM 2026
- Graduan Pendidikan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) sebelum atau pada 20 Mac 2026 (Jumaat).
- Graduan Pendidikan diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.
- Hanya Graduan Pendidikan yang memohon atau mengemas kini permohonan dalam tempoh 2 hingga 20 Mac 2026 akan dipertimbang untuk ditemu duga.
PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN
- Graduan perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada MQA untuk dibawa semasa menghadiri temu duga. Ini bertujuan bagi pengesahan penarafan bidang pendidikan.
- Graduan boleh menyemak taraf kelayakan pendidikan di pautan berikut:
Tarikh Permohonan Pengambilan
Permohonan untuk menjadi guru KPM 2026 akan dibuka bermula 2 Mac 2026 sehingga 21 Mac 2026. Hebahan rasmi pula akan dilakukan lebih awal iaitu pada 23 Februari 2026.
Bagi calon yang terpilih pada peringkat awal pula, proses saringan temuduga akan berlangsung bermula 27 April sehingga 14 Mei 2026.
Apa itu MySPP
Untuk makluman para pencari kerja, mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan iaitu Portal mySPP.
SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.
SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu :
- Melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.
- Mengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap.
- Meluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.
- Kawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran melalui Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.
- Meluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran perkhidmatan.
- Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran.
NOTA:
Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan kepada Suruhanjaya berkaitan sesuatu permohonan untuk mendapatkan pekerjaan atau pelantikan adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dihukum penjara selama tempoh dua (2) tahun atau denda dua ribu Ringgit Malaysia (RM2,000) atau kedua-duanya sekali.
Cara Daftar mySPP 2.0
Untuk mendaftar mySPP bagi tujuan memohon jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), sila ikuti langkah berikut:
1. Pendaftaran Baharu
Sila pergi ke laman web rasmi mySPP melalui pautan portal Sistem Pengambilan Bagi Anggota Perkhidmatan Pendidikan.
Anda akan dibawa ke halaman berikut.

Klik pada ‘Daftar Akaun Baharu’
2. Isi Maklumat
Pastikan semua medan bertanda * diisi.
Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.
Selepas semua medan diisi, klik butang ‘Daftar’.
Skrin Maklumat Pra Pendaftaran Baru Pemohon dipaparkan:

Pastikan semua medan bertanda * diisi. Nombor Kad Pengenalan dan Nama mestilah sama seperti yang tertera di dalam Kad Pengenalan.
Alamat E-mel yang dimasukkan mestilah akaun emel yang sah dan aktif dan belum pernah digunakan bagi pendaftaran mySPP.
3. Klik Hantar
Setelah selesai memasukkan semua medan, klik butang Hantar.
4. Pengaktifan Akaun
Penghantaran pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.
Sila semak semula medan-medan berkaitan sekiranya ralat berikut dipaparkan:

5. Log Masuk
Anda boleh terus log masuk ke Portal mySPP menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan.
Baca juga : Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini
Setelah anda mendaftar butiran dan maklumat anda sebagai pengguna SPP, anda perlu membuat permohonan pada mana-mana jawatan yang akan diiklankan dalam Portal SPP.
Jadi, kena sentiasa alert jika ada sebarang pengumuman / hebahan jawatan ya!

Cara Isi Borang & Membuat Permohonan Jawatan mySPP Online
Pemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang mySPP.
Pemohon dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPP sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.
Rujuk pada Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum mendaftar.
Langkah-langkah mengisi borang SPP online adalah seperti berikut:
- Log Masuk Portal mySPP
- Klik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan isikan semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
- Klik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
- Isikan Maklumat ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ sekiranya berkaitan.
- Klik pada pautan Maklumat Tambahan dan isi butiran selengkapnya.
- Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Jawatan SPP” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN”.
- Calon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’.
- Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.
- Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR.
- Slip Akuan Pendaftaran akan dipaparkan dan ia boleh dicetak sebagai rujukan.
MUAT TURUN MANUAL PENGGUNA MYSPP
Rujuk panduan penuh dalam manual berikut:

