Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 16 Jun 2026.
Minggu ini, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya SYUKUR Fasa 2, Rebat Solat SuRIA Home, pengumuman pasport baharu, dan sebagainya. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

1. Baucar Kita Selangor
Bantuan Baucar Kita Selangor 2026 sebanyak RM100 akan mula disalurkan kepada penerima yang layak bermula 30 Jun ini.
Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, seramai 50,000 rakyat Selangor akan dipilih untuk menerima bantuan tersebut. Penerima akan menerima RM100 sebulan selama enam bulan, dengan pengagihan dibuat secara berperingkat sehingga Disember 2026.
Menurut kenyataan terkini Kerajaan Negeri Selangor, program dijalankan secara bersasar untuk kumpulan berikut:
- isi rumah miskin dlm e-kasih
- pekerja yg diberhentikan kerja
- golongan rentan yg berdaftar dgn JKM
- ibu tunggal yg menenuhi syarat kelayakan
Penerima yang layak akan terima SMS secara berperingkat mulai 23 Jun 2026. Penerima perlu:
- i) buat pengesahan maklumat
- ii) kemukakan permohonan melalui Portal Baucar KitaSelangor
- iii) sertakan dokumen sokongan
Tunggu pengumuman rasmi Kerajaan Negeri pada 22 Jun 2026 sebelum buat apa-apa tindakan berkaitan program ni.
*Sumber: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor / Tarikh: 16 Jun 2026


2. SMT Dinaiktaraf kepada SBP-T
Secara rasminya, sembilan buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) kini dikenali sebagai Sekolah Berasrama Penuh Teknikal (SBP-T). Pengumuman penjenamaan semula ini diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Langkah ini melibatkan pemindahan operasi pengurusan SMT daripada Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) ke bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Berikut adalah sembilan buah sekolah yang kini diiktiraf sebagai SBP-T:
- SMT Sejingkat (Sarawak)Â
- SMT Alor Setar (Kedah)
- SMT Tunku Abdul Rahman Putra (Pulau Pinang)
- SMT Cheras (Kuala Lumpur)
- SMT Tuanku Ja’afar (Negeri Sembilan)
- SMT Bukit Piatu (Melaka)
- SMT Kuala Terengganu (Terengganu)
- SMT Kuantan (Pahang)
- SMT Johor Bahru (Johor)

Maksudnya, status SBP-T ni sekarang dah setaraf dengan SBP yang lain dan lebih berfokus kepada melahirkan ‘pakar’ dalam bidang STEM sekaligus bersedia memenuhi keperluan pasaran kerja masa hadapan.
Jadi, ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berminat dalam bidang STEM, teknologi atau kejuruteraan, ini antara laluan yang boleh diterokai.
3. Inisiatif Cermat Madani
CERMAT MADANI adalah sebuah program yang bertujuan untuk membantu rakyat untuk mendapatkan perlindungan insurans kenderaan yang lebih mampu milik. Melalui inisiatif CERMAT MADANI, anda berpeluang menikmati rebat premium insurans kenderaan sehingga 10% sebagai ganjaran kepada pemandu yang mengamalkan pemanduan berhemah.

Terdapat 2 langkah pelaksanaan, iaitu:
i. Fasa 1: Rebat 10% Untuk Semua Pengguna MyJPJ
- Pada peringkat permulaan, kerajaan menawarkan Rebat MADANI sebanyak 10% kepada semua pengguna yang memperbaharui insurans kenderaan melalui aplikasi MyJPJ.
- Tawaran khas ini berlangsung selama tiga bulan sehingga 9 September 2026 dan diberikan tanpa sebarang syarat.
- Tujuan fasa ini adalah untuk memperkenalkan inisiatif CERMAT MADANI kepada orang ramai serta menggalakkan penggunaan platform digital MyJPJ untuk urusan pembaharuan insurans dan cukai jalan.
ii. Fasa 2: Rebat Berdasarkan Rekod Pemanduan
- Bermula 10 September 2026, pemberian rebat tidak lagi diberikan secara automatik kepada semua pengguna. Sebaliknya, kadar rebat akan ditentukan berdasarkan profil risiko dan rekod pemanduan individu.
- Penilaian akan mengambil kira beberapa faktor seperti:
- Rekod saman aktif.
- Status senarai hitam.
- Sejarah pematuhan undang-undang jalan raya.
- Tahap risiko pemandu berdasarkan data JPJ dan PDRM.
- Melalui sistem yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), syarikat insurans akan menilai tahap risiko setiap pemandu sebelum menentukan sama ada mereka layak menerima rebat tambahan sehingga 10% atau premium insurans yang lebih rendah.

