Jadual Piala Dunia 2026 untuk peringkat separuh akhir akan berlangsung pada 15 dan 16 Julai 2026 mengikut waktu Malaysia (MYT).
Empat gergasi bola sepak dunia yang berjaya melayakkan diri ke pusingan ini ialah Perancis, Sepanyol, England, dan Argentina.
Pemenang bagi setiap perlawanan akan terus mara ke pentas akhir yang dijadualkan pada 20 Julai 2026.

Format baharu kejohanan FIFA World Cup 2026 melibatkan 48 buah pasukan bermula di Pusingan 32. Daripada fasa tersebut, hanya 16 pasukan terbaik berjaya melepasi saringan untuk mara ke Pusingan 16, 8 pasukan ke peringkat Suku Akhir dan hanya 4 pasukan ke Separuh Akhir.
Jom rujuk jadual Piala Dunia 2026 untuk pusingan suku akhir di bawah.
Jadual Piala Dunia 2026 – Separuh Akhir
Saksikan pusingan SEPARUH AKHIR perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 disiarkan secara langsung oleh RTM berikut:
15 JULAI 2026 | RABU
- PERANCIS vs SEPANYOL
- 2.00 AM (waktu Malaysia)

16 JULAI 2026 | KHAMIS
- ENGLAND vs ARGENTINA
- 2 AM (waktu malaysia)

Keputusan Terkini FIFA – Separuh Akhir
| Hari & Tarikh | Perlawanan | Keputusan | Pemenang | Rabu, 15 Julai | France lwn Spain | – |
|---|---|---|---|
| Khamis, 16 Julai | England lwn Argentina | – |
Cara Menonton Piala Dunia 2026 Di Malaysia
Anda boleh menyaksikan siaran langsung FIFA World Cup 2026 melalui gabungan saluran TV berbayar, TV percuma dan platform penstriman rasmi.
- Unifi TV (semua 104 perlawanan)
- RTM (TV1/TV2/TV Okey)
- MyTV
- RTM Klik (sebahagian besar aksi sama ada secara langsung atau siaran tertunda mengikut jadual ditetapkan).
- MyGOV

Soalan Lazim Mengenai Jadual Piala Dunia 2026
Piala Dunia 2026 dijadualkan berlangsung dari 12 Jun hingga 20 Julai 2026 (tarikh Malaysia) di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Ya, semua waktu yang dipaparkan dalam artikel ini telah diselaraskan mengikut Waktu Malaysia (MYT) bagi memudahkan rujukan peminat tempatan.
Sebanyak 48 pasukan akan mengambil bahagian, menjadikannya edisi Piala Dunia terbesar dalam sejarah FIFA.
Perbezaan zon waktu antara Malaysia dan negara tuan rumah menyebabkan sesetengah perlawanan berlangsung pada hari berikutnya mengikut waktu Malaysia.
Kejohanan ini dianjurkan secara bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada 20 Julai 2026 (tarikh Malaysia) di MetLife Stadium, New Jersey, Amerika Syarikat.
Anda boleh merujuk laman web rasmi FIFA atau menyimpan artikel ini untuk mendapatkan jadual Piala Dunia 2026 yang telah ditukar kepada Waktu Malaysia (MYT).
Sebanyak 16 pasukan layak ke Pusingan 16 Piala Dunia 2026, iaitu:
Perancis
Norway
England
Portugal
Sepanyol
Belgium
Switzerland
Brazil
Paraguay
Argentina
Colombia
Kanada
Mexico
Amerika Syarikat / USA
Maghribi
Mesir
Sebanyak 8 pasukan layak ke Pusingan Suku Akhir Piala Dunia 2026, iaitu:
Argentina
Sepanyol
Perancis
England
Belgium
Norway
Maghribi
Switzerland
Terdapat empat pasukan yang berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir FIFA iaitu Perancis, Sepanyol, England, dan Argentina.




