Rumah Perakku: Permohonan Rumah Mampu Milik Serendah RM70,000

Mungkin masih ada yang belum tahu bahawa terdapat pelbagai inisiatif yang boleh dimanfaatkan melalui skim perumahan kerajaan untuk golongan B40 dan M40 di setiap negeri, antaranya Rumah Perakku oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) ini.

Ia lebih kurang sama dengan inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang menawarkan Program Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Kerajaan Negeri Selangor yang memperkenal Program Rumah Selangorku (RSKU).

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan lebih lanjut tentang Projek Perumahan Perakku dan cara membuat permohonan, pendaftaran dan pembelian.

Apakah Rumah Perakku?

Projek perumahan yang dibangun dan dikawal selia oleh LPHP untuk rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Rumah kos rendah ditawarkan pada harga bermula RM70,000 bagi kawasan daerah dan RM90,000 untuk kawasan bandar.

Bagi kategori rumah kos sederhana pula, ia ditawarkan bermula RM150,000 untuk kawasan daerah dan RM180,000 bagi kawasan bandar.

Rumah mampu milik pula dijual pada harga RM250,000 ke bawah.

rumah perakku

Harga Rumah Perakku

Rumah Kos Rendah

  • Zon A – RM90,000 ke bawah
  • Zon B – RM70,000 ke bawah

Rumah Kos Sederhana

  • Zon A – RM90,001 – RM180,000
  • Zon B – RM70,001 – RM140,000

Rumah Perakku Mesra Milik

  • Zon A – RM180,001 – RM250,000
  • Zon B – RM140,001 – RM240,000 .
Antara projek Rumah Perakku

Syarat Pendaftaran

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak memohon.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,860 sebulan (Kos Rendah RM90,000 dan ke bawah)
  4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi : RM 3,861 hingga RM7,000 sebulan (Kos Sederhana RM90,001 hingga RM180,000)
  5. Pendapatan terbuka : (Mampu Milik RM140,001 hingga RM250,000

Baca juga: Musaadah Tijariyyah: Mohon Bantuan Modal Perniagaan MAIWP 2021

MAKLUMAN / PERINGATAN PENTING

  1. Setiap permohonan perlu dikemaskini setiap 2 tahun sekali, jika anda gagal mengemaskini permohonan akan ditolak/tidak dipanggil temuduga jika terpilih.
  2. Sila bawa dokumen ASAL dan dokumen-dokumen SOKONGAN semasa proses temuduga nanti.
  3. Paparan borang Pendaftaran Perumahan lebih sesuai mengunakan komputer bukan telefon pintar.

Cara Pendaftaran

Pendaftaran projek Rumah Perakku boleh dibuat secara atas talian melalui laman web berikut: http://lphp.perak.gov.my/pendaftaranbaru_lprumah.php

Sila isikan maklumat dan borang permohonan dengan lengkap.

Untuk melihat senarai projek perumahan yang ditawarkan, sila rujuk di pautan ini: http://lphp.perak.gov.my/projek_perakku.php

Dokumen Yang Diperlukan

Antara senarai dokumen yang diperlukan bagi melengkapkan permohonan ialah:

  • Salinan kad pengenalan terbaru pemohon dan isteri/ suami.
  • Salinan sijil nikah/ daftar perkahwinan.
  • Salinan sijil kelahiran/ kad pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan.
  • Salinan sijil kematian/ penceraian sekiranya pemohon berstatus Balu/Duda/Janda.
  • Salinan slip gaji terkini bagi tiga (3) bulan berturut-turut dan penyata Kumpulan Wangs Simpanan Pekerja (KWSP) pemohon dan isteri/ suami.
  • Salinan surat CCRIS dan CTOS (Jika Ada)
  • Surat pengesahan dan Perakuan Pendapatan Bulanan pemohon dan isteri/ suami dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)/ Penghulu/ Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
  • Sekeping gambar warna berukuran pasport (terbaru).

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan projek terkini, sila rujuk laman web Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) di http://lphp.perak.gov.my/

ATAU

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak
Aras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Tel : 05-209 5000
Fax : 05-253 0001

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!