Menurut pengumuman KPM, semakan keputusan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus, termasuklah Maktab Tentera DiRaja (MTD) boleh dibuat mulai 15 Mac 2022 ini.
Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin melalui sebuah kenyataan media rasmi KPM.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Maktab Tentera (MTD) atau yang lebih dikenali sebagai RMC (Royal Military College).
Apakah Maktab Tentera DiRaja (MTD)
Nama Maktab Tentera DiRaja (MTD) Sungai Besi cukup sinonim dengan pelbagai sejarah kecemerlangan, baik dari segi pencapaian akademik, kemantapan disiplin mahupun ketangkasan pelajar dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum dan sukan.
Sejarah kecemerlangan putera bermula sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki di bumi MTD. Kehidupan yang dilalui oleh setiap putera dipenuhi dengan kitaran hidup yang berjadual dan displin yang mantap serta penuh dengan budaya hidup ala ketenteraan.
Yang junior diajar oleh senior cara menyesuaikan diri dengan kehidupan di MTD sambil dipantau oleh jurulatih-jurulatih dari berbagai kepakaran dalam perkhidmatan ATM.
Segala aktiviti yang dilakukan bersama untuk menerap nilai kerjasama dalam kumpulan dan semangat setia kawan bagi memastikan matlamat utama pernubuhan MTD tercapai iaitu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan.
Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!
MTD telah ditubuhkan untuk merealisasikan piagam MTD iaitu
PIAGAM
Untuk Menyediakan Belia-Belia Malaysia Mengambil Tempat Sebagai Pegawai-Pegawai Dalam Angkatan Tentera Malaysia, Menjadi Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam, Menjadi Pemimpin-Peminpin dalam bidang Ikhtisas, Perdagangan dan Perusahaan Negara
Piagam ini telah ilhamkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dengan tujuan apabila MTD ditubuhkan pada tahun 1952, maka ianya dapat membantu Negara melahirkan bakal-bakal pemimpin yang akan menerajui Negara apabila Negara mencapai kemerdekaan pada 1957 nanti. Bagi menyambung matlamat dan inspirasi piagam tersebut sehingga hari ini, MTD telah meletak sebuah Visi dan Misi bagi menyokong matlamat piagam tersebut.
Visi
Menjadikan Maktab Tentera Diraja Sebagai Sebuah Institusi
Pendidikan Berprestasi Tinggi yang Terunggul
Misi
Menyediakan Sistem Pendidikan Berkualiti Dan Berprestasi Tinggi
Secara Menyeluruh Untuk Melahirkan Pemimpin Berwibawa,
Berketrampilan dan Bersasiah Mulia Dalam Sektor Perkhidmatan Awam, Korporat dan Angkatan Tentera Malaysia
Baca juga: PISMP 2022: Permohonan Calon Guru Tajaan KPM (IPG Online)
Semakan Tawaran Kemasukan Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD)
Tawaran kemasukan Sekolah Khusus ini melibatkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.
Semakan kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) boleh dibuat melalui pautan berikut:
Tarikh Pendaftaran MTD Bagi Pelajar Baharu 2022
KPM menetapkan tarikh pendaftaran ke Sekolah Khusus bagi sesi 2022 adalah seperti berikut:
(a) Pendaftaran secara dalam talian bagi murid baharu Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di SBP dan SMKA adalah pada 21 Mac 2022 hingga 25 Mac 2022;
(b) Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Empat di SBP dan SMKA adalah pada 5 April 2022;
(c) Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Satu di SBP dan SMKA akan dimaklumkan oleh KPM;
(d) Pendaftaran secara fizikal bagi murid baharu Tingkatan Empat dan Tahun 1 SVM di SMT dan KV adalah pada 7 April 2022; dan
(e) Pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan Empat ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my/
Baca juga: KWAPM: Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
Permohonan Rayuan Kemasukan MTD
Tarikh rayuan secara dalam talian bermula 15 Mac hingga 29 Mac 2022.
Maklumat Lanjut
- Laman web: http://www.rmc.edu.my/
- Telefon : 03-8872 6399
- E-mel : [email protected]