Rumah Terbuka Malaysia Madani Perdana Menteri 2023

SENARAI LOKASI & MASA RUMAH TERBUKA MALAYSIA MADANI BERSAMA YAB PERDANA MENTERI, ANWAR IBRAHIM 2023

Di Malaysia rumah terbuka sudah menjadi satu tradisi setiap perayaan utama seperti Hari Raya, Deepavali, Tahun Baharu Cina, Gawai dan Krismas. Semasa perayaan, masyarakat tanpa mengambil kira kaum dan agama dijemput berkunjung ke rumah-rumah terbuka untuk bersama-sama merayakan majlis tersebut.

Ruamh terbuka ini ditakrifkan sebagai suatu perayaan agama yang bukan sahaja disambut oleh penganut agama itu sendiri bahkan kaum lain. Biasanya rumah terbuka diadakan di satu tempat yang lebih luas atau dewan untuk mewujudkan ruang keselesaan.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan siri rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri di enam negeri, hingga Mei depan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI akan diadakan di Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu serta Selangor.

rumah terbuka malaysia madani bersama perdana menteri 2023

“Semoga Syawal ini memberi peluang untuk saling bermaafan, di samping mengeratkan lagi silaturahim sesama kita,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lokasi & Masa Rumah Terbuka Malaysia Madani 2023 Bersama Perdana Menteri

Majlis berkenaan akan diadakan di 6 lokasi berikut:

  1. 29 April 2023 – Hotel Raia, Alor Setar, Kedah (bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang)
  2. 6 Mei 2023 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang (jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang)
  3. 7 Mei 2023 – Dewan Majlis Bandaraya Seremban, Negeri Sembilan (jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang)
  4. 12 Mei 2023 – Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan dari jam 7.00 malam hingga 10.30 malam)
  5. 13 Mei 2023 – Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu (jam 7.00 malam hingga 10.30 malam)
  6. 14 Mei 2023 – Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak, Selangor (jam 8.00 malam hingga 11.00 malam)

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!