Rayuan BSH Fasa 3: Permohonan Online Mulai 7 Ogos 2020

Rayuan BSH Fasa 3 bagi tahun 2020 akan dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September ini.

Seperti yang diumumkan melalui siaran media oleh Kementerian Kewangan Malaysia, pembayaran BSH Fasa 3 bagi tahun 2020 bagi permohonan yang lulus telah bermula pada 24 Julai 2020.

Bayaran dibuat secara pengkreditan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan dan secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember 2020.

Baca juga : myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User

Bayaran BSH Fasa 3 ini dibuat kepada penerima yang layak berdasarkan kategori BSH 2020 merangkumi bilangan anak tanggungan dan baki nilai BSH yang akan diterima.

Peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM3.0 bilion dan memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima BSH merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta bujang (40-59 tahun).

Jika anda gagal mendapatkan Bantuan Sara Hidup dan ingin membuat rayuan BSH Fasa 3, sila rujuk info berkaitan tarikh permohonan, syarat kelayakan serta langkah-langkah membuat rayuan dengan lebih lanjut melalui artikel ini.

rayuan bsh 2020

Tarikh Permohonan Rayuan BSH Fasa 3

Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka pada tarikh berikut:

TARIKH RAYUAN BSH FASA 3 DIBUKA: 7 Ogos 2020

TARIKH AKHIR RAYUAN BSH FASA 3: 6 September 2020.

Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Untuk perhatian, permohonan rayuan secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus tidak lulus dengan kod tertentu sahaja.

*Kod Tidak Lulus BSH boleh dirujuk melalui contoh berikut: https://bsh.hasil.gov.my/Download/Kod_Tidak_Lulus2019&Dokumen_Sokongan.pdf

Cara Permohonan Rayuan

Anda boleh membuat Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 seperti berikut:

i. Permohonan Rayuan Online (Secara Dalam Talian)

Permohonan rayuan BSH online boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus tidak lulus dengan kod tertentu sahaja.

Permohonan Rayuan BSH 2020 dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Pergi ke Portal Rasmi BSH LHDNM, https://bsh.hasil.gov.my
  2. Klik pada ikon ‘Rayuan’ (mulai 7 Ogos 2020)
  3. Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
  4. Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.

NOTA: Rayuan secara online juga boleh dibuat melalui Aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit.

ii. Permohonan Rayuan Secara Manual Melalui Borang

Borang Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh didapati secara
percuma di:

  • Portal Rasmi BSH LHDNM; atau
  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Syarat Kelayakan Bantuan Sara Hidup 2020

Untuk makluman pemohon yang ingin membuat rayuan, kategori yang layak bagi permohonan BSH 2020 adalah seperti berikut:

A. Isi Rumah

  1. Kahwin; atau
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
  3. Bujang (termasuk OKU) Berumur 60 tahun dan ke atas

B. Bujang

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
  2. Had umur:
    • 40 tahun dan ke atas; atau
    • 18 tahun dan ke atas bagi kategori OKU

Baca juga : Cara Permohonan Bantuan Ibu Tunggal PENJANA RM300 Online

Semakan Status Rayuan BSH Fasa 3

Tarikh semakan status rayuan BSH Fasa 3 ini akan dimaklumkan oleh pihak LHDN selepas tarikh tutup rayuan, iaitu 6 September 2020.

Semakan Status permohonan Rayuan BSH Fasa 3 2020 boleh dibuat seperti berikut:

  • Portal Rasmi BSH LHDNM
  • Semakan secara Aplikasi Mobile BSH
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Talian MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Maklumat Lanjut

Sebarang makluman lanjut berkenaan Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh diperolehi pada Portal Rasmi BSH (https://bsh.hasil.gov.my).

Pemohon dinasihatkan untuk ELAKKAN daripada mengisi apa-apa borang atau mendapatkan makluman daripada laman web yang tidak diketahui kesahihan atau melalui panggilan telefon bagi mengelakkan penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jika ada sebarang kemusykilan, sila hubungi talian berikut untuk mengajukan soalan:

  • HOTLINE BSH : 03-8882 4565 / 03-8882 4566 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • HOTLINE MoF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)

E-mel: [email protected]

Alamat surat-menyurat:
Sekretariat BSH, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia, Presint 2, 62592 WP Putrajaya.

Untuk maklumat lanjut, rujuk juga Soalan Lazim (FAQ) berