6 Kegunaan Sabut Kelapa Yang Ramai Tak Tahu

Buah kelapa mempunyai banyak khasiatnya pada kesihatan. Selain airnya sering diminum, isi kelapa juga telah diolah untuk dijadikan ramuan penting dalam masakan seperti kerisik, santan dan minyak kelapa.

Namun, bagaimana pula dengan sabut kelapa? Walaupun ia sering dilihat sebagai bahan buangan, namun sebenarnya sabut daripada buah kelapa mempunyai banyak kegunaannya.

Ia juga sering menjadi pilihan ramai kerana boleh didapati sepanjang tahun, mesra alam dan harganya murah.

Ayuh kita semak bersama-sama.

sabut kelapa

6 Manfaat Sabut Kelapa Yang Ramai Tak Tahu

1. Sebagai Media Tanaman

Anda pasti selalu lihat pokok bunga orkid dengan medium tananam yang berasaskan sabut.

Antara kegunaan utama sabut kelapa adalah sebagai media tanaman yang cukup versatil bagi tanaman ladang mahupun tanaman hiasan.

Disebabkan ia berongga, sabut daripada kelapa dapat berfungsi sebagai media tanaman dengan pengudaraan yang baik untuk tanaman.

Pada masa yang sama, sabut juga mampu menyimpan sehingga 6 kali ganda air daripada beratnya sendiri.

Ini seterusnya dapat memberikan kelembapan yang optimum buat pelbagai jenis tanaman.

2. Sebagai Pembekal Nutrisi Pada Tumbuhan

Bukan sahaja dapat memberikan pengudaraan serta kelembapan yang baik pada tanaman, malah ia juga mampu membekalkan pelbagai nutrisi penting untuk tumbuhan.

Antara unsur nurtrisi makro dan mikro yang didapati dalam sabut kelapa adalah kalium, fosforus, kalsium, magnesium dan natrium.

Bagi yang belum tahu, unsur kalium dalam medium tanaman adalah sangat penting khususnya bagi penghasilan buah yang berkualiti.

sabut kelapa
Sumber : kompas.com

3. Untuk Dijadikan Cocopeat

Sabut daripada buah kelapa juga sering dihancurkan untuk menjadi satu lagi variasi medium tanaman iaitu cocopeat.

Cocopeat mempunyai nilai pH 5.6 hingga 6.5 iaitu kadar yang optimum untuk pertumbuhan akar tanaman.

Di samping itu, cocopeat juga mampu membekalkan pelbagai nutrien pada tumbuhan seperti magnesium, natrium dan fosforus.

4. Sebagai Bahan Bakar

Tiada arang di rumah? Apa kata anda gunakan sabut?

Sabut kelapa yang kering sangat mudah terbakar. Ini menjadikan ia sebagai bahan bakar cukup baik.

5. Bahan Utama Dalam Penghasilan Perabot

Kandungan lignin serta selulosa yang terdapat dalam sabut kelapa menjadikannya sesuai untuk dijadikan papan untuk perabot.

Selain itu, serat daripada sabut juga sesuai untuk digabungkan bersama lateks untuk pengasilan perabot yang tahan lasak dan terbiodegradasi.

6. Sebagai Penyaring Air

Kegunaan lain bagi sabut adalah sebagai komponen penyaring air. Air yang melalui saringan sabut akan ditapis agar bebas daripada kotoran atau sampah.

Proses penyaringan juga boleh dilakukan berkali-kali untuk mendapatkan air yang benar-benar jernih dan bersih.

sabut kelapa

Rupanya terdapat pelbagai kegunaan sabut kelapa dalam kehidupan seharian. Tidak hanya berfungsi sebagai media tanaman yang berkualiti, malah ia juga merupakan bahan penting dalam industri penghasilan perabot.

Sumber : Facebook Umam Agro, Facebook Laman

Baca Juga : Air Kelapa Muda : Nutrisi, Khasiat Pada Tubuh dan Pantang Larang

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!