Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 17 Ogos 2026.

Minggu lepas, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya bayaran STR Fasa 3, permohonan MamaKerja 2.0, Skim Bantuan Pendaftaran IPT, Servis Ihsan Madani, dan macam-macam lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

1. STR Fasa 3

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah membuat pengumuman rasmi bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula 15 Ogos 2026. Semakan status dan bayaran boleh dibuat melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima bagi setiap kategori :

bayaran str 2026 fasa 3

2. Skim Bantuan Pendaftaran IPT Johor

Anak Johor yang bakal melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, ini peluang anda untuk mendapatkan bantuan one-off sebanyak RM500 bagi membantu keperluan pendaftaran pengajian.

Pelajar perlulah menetapi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut untuk memohon skim bantuan ini :

  1. Lahir dan (Mykad) beralamat di negeri Johor atau
  2. Lahir luar Johor tetapi (Mykad) beralamat di negeri Johor;
  3. IPTA: Universiti / Politeknik / Kolej / Institusi (Rujuk Senarai MQA), IPTS: Universiti / Kolej Kemahiran Johor / Kolej Universiti YPI / KUIJSI (Rujuk Senarai MQA); Pelajar Program Matrikulasi; Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda;
  4. Pemohon mestilah Tahun 1 (Semester 1) Tahun 2026;
  5. Pengajian pemohon mestilah sepenuh masa;
  6. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 10,000 / sebulan (berdasarkan pendapatan perkapita terendah).

Untuk makluman, Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor kini dibuka mulai 17 Ogos 2026 sehingga 7 September 2026. Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://eypj.ypj.gov.my/applicant/login.

Sumber: Yayasan Pelajaran Johor

3. MamaKerja 2.0

Permohonan inisiatif RM1000 MamaKerja Selangor telah dibuka mulai 17 Ogos 2026.

Melalui Program MamaKerja 2.0, inisiatif ini membantu meringankan kos penjagaan anak, di samping memberi ruang kepada lebih ramai wanita untuk terus bekerja dengan lebih tenang tanpa mengabaikan kebajikan dan keselamatan anak-anak.

Kerajaan Negeri Selangor terus mengorak langkah ke hadapan dalam menjawab realiti kehidupan hari ini, dengan meneruskan inisiatif MamaKerja sebagai inisiatif kepada ibu bekerja yang memerlukan sokongan penjagaan anak yang selamat dan berkualiti.

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi NINE dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster.

Semoga lebih ramai ibu bekerja dapat memanfaatkan inisiatif ini demi kesejahteraan keluarga dan masa depan anak-anak.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel : MamaKerja 2026: Permohonan Insentif RM1,000 Wanita Bekerja Mulai Ogos

mamakerja

4. Baucar Kita Selangor

Kerajaan Negeri Selangor kini membuka semula permohonan Baucar Kita Selangor, bantuan RM100 sebulan selama 6 bulan kepada keluarga yang memenuhi syarat.

Syarat Kelayakan Baucar Kita Selangor :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemilih berdaftar di Selangor;
  3. Menetap di Negeri Selangor dengan alamat tempat tinggal di Selangor;
  4. Pendapatan bulanan isi rumah 𝗥𝗠𝟱,𝟬𝟬𝟬 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵;
  5. Hanya 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 layak menerima bantuan bagi setiap isi rumah;
  6. Pemohon atau pasangan pemohon 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗮𝗸𝘁𝗶𝗳 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗕𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦; dan
  7. Mempunyai sekurang-kurangnya 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗺𝘂𝗿 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝟭𝟴 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻, termasuk pasangan suami isteri atau ibu/bapa tunggal akibat kematian atau perceraian.

Cara Memohon :

  1. Muat turun aplikasi Selangkah dan daftar/log masuk;
  2. Buka Portal BKS dan log masuk menggunakan akaun Selangkah;
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan.
  4. Pemohon dan pasangan perlu muat naik pengesahan pendapatan bagi yang tidak bekerja dan/atau bekerja sendiri. Pengesahan boleh dibuat oleh Ketua Kampung, Ketua Komuniti India, Ahli Majlis, ADUN, Penghulu, Pengerusi Persatuan Penduduk
    • Permohonan dibuka sehingga 𝟯𝟭 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲

Mohon bantu panjangkan maklumat ini kepada ahli keluarga, jiran, rakan-rakan dan komuniti setempat yang layak supaya lebih ramai keluarga yang memerlukan dapat menerima manfaat Baucar KitaSelangor.

5. Pasport Dengan Sahlaku Melebihi 10 Tahun Dihentikan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) secara rasmi menghentikan serta-merta pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun bermula 12 Ogos 2026.

Langkah ini diambil bagi menangani isu teknikal dan kekeliruan yang dihadapi oleh beberapa rakyat Malaysia ketika melakukan daftar masuk (check-in) dengan syarikat penerbangan antarabangsa di luar negara.

Walaubagaimanapun, pasport dengan tempoh sah laku maksimum 10 tahun tetap diteruskan dan boleh dipohon seperti biasa pada harga RM350.

Hanya pasport yang mempunyai baki tempoh sah laku lama bawaan (carry forward) yang menyebabkan tarikh luputnya melebihi 10 tahun daripada tarikh dikeluarkan dihentikan. Jim menetapkan had maksimum mutlak adalah 10 tahun sahaja.

Pasport Malaysia Dengan Sahlaku Melebihi 10 Tahun Dihentikan

Jika anda telah memperbaharui pasport dan mendapati tarikh luput pasport anda melebihi 10 tahun dari tarikh ia dicetak, berikut adalah ketetapan rasmi daripada Jabatan Imigresen Malaysia:

  • Penggantian Percuma: Anda layak mendapat pasport gantian baharu (dengan had maksimum sah laku 10 tahun) secara percuma tanpa sebarang bayaran.
  • Diberi Keutamaan: Urusan penukaran pasport anda akan diberikan keutamaan (priority) di kaunter Imigresen bagi mengelakkan implikasi semasa melancong.
  • Bantuan di Luar Negara: Bagi rakyat Malaysia yang sedang berada di luar negara dan terjejas, JIM akan mengeluarkan surat pemberitahuan rasmi kepada semua syarikat penerbangan antarabangsa untuk melancarkan urusan pulang atau transit anda.

6. Servis Ihsan Madani Sempena Hari Merdeka & Hari Malaysia

Bersempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 ini, KPDN dengan kerjasama strategik PETRONAS, PERODUA dan PROTON menawarkan pakej servis kenderaan dengan tawaran harga penjimatan berdasarkan subsidi yang disediakan tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan. Ikuti langkah-langkah tempahan seperti yang tertera pada poster tawaran PETRONAS dan PERODUA di bawah dan pastikan anda buat tempahan mengikut tarikh-tarikh yang dinyatakan.

Kenderaan yang diservis dengan baik dapat mengelakkan risiko kerosakan mengejut di jalan raya, lebih-lebih lagi jika anda merancang perjalanan jauh sempena cuti umum ini. Pastikan kereta anda berada pada tahap optimum!

servis ihsan madani

7. Data Internet Percuma Sempena Hari Merdeka & Hari Malaysia

Kerajaan Umum Inisiatif 10GB Data Internet Percuma Sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026

Lima syarikat telekomunikasi akan menyokong inisiatif kerajaan, dan menawarkan data berjumlah 10 GB secara percuma dalam menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

Lima syarikat telekomunikasi yang terlibat di bawah inisiatif ini adalah CelcomDigi, Maxis, Unifi Mobile, U Mobile dan juga YES. Semua pelanggan pascabayar dan prabayar di bawah rangkaian telekomunikasi ini akan menikmati data percuma berkenaan.

Untuk data percuma ini, 5 GB data internet percuma akan diberikan pada 31 Ogos 2026 sempena Hari Kebangsaan, sementara 5 GB lagi akan diberikan pada 16 September 2026 bersempena Hari Malaysia.

Maklumat lanjut berkaitan kaedah penebusan dan sebagainya dijangka dikongsikan oleh syarikat telekomunikasi dalam waktu terdekat ini.

8. Rakyat Digital Dilancarkan, Akses Percuma Mulai 31 Ogos

Portal Rakyat Digital yang baharu, sebuah hab pembelajaran digital Malaysia yang menghimpunkan kursus literasi digital, peningkatan kemahiran dan aplikasi AI dalam satu platform untuk manfaat setiap rakyat Malaysia telah dilancarkan.

Pelancaran ini telah dirasmikan oleh ​YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital di acara AI Malaysia Takeover 2026. Sebanyak 19 rakan kerjasama turut diberi pengiktirafan atas sokongan mereka terhadap program Rakyat Digital. Ini merupakan satu lagi langkah ke arah menjadikan Malaysia Negara AI menjelang 2030, bermula dengan membuka ruang kepada setiap rakyat Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Melalui Rakyat Digital, rakyat Malaysia akan dapat mengakses Digital Literacy Hub, menikmati akses percuma Coursera selama tiga bulan kepada lebih 16,000 kursus dan pensijilan untuk lebih 25,000 rakyat Malaysia, serta AI Builders Hub secara hibrid untuk belajar, bereksperimen dan membangunkan penyelesaian dunia sebenar.

Bermula 31 Ogos juga, sehingga 100,000 rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 30 tahun juga akan menerima akses percuma selama tiga bulan kepada pelbagai alat AI terkemuka.

Terokai apa yang Rakyat Digital tawarkan untuk anda di ​rakyatdigital.gov.my

9. Diskaun 50% Untuk Pendaftaran PMKS

Sistem Pendaftaran Status PMKS merupakan inisiatif yang dibangunkan oleh SME Corp. Malaysia bagi mengesahkan sama ada sesuatu perniagaan adalah Perusahaan Mikro, Kecil atau Sederhana (PMKS).

Mungkin masih ramai pemilik bisnes tak tahu, bahawa pelaksanaan pendaftaran status PMKS di Malaysia dilihat penting bagi :

  1. Penyediaan bantuan insentif kepada PMKS
  2. Pengesahan kelayakan PMKS bagi manfaat di bawah Perjanjian Perdagangan Bebeas (FTA)
  3. Pemantauan yang lebih baik terhadap insentif

Dalam erti kata lain, sebenarnya beruntung kalau pemilik bisnes daftar PMKS kerana ia boleh menjadi satu laluan penting untuk mendapatkan geran, bantuan dan inisiatif Kerajaan!

Jom rebut peluang mendapatkan diskaun 50% bagi pendaftaran ini sebelum 31 Ogos 2026!

DAFTAR PMKS

Untuk memohon, sila layari https://mybpi.smecorp.gov.my/

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

Penulis
Biografi User