Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 13 Julai 2026.

Minggu lepas, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya pengumuman berkaitan LINDUNG 24 Jam yang tidak lagi mandatori, umur pencen 60 tahun kekal, Baucar Buku Madani bagi pelajar IPT, BAP Tingkatan 6, MediAsas, Inisiatif MySiswa@JoC dan sebagainya. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

1. MediAsas – Pelan Asas MHIT

Bagi membantu rakyat mendapatkan perlindungan kesihatan yang lebih mampu milik, kerajaan memperkenalkan MediAsas, iaitu pelan insurans dan takaful perubatan baharu yang bakal dilaksanakan secara berperingkat sebelum pelancaran nasional pada tahun 2027.

MediAsas ialah pelan insurans dan takaful perubatan berasingan (standalone) yang direka khusus untuk memberi perlindungan asas kesihatan kepada rakyat pada kadar premium yang lebih berpatutan. Pelan ini dipersetujui sebagai jenama rasmi bagi Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) di bawah usaha kerajaan memperbaharui sistem pembiayaan penjagaan kesihatan swasta.

Matlamat utamanya ialah memastikan lebih ramai rakyat mempunyai akses kepada perlindungan perubatan tanpa dibebani kos premium yang terlalu tinggi.

MediAsas akan ditawarkan melalui dua pilihan produk:

  • MediAsas Teras – Pelan Standard
  • MediAsas Fleksi – Pelan Standard-Plus

Kedua-dua pelan ini menawarkan perlindungan sehingga umur 85 tahun, manakala penyertaan dibuka kepada individu sehingga umur 70 tahun.

MediAsas

Antara tarikan utama MediAsas ialah kadar premium yang lebih mampu milik, iaitu dengan anggaran kadar premium adalah sekitar RM60 hingga RM550.

Antara manfaat yang ditawarkan melalui MediAsas ialah:

  • Perlindungan insurans dan takaful yang lebih mudah diakses oleh rakyat
  • Perlindungan sehingga umur 85 tahun
  • Premium direka supaya kekal mampu milik dalam jangka panjang
  • Dua pilihan pelan mengikut keperluan pengguna
  • Penyertaan dibuka sehingga umur 70 tahun

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk artikel : Tak Perlu Risau Kos Rawatan – Kenali MediAsas, Pelan Baharu Dengan Premium Bermula RM60

2. MySiswa@JoC (Job On Campus)

10,000 MAHASISWA BERPELUANG JANA PENDAPATAN DI KAMPUS MELALUI MySISWA@JoC

Berita baik! KPT memperkenalkan MySISWA@JoC, sebuah inisiatif kerja sambilan berstruktur di dalam kampus yang memberi peluang kepada mahasiswa menjana pendapatan tanpa menjejaskan prestasi akademik. Program ini akan dilaksanakan di 20 Universiti Awam (UA) dan memberi keutamaan kepada mahasiswa daripada golongan B40, M40, rentan serta Orang Kurang Upaya (OKU).

Selain membantu meringankan kos sara hidup mahasiswa, program ini turut memperkasa ‘soft skills’ bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Memang best kan? Sambil belajar dapat cari duit poket sekali!

Bagaimana pelajar nak mohon kerja di MySiswa@JoC? Caranya mudah, anda boleh dapatkan maklumat terkini melalui hebahan media sosial atau laman web rasmi Universiti Awam masing-masing.

3. PERKESO Lindung 24 Jam Tidak Lagi Mandatori, Pilihan Opt-Out Mulai Isnin, 13 Julai 2026

Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa caruman Skim LINDUNG 24 Jam (Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja) di bawah PERKESO tidak lagi mandatori untuk pekerja tempatan, sebaliknya bertukar status kepada sukarela berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan ini diumumkan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, selepas mengambil kira maklum balas dan rintihan rakyat mengenai potongan gaji tersebut.

Mulai Isnin, 13 Julai 2026, pekerja tempatan yang ingin membuat pilihan opt-out Skim Lindung24 Jam boleh berbuat demikian secara dalam talian dengan melengkapkan perakuan pelepasan liabiliti. Bagi pekerja asing, caruman kekal mandatori.

Untuk memilih TIDAK MENYERTAI, anda boleh isikan borang secara online di pautan https://lindungfaedah.perkeso.gov.my/auth/. Manakala bagi yang ingin terus menyertai skim ini, anda juga perlu membuat deklarasi MENYERTAI seperti dalam paparan di bawah.

Layari saluran rasmi PERKESO atau rujuk panduan berikut untuk maklumat lanjut : https://www.perkeso.gov.my/images/lindung/lindung-24-jam/PanduanPenggunaPemilihanPenyertaan.pdf

4. Umur Bersara Wajib Kekal 60 Tahun

Khas untuk penjawat awam, antara perkara utama yang diumumkan ialah:

  • Had umur persaraan wajib penjawat awam kekal 60 tahun.
  • Keputusan dimuktamadkan pada 8 Julai 2026 melalui Mesyuarat Jemaah Menteri.
  • Tiada perubahan dasar atau kenaikan umur persaraan buat masa ini.

Ini bermakna semua peraturan berkaitan umur persaraan wajib yang sedang berkuat kuasa terus dikekalkan.

Umur bersara wajib

Umur persaraan wajib ialah umur yang ditetapkan oleh kerajaan di mana seseorang penjawat awam perlu menamatkan perkhidmatannya secara mandatori apabila mencapai umur tersebut.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan (Ceraian PP.1.1.1), umur persaraan wajib sektor awam telah dilanjutkan kepada 60 tahun berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.

Sebelum itu, had umur persaraan pernah dipinda beberapa kali, iaitu daripada 55 tahun, 56 tahun, 58 tahun dan 60 tahun (berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012).

5. BAP Tingkatan 6 Berjumlah RM150 Disalurkan Mulai 28 Jun – 27 Julai 2026

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tingkatan 6 diteruskan pada tahun 2026 bagi membantu pelajar membuat persediaan sebelum memulakan sesi persekolahan.

Tahun ini, seramai 96,013 pelajar Tingkatan 6 di seluruh negara akan menerima bantuan RM150 seorang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM14.4 juta yang disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bagi pelajar Tingkatan 6 baharu, agihan Bantuan Awal Persekolahan dilaksanakan mengikut tempoh berikut:

  • Tarikh agihan: 28 Jun 2026 hingga 27 Julai 2026
  • Jumlah bantuan: RM150 seorang
  • Tempat agihan: 616 Pusat Tingkatan Enam (PTE) di seluruh negara

Pelajar yang layak akan menerima bantuan melalui pihak sekolah atau Pusat Tingkatan Enam masing-masing mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM.

6. Baucar Buku Madani Untuk Pelajar IPT Boleh Ditebus Mulai 15 Julai 2026

Baucar Buku Madani 2026 untuk semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) boleh ditebus bermula 15 Julai 2026. Baucar yang bernilai RM100 ini boleh ditebus melalui portal https://mysiswaplace.my/ (MySiswaPlace).

Inisiatif ini adalah merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk menyokong keperluan pembelajaran pelajar dan meringankan beban kewangan.

Selain itu, ia juga bermatlamat bagi membudayakan amalan membaca dalam kalangan generasi muda, terutamanya mahasiswa serta merancakkan pertumbuhan ekonomi industri buku.

baucar buku rm100

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang
PENULIS
SEMAKAN
{user:editor:avatar}
PENILAI