Mulai 1 Jun 2026, semua pekerja sektor formal kini dilindungi di bawah Skim LINDUNG 24 Jam. Mungkin ramai yang masih belum tahu apakah sebenarnya skim ini dan kelebihannya kepada kita.
Ayuh, kita fahamkan bersama supaya kita boleh claim manfaatnya nanti!

Pengenalan Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO
Skim LINDUNG 24 Jam adalah skim perlindungan sosial yang diperkenalkan oleh PERKESO memberi perlindungan kepada pekerja sektor formal di Malaysia sepanjang masa DI DALAM NEGARA, iaitu 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan tanpa mengira waktu.
Skim LINDUNG 24 Jam ini juga dikenali sebagai Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja.
“Bukan bencana kerja” ertinya suatu kecederaan diri pada seorang pekerja disebabkan oleh kemalangan yang bukan terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan yang terhadapnya Akta ini terpakai dan hendaklah tidak termasuk apa-apa keadaan yang dinyatakan dalam Seksyen 96B.
Maksudnya, melalui skim LINDUNG 24 Jam ini:
- Perlindungan kemalangan tidak lagi terikat pada waktu kerja.
- Ia menyediakan perlindungan 24 jam sehari kepada pekerja formal termasuk pekerja warga asing ketika berada di luar waktu kerja, pada hari cuti atau ketika dalam perjalanan harian.
- Bukan itu saja, ada juga Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Orang Tanggungan, Elaun Layanan Sentiasa, Faedah Pengurusan Mayat, Kemudahan Pemulihan Jasmani/ Return To Work/ Vokasional dan Faedah Pendidikan.
Secara ringkasnya, skim ini telah diperluas berbanding yang sebelumnya kerana meliputi perlindungan terhadap kemalangan dan kecederaan yang berlaku di luar tempat kerja, ketika cuti, di rumah, di tempat awam, atau bila-bila masa, termasuklah urusan peribadi di dalam negara. Untungnya!

Kelebihan Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO
Dengan sedikit pembaharuan skim ini, pekerja-pekerja di Malaysia akan memiliki pelbagai kelebihan, antaranya:
- Perlindungan 24 jam untuk pekerja sektor formal tanpa mengira masa, tempat di dalam negara atau ketika buat urusan peribadi, bukan hanya waktu bekerja.
- Menutup jurang lama apabila tuntutan kemalangan di luar waktu kerja sebelum ini sering ditolak kerana bukan “bencana kerja”.
- Meringankan beban kewangan pekerja dan keluarga melalui faedah rawatan, elaun hilang upaya, faedah orang tanggungan dan faedah pengurusan mayat.
- Mengukuhkan jaringan perlindungan sosial negara dan menyelaras dengan trend kerja hibrid / fleksibel yang kaburkan sempadan masa kerja dan masa peribadi.
- Mengurangkan tekanan ke atas sistem kesihatan awam kerana sebahagian kos rawatan dan pemulihan pencarum ditanggung melalui skim berasaskan caruman ini.

Siapa Wajib Carum Skim LINDUNG 24 Jam?
Semua pekerja di bawah Akta 4 atau pekerja sektor formal di Malaysia, iaitu lebih 9 juta orang pekerja yang berdaftar di bawah PERKESO diwajibkan mencarum Skim LINDUNG 24 Jam.
Berbanding skim terdahulu yang terhad kepada pekerja di tempat kerja, kini LINDUNG 24 Jam merangkumi perlindungan ketika berada di rumah, tempat awam atau dalam perjalanan bagi melakukan aktiviti harian yang tiada kaitan dengan pekerjaan masing-masing.
Dengan sasaran ini, lebih ramai pekerja akan terlindung daripada risiko kewangan akibat kemalangan di luar tempat kerja, sekali gus membantu meringankan beban keluarga mereka.
Pekerja yang mempunyai lebih daripada satu majikan diminta membuat pemilihan majikan untuk bayaran caruman di Portal LINDUNG Faedah https://lindungfaedah.perkeso.gov.my selewatnya pada 30 Jun 2026.

Kadar Caruman Skim LINDUNG 24 Jam
Untuk makluman semua pekerja, kadar caruman pekerja di bawah Skim LINDUNG 24 Jam akan dilaksanakan secara 3 peringkat mulai 1 Jun 2026, iaitu:
- 0.75% untuk dua tahun pertama (Fasa Pertama),
- 1.0% untuk tiga tahun berikutnya (Fasa Kedua),
- 1.25% mulai tahun keenam dan seterusnya (Fasa Ketiga)
*Nota: Caruman ditanggung sepenuhnya oleh pekerja.
Secara ringkasnya, apabila Skim LINDUNG 24 Jam berkuatkuasa mulai 1 Jun 2026, maka kadar potongan adalah 0.75% bagi 2 tahun pertama (Fasa 1), 1.0% untuk 3 tahun berikutnya (Fasa 2) dan 1.25% bagi tahun keenam dan seterusnya.
Perbezaan kadar caruman sebelum dan selepas pelaksanaan Skim LINDUNG 24 Jam boleh dirujuk melalui infografik di bawah:

BACA JUGA: LINDUNG Kendiri PERKESO – Khas Untuk Peniaga, Pekerja Sendiri, Rider & Freelancer!
PERKESO juga telah memperkenalkan fungsi Kalkulator Caruman di https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/majikan-pekerja/kadar-caruman.html untuk memudahkan majikan dan pekerja mengira kadar caruman bagi Akta 4 dan Akta 800. Jadi lebih mudah untuk anda mengira sendiri jumlah potongan yang dilakukan setiap bulan.