Untuk maklumat lanjut tentang, Cermat MADANI, sila rujuk artikel https://ecentral.my/cermat-madani/
4. Rumah Peranginan Persekutuan – Tempahan Dibuka 18 Jun 2026
TEMPAHAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN DAN RUMAH TAMU BAGI SUKU KETIGA TAHUN 2026
Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri akan membuka Sistem Tempahan Penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Tamu (RT) bagi suku ketiga tahun 2026 seperti ketetapan berikut:
- Tarikh Penginapan : 1 Julai 2026 hingga 30 September 2026
- Tarikh Pembukaan Tempahan : 18 Jun 2026 (Khamis)
- Masa : 12.00 tengah hari
Semua penjawat awam, pesara Kerajaan dan badan berkanun yang layak adalah dipelawa untuk membuat tempahan melalui sistem yang disediakan bermula pada tarikh dan masa yang dinyatakan
Sumber :Â Bahagian Pengurusan Hartanah

5. Keputusan STPM
Keputusan Peperiksaan STPM 2025 boleh disemak mulai 18 Jun 2026 (Khamis), jam 11.00 pagi bagi SMS dan 11.30 pagi bagi semakan online. Anda boleh buat semakan online melalui https://stpm.mpm.edu.my/stpmK.
Perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui media rasmi dan infografik rasmi di media sosial rasmi badan tersebut.

KAEDAH SEMAKAN
i) Semakan melalui Pautan MPM
Sila layari pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia.
Atau semak melalui portal MPM di https://www.mpm.edu.my [Laman Utama Portal MPM > Calon Peperiksaan > STPM > Semakan Keputusan STPM]

Sila isikan nombor kad pengenalan dan angka giliran pada ruang kosong yang disediakan.
Tekan butang HANTAR untuk mendapatkan keputusan anda.
Untuk memohon rayuan semakan semula keputusan, sila klik pada bahagian yang berkenaan.
ii) Semakan Melalui SMS
STPM<jarak>RESULTS1<jarak>No.KP dan hantar kepada 15888.
Sistem ini akan diaktifkan mulai 18 Jun 2026 (Khamis), jam 11.00 pagi
Sebarang pertanyaan, sila e-mel ke [email protected].
6. Tempoh Baru Pasport 10 Tahun
Kerajaan telah mewartakan Pasport Malaysia Antarabangsa dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun.
Menurut Portal Berita RTM, inisiatif pasport 10 tahun ini dijangka memberi manfaat besar kepada rakyat dari segi penjimatan kos dan pengurangan kekerapan urusan pembaharuan. Pelaksanaan versi terbaharu ini pada asalnya dirancang bermula Jun, namun ditangguhkan bagi memastikan kelancaran operasi.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kadar bayaran baharu ini, sila rujuk : https://ecentral.my/kadar-baru-pasport-malaysia-2026/
7. Tarikh Permohonan Sekolah Khusus – MTD Buka Permohonan Untuk Tingkatan 1
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) merupakan satu mekanisme penting yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menilai dan memilih pelajar yang layak untuk memasuki sekolah khusus di seluruh negara.
Sekolah khusus ini merujuk kepada:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan beberapa tarikh penting berkaitan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2027.
| Perkara | Tarikh |
|---|---|
| Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus | 10 Julai – 14 Ogos 2026 |
| Pelaksanaan PKSKT4 | 21 September – 1 Oktober 2026 |
| Pelaksanaan PKSKT1 | 12 – 22 Oktober 2026 |


Bagi yang berminat untuk menyertai Maktab Tentera Diraja (MTD/ RMC), permohonan bagi sesi 2027 dibuka mulai 14 Julai hingga 21 Ogos 2026 untuk pengambilan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Tahun-tahun sebelum ini, Maktab Tentera Diraja (MTD) hanya membuka pengambilan untuk pelajat Tingkatan 4 sahaja, namun bagi pengambilan sesi 2027, permohonan untuk kemasukan pelajar Tingkatan 1 turut dibuka.

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni
Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.



