Prosedur Permohonan Rayuan GKP 2.0 & Senarai Dokumen Diperlukan

Bagi anda yang telah GAGAL pada pemilihan pertama Geran Khas Prihatin 2.0, anda boleh membuat permohonan rayuan GKP bermula 7 Disember 2020.

Permohonan rayuan hanya boleh dibuat secara online di portal rasmi gkp.hasil.gov.my

Berikut dikongsikan prosedur permohonan dan senarai dokumen diperlukan sepanjang proses tersebut.

Rayuan GKP 2.0

Perlu diingatkan pertukaran perniagaan bagi tujuan rayuan GKP tidak dibenarkan.

Contohnya anda memiliki perniagaan A yang berstatus tidak lulus, namun ingin membuat rayuan semula menggunakan perniagaan B — adalah tidak dibenarkan.

Kod Alasan Tidak Lulus

Kod AlasanAlasan Tidak LULUSKeterangan
01TIDAK BEROPERASI 2020Pemohon melaporkan perniagaan tidak beroperasi dalam tahun 2020 pada borang
02JUALAN = 0 ATAU JUALAN >= 300KJualan adalah 0 atau melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
03JUALAN >= 300KJualan melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod data agensi
04TIDAK WUJUD DI AGENSIPemohon tidak berdaftar perniagaan dengan agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 2020
05PEKERJA >= 5 ORANGJumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
06PEKERJA >= 5 ORANGJumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod data agensi
07ENTITI PERNIAGAAN LEBIH 1Perniagaan melebihi satu permohonan

Baca juga:

Dokumen Diperlukan

Berikut senarai semak dokumen yang diperlukan bagi proses rayuan mengikut kategori.

Setiap permohonan rayuan hanya dibenarkan memuat naik 3 lampiran dokumen sokongan yang bersaiz maksimum 2MB bagi setiap dokumen.

Format dokumen yang dibenarkan adalah JPEG, JPG, PDF dan PNG sahaja.

Tarikh Pembayaran Rayuan GKP

Tarikh pembayaran rayuan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 2.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Atau layari portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my

Soalan Lazim

Bilakah permohonan rayuan GKP 2.0 dibuka?

Anda boleh membuat rayuan semula bermula 7 Disember di portal rasmi gkp.hasil.gov.my

Bolehkah saya membuat rayuan menggunakan perniagaan lain?

Tidak boleh.

Berapakah jumlah bantuan Geran Khas Prihatin?

RM3,000 secara one-off.

Apakah dokumen diperlukan untuk proses rayuan semula?

Sila rujuk di sini.

Sekiranya rayuan diterima, bilakah tarikh pembayaran akan dibuat?

Tarikh pembayaran rayuan GKP akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!