Manfaat dan Perlindungan Yang Disediakan
Skim LINDUNG 24 Jam memberi pelbagai manfaat dan perlindungan kepada pekerja sektor formal di Malaysia sepanjang masa tanpa mengira waktu atau lokasi kejadian. Antara manfaat utama skim ini ialah:
Perlindungan Tanpa Had Masa
- 24 jam, 7 hari seminggu.
- Melindungi pekerja di luar waktu kerja dan di luar tempat kerja.
Liputan Untuk Semua Pekerja
- Termasuk pekerja asing.
- Menetapkan standard perlindungan sosial lebih setara negara maju.
Faedah Komprehensif PERKESO
- Faedah Perubatan
- Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS)
- Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)
- Faedah Orang Tanggungan (FOT)
- Elaun Layanan Sentiasa (ELS)
- Faedah Pengurusan Mayat (FPM)
- Faedah Pemulihan
Berbaloi, kan? Skim ini juga membantu mengurangkan beban kewangan pekerja dan keluarga mereka serta mempercepatkan proses pemulihan dan rehabilitasi.

Contoh Jenis Kecederaan Yang Dilindungi dan Kes Yang Tidak Dilindungi
Seperti yang telah dinyatakan tadi, Skim LINDUNG 24 Jam ini melindungi pekerja daripada pelbagai jenis kecederaan yang berlaku di luar tempat kerja, termasuk kematian akibat kemalangan yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Tentu ramai nak tahu, apa contoh kecederaan tu? Adakah kes yang tidak dilindungi?
Jom fahamkan bersama.
CONTOH / KECEDERAAN YANG DILINDUNGI
Antara jenis kecederaan yang dilindungi ialah:
- Kematian akibat kemalangan di luar tempat kerja.
- Kecederaan akibat kemalangan di luar tempat kerja, sama ada di rumah, tempat awam atau dalam perjalanan harian.
Skim ini juga menyediakan pemulihan jasmani seperti fisioterapi, terapi pekerjaan, pembedahan rekonstruktif, serta bekalan prostetik, ortotik, dan alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat, alat pendengaran dan kasut khas.
KES YANG TIDAK DILINDUNGI
Berikut pula adalah kes yang tidak dilindungi :
- Kemalangan berlaku di LUAR Malaysia
- Orang Berinsurans (OB) yang merupakan pekerja asing yang menyalahgunakan pas atau permit yang sah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen atau melanggar apa-apa syarat kemasukkan di bawah Akta Imigresen 1959 / 63 [Akta 155].
- Bencana pekerjaan sendiri di bawah Akta 789 (LINDUNG Kendiri)
- Bencana domestik di bawah Akta 838 (LINDUNG Kasih).
- Keadaan yang disebabkan oleh apa-apa penyakit seperti kencing manis, demam, darah tinggi dan lain-lain.
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Skim LINDUNG 24 Jam PERKESO
Untuk maklumat lanjut dan info terkini, sila layari portal rasmi PERKESO di pautan berikut: https://www.perkeso.gov.my/
SOALAN LAZIM
Skim perlindungan kemalangan menyeluruh di bawah PERKESO yang melindungi pekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu, termasuk kemalangan di luar waktu dan tempat kerja rasmi.
Semua pekerja yang diliputi di bawah Akta 4 / LINDUNG Pekerja, wajib didaftar dan dicarumkan di bawah Skim LINDUNG 24 Jam. Semua pekerja yang diambil bekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan hendaklah didaftarkan dan dicarum kepada PERKESO tertakluk kepada had siling gaji RM6,000 sebulan.
Pekerja yang mempunyai lebih daripada satu majikan diminta membuat pemilihan majikan untuk bayaran caruman di Portal LINDUNG Faedah https://lindungfaedah.perkeso.gov.my selewatnya pada 30 Jun 2026.
Antara faedah perlindungan yang disediakan di bawah skim baharu ini ialah: Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK), Faedah Orang Tanggungan (FOT), Elaun Layanan Sentiasa (ELS), Faedah Pengurusan Mayat (FPM), dan pemulihan.
Tidak; skim ini khusus untuk melindungi kemalangan dan kejadian bukan bencana kerja, termasuk ketika di rumah, di jalan raya, atau melakukan urusan peribadi selagi pekerja merupakan pencarum yang layak.
Caruman ditanggung sepenuhnya oleh pekerja. Kadar caruman pekerja akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu:
0.75% untuk dua tahun pertama (Fasa Pertama),
1.0% untuk tiga tahun berikutnya (Fasa Kedua),
1.25% mulai tahun keenam dan seterusnya (Fasa Ketiga)
Proses umumnya ikut aliran tuntutan faedah PERKESO sedia ada: lapor kemalangan, dapatkan rawatan, isi borang tuntutan berkaitan, sertakan dokumen sokongan dan hantar melalui portal atau pejabat PERKESO untuk dinilai sebelum bayaran dibuat.
1 Jun 2026
Kenyataan Rasmi Pelaksanaan Skim Lindung 24 Jam
Rujuk dokumen penuh : https://www.perkeso.gov.my/290426-PEKELILING MAJIKAN BIL. 02-2026 – PERLUASAN PERLINDUNGAN SKIM LINDUNG 24 JAMDownload




