Kuota Internet Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri

Berita baik buat pengguna pakej prabayar! Kerajaan telah mengumumkan kuota internet tambahan PERCUMA dan pulangan TUNAI sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menarik kan?

Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang tawaran ini untuk semua pakej prabayar yang terlibat.

Pemberian Kuota Internet Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 – Menteri Komunikasi dan Digital

Pengguna pakej prabayar akan menikmati kuota Internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini.

Syarikat Komunikasi Yang Terlibat

Inisiatif ini disediakan secara kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang meliputi:

Maxis – bonus 100 gigabit (GB) menerusi pelan Internet HotlinkMU, dengan tertakluk pada tempoh sah laku pas dibeli & sah hingga 15 Mei ini.

CelcomDigi – pelan video HD 555GB RM5.00 untuk melayari video & tempoh sah laku selama empat hari, atau hingga 15 Mei ini.

Unifi Mobile – pulangan tunai RM5 dengan pelan Internet prabayar 4G/5G, manakala RM35 data 4G & 5G tanpa had & panggilan tanpa had selama 30 hari yang sah hingga 5 Mei.

Umobile – bonus 10GB dengan pelan Pakej Perpaduan & sah hingga 31 Mei 2023

YES – bonus 44GB data dengan tempoh sah laku selama tujuh hari & sah hingga 15 Mei.

*Kemudahan yang disediakan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat penyedia perkhidmatan.

Sila rujuk kenyataan media rasmi melalui lampiran di bawah:

internet percuma raya 2023
kuota internet percuma raya

Usaha Kerajaan dan semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat ini selari dengan konsep RAHMAH dalam meringankan kos sara hidup serta sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

Semoga kemeriahan hari raya tahun ini lebih terasa apabila kita dapat berhubung dengan keluarga, sanak saudara, dan rakan-rakan.

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran kuota internet percuma ini, sila hubungi penyedia perkhidmatan anda atau layari laman web rasmi berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!