Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Bunga api malam merdeka diadakan sebagai simbol kegembiraan rakyat menyambut Hari Kebangsaan. Letupan cahaya berwarna-warni di langit tepat jam 12 tengah malam menandakan masuknya tarikh 31 Ogos, iaitu hari kemerdekaan negara.

Selain mencipta suasana meriah, ia juga mengumpulkan rakyat daripada pelbagai kaum untuk meraikan ambang merdeka bersama, sekaligus melambangkan perpaduan dan kebanggaan sebagai rakyat Malaysia.

Dekat mana nak tengok bunga api malam Merdeka nanti?

Jom semak lokasi Sambutan Ambang Merdeka 2026 di bawah.

Senarai Lokasi Sambutan Ambang Merdeka 2026 Setiap Negeri

Berikut adalah senarai lokasi Sambutan Ambang Merdeka 2026 yang telah diumumkan sehingga kini untuk beberapa negeri di Malaysia:

1. Kuala Lumpur – Dataran Merdeka

Sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka Kuala Lumpur!

Bersiap sedia untuk meraikan malam Sambutan Ambang Merdeka yang penuh meriah dengan kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan rakyat malaysia.

Anda bakal dihiburkan dengan persembahan artis hebat tanah air:

β€’ Dato’ Zainal Abidin β€’ Aina Abdulβ€’ ⁠Adira Suhaimi β€’ Mimi Fly β€’ Asmidar β€’ Nadia Aqilah β€’ Anggrek β€’ Emma Suhaimi β€’ Aman Ra β€’ Haziq Rosebiβ€’ Kidd Santhe β€’ Danny Koo β€’ Izen Kong β€’ Pasya β€’ Hussain β€’ Zubir Khan

Pengacara: Terrence Dass & Syamira Nazir

Serta persembahan yang bakal diiringi oleh pemuzik dari Kombo Budaya DBKL, Orkestra Kuala Lumpur, Artis Budaya DBKL, Fakulti Tari Aswara & New Gen D Studio, Vehara Arts!

Jom bersama-sama kita menyaksikan barisan artis tanah air, persembahan kebudayaan pelbagai kaum, muzik, nyanyian dan pelbagai pengisian menarik dalam satu sambutan penuh semangat!

Sambutan Ambang Merdeka 2026
Sumber: Merdeka 360

2. Selangor

Warga Selangor!!

Ayuh hadir beramai-ramai memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang akan berlangsung pada:

Pelbagai aktivti menarik disediakan, antaranya:
-Perarakan dan perbarisan
-Persembahan badan beruniform
-Pertunjukan bunga api 
-Persembahan kebudayaan
-Persembahan artis terkemuka tanah air

Jemput datang bersama keluarga sambil menyemarakkan semangat cintakan negara.

3. Melaka

Majlis Sambutan Ambang Merdeka Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2026 adalah pada:

  • Tarikh & Masa: 30 Ogos 2025, bermula dari 8:00 pm
  • Lokasi: Perkarangan Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka

Selain itu, terdpat pengisian lain sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka dan Karnival Civil-Military Cooperation (CIMIC) seperti berikut:

Tarikh: 29 hingga 31 Ogos 2026

πŸ“ Tempat: Klebang, Melaka

Pelbagai acara menarik diaturkan antaranya:

  • βš”οΈ Karnival Civil-Military Cooperation (CIMIC) anjuran Kementerian Pertahanan
  • ✨ Melaka Berselawat Bersama Habib Syech Assegaff
  • πŸ’‚β€β™‚οΈ Perbarisan dan Perarakan Kontinjen
  • πŸ›‘οΈPameran Aset ATM
  • 🎭 Kereta Berhias
  • πŸ›‘οΈ Pameran dan Demonstrasi Ketenteraan

    4. Perlis

    MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2026

    • 30 Ogos 2026 (Ahad)
    • 8.00 malam
    • Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis
    Sambutan Ambang Merdeka 2026 & Bunga Api Setiap Negeri
    Sumber: Pejabat SUK Perlis

    5. Johor

    AMBANG MERDEKA BERSAMA PENEROKA 2026

    Jom kita bersama-sama memeriahkan Sambutan Ambang Merdeka Bersama Peneroka 2026!

    • 30 Ogos 2026 (Ahad)
    • Padang Awam FELDA Ulu Penggeli
    • 7.30 pagi – 12.00 tengah malam

    Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

    Ayuh hadir beramai-ramai bersama keluarga dan warga FELDA untuk menyemarakkan semangat Merdeka!

    Sambutan Ambang Merdeka 2026 & Bunga Api Setiap Negeri
    Sumber: Felda Ulu Penggeli Rasmi

    6. Perak

    Sambutan Ambang Merdeka X Festival Bulatan Sultan Azlan Shah (BSAS) 2026 kembali dengan lebih meriah, lebih besar dan lebih mengujakan!

    Bersedia untuk meraikan ambang kemerdekaan bersama kami dalam suasana penuh patriotik menerusi pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga. ❀️🀍

    πŸ“… 29 – 31 Ogos 2026
    πŸ“ Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru
    πŸ•™ 12.00 tengahari – 12.00 malam

    ✨ Antara pengisian yang bakal memeriahkan festival:
    🎭 Persembahan kebudayaan
    🍴 Jualan makanan & minuman
    πŸ›οΈ Gerai pameran
    πŸŽ‰ Aktiviti untuk seisi keluarga

    Sambutan Ambang Merdeka 2026 & Bunga Api Setiap Negeri
    Sumber: Tourism Perak

    7. Sarawak

    Sarawak secara rasmi mengadakan malam Ambang Hari Kebangsaan pada 30 Ogos 2026 di Kapit, Sarawak dengan ketetapan berikut:

    • 30 Ogos 2026
    • 8 malam
    • Kapit Town Square
      Sambutan Ambang Merdeka 2026 & Bunga Api Setiap Negeri
      Sumber: Utusan Sarawak

      8. Terengganu

      Ayuh seluruh rakyat Terengganu, hadir bersama keluarga dan sahabat-handai untuk menyemarakkan Majlis Sambutan Malam Ambang Merdeka Tahun 2026!

      • 30 Ogos 2026 | Ahad
      • Bermula 8.45 malam
      • Dataran Muara Utara Drawbridge, Kuala Terengganu

      Nikmati pelbagai pengisian menarik menjelang detik 12.00 tengah malam, antaranya:

      • Forum Bicara Merdeka
      • Persembahan khas kumpulan Rabbani
      • Lagu-lagu popular seperti Intifada, Teman Sejati, Warisan, Tanggal 31 dan Jalur Gemilang
      • Upacara penyerahan Jalur Gemilang
      • Perarakan Rejimen 512 Askar Wataniah
      • Kiraan detik Ambang Merdeka
      • Pertunjukan bunga api
      Sambutan Ambang Merdeka 2026 & Bunga Api Setiap Negeri

      9. Pahang

      Mari raikan Merdeka bersama-sama!

      Sertai acara Ambang Merdeka di Kuantan 188 pada 30 Ogos 2026 dan saksikan pertunjukan bunga api yang memukau, sekali gus menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan bersama.

      Bawalah keluarga serta rakan-rakan anda, dan mari kita jadikan sambutan Merdeka ini suatu kenangan yang terindah!

      Sambutan Ambang Merdeka 2026 & Bunga Api Setiap Negeri
      Sumber: Instagram bypasarloka

      10. Pulau Pinang

      Acara Tahunan Paling Rare, Paling Sempoi Di Penang!

      Pelbagai aktiviti dalam 1 festival:-

      Pameran & Aktiviti Agensi Keselamatan TUDM , PDRM,BOMBA,APM & AADK, Street Food Fest, Bundle,Thrif, Fashion Fest, Forum Islamik & Qasidah, Konsert Akim & Stacy, Merdeka Night Run 2026, Tembakan Bunga Api, Street Soccer , Mewarna

      Dan Pelbagai Aktiviti Menarik lain…

      Sambutan Ambang Merdeka 2026 & Bunga Api Setiap Negeri
      Sumber: Bertam Street Market

      Soalan Lazim Sambutan Ambang Merdeka 2026 & Bunga Api Setiap Negeri

      Bilakah pertunjukan bunga api Ambang Merdeka diadakan?

      Tepat jam 12.00 tengah malam pada 30 Ogos 2026 (menjelang 31 Ogos).

      Berapakah bayaran masuk ke lokasi-lokasi sambutan ini?

      Majoriti acara kemuncak dan pertunjukan bunga api di dataran awam adalah percuma.

      Adakah kafe atau kedai makan berdekatan tapak sambutan dibuka?

      Ya. Kebanyakan premis makanan berhampiran lokasi utama melanjutkan waktu operasi sehingga lewat malam atau pagi.

      Adakah hari keesokannya (31 Ogos) hari kelepasan am (cuti)?

      Ya. Hari Kebangsaan ialah cuti kelepasan am (public holiday) kebangsaan untuk seluruh Malaysia.

      Bolehkah saya membawa anak kecil atau bayi ke tapak sambutan?

      Boleh. Namun, pastikan mereka memakai pelindung telinga (earmuffs) kerana bunyi letupan bunga api amat kuat.

      Penulis