Maklumat Lanjut
Bagi pertanyaan atau maklumat lanjut tentang pendaftaran, permohonan jawatan SPP atau status semakan anda di portal mySPP, sila hubungi
- SOALAN LAZIM : https://myspp.spp.gov.my/myspp/index.php?pages=faq
- Infografik : https://myspp.spp.gov.my/myspp/upload_doc/pendaftaran.pdf
- Talian Hotline mySPP :
- i) Urusan Pengambilan : 03-8893 4019/4020
- ii) Urusan Teknikal : 03-8893 4021
- Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP) sila isikan maklumbalas di SINI.
Sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi talian di bawah:

Alamat surat-menyurat:
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia
Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya
Soalan Lazim Berkaitan Permohonan mySPP
– Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
– Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPM iaitu jawatan berikut:
– Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N19;
– Penyelia Asrama Gred N19;
– Pembantu Pengurusan Murid Gred N19;
– Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19;
– Pembantu Makmal Gred C19;
– Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19;
– Pembantu Operasi Gred N11; dan
– Pemandu Kenderaan Gred H11
Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my
SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar mahupun media massa yang lain.
SPP menyiarkan iklan sepanjang masa di portal rasmi mySPP.
Oleh itu, pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki.
Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Walau bagaimanapun, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPP pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.
Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP.
Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPP Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian.
Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.
Ya.
Semua maklumat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia yang telah disahkan permohonan oleh SPP akan berada dalam mySPP.
Walau bagaimanapun, anda masih perlu mendaftar akaun baharu di mySPP bagi tindakan selanjutnya.
Permohonan anda terdapat dua (2) status. Status ini dipaparkan pada ruangan atas pada setiap halaman.
1. Draft
Permohonan Baharu
Permohonan yang dikemaskini
2. Hantar
Permohonan yang telah membuat akaun dan hantarTidak membuat pengemaskinian selepas dihantar
Penting : Sekiranya pemohon telah berstatus HANTAR, dan kemudian telah membuat pengemaskinian maklumat, sistem akan bertukar kepada status DRAFT. Pemohon dikehendaki membuat pengakuan dan hantar semula dan pastikan maklumat bertukar ke status HANTAR.
Pada modul dashboard, sila pastikan tarikh terimaan dipaparkan. Kebiasaanya tarikh terimaan akan dipaparkan dalam tempoh 1 – 3 hari. Tempoh ini akan mengambil masa sekiranya jumlah permohonan tinggi.
Mohon semak permohonan dari masa ke semasa bagi memastikan permohonan anda diterima.
mySPP hanya memaparkan permohonan yang terkini sahaja setelah pemohon membuat Pengakuan dan Hantar. Walaubagaimanapun, permohonan terdahulu masih disimpan dalam sistem utama SPP.
Boleh. Anda boleh mengemas kini maklumat pada bila-bila masa. Namun begitu, setiap kali perubahan yang dilakukan, anda perlu menghantar perakuan pemohon semula untuk memastikan maklumat anda dikemas kini.
Bagi penambahan nama Institut Pengajian Tinggi (IPT) / Nama Sijil/Kelayakan Akademik, Pemohon disaran untuk membuat semakan terlebih dahulu sama ada ianya diiktiraf untuk tujuan lantikan dalam perkhidmatan awam. Rujukan boleh dibuat di:
Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSISRAF) (https://www2.mqa.gov.my/esisraf/)
Malaysian Qualifications Register (MQR) (https://www2.mqa.gov.my/mqr/)
Sekiranya diiktiraf, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada SISPAA-SPP untuk pengesahan.
Sijil Matrikulasi tidak diambil kira untuk permohonan jawatan bagi Gred 5 ke atas. Walau
bagaimanapun, Pemohon boleh memohon jawatan-jawatan lain dengan menggunakan kelayakan SPM/SVM.
Pemohon yang mempunyai SVM dalam bidang Pengajian Awal Kanak-kanak hanya boleh memilih jawatan Pembantu Pengurusan Murid Gred N1 sahaja. Keputusan matapelajaran yang perlu diisi hanya Bahasa Melayu. Sekiranya maklumat pengajian tinggi diisi, pemohon boleh memilih jawatan Gred 5 ke atas.
Pemohon yang mempunyai SVM selain bidang Pengajian Awal Kanak-kanak (Bidang Lain-Lain)
hanya boleh memilih jawatan Gred 5 ke atas sekiranya mengisi maklumat pengajian tinggi. Pemohon ini tiada kelayakan untuk memohon jawatan Gred 1.
Baca juga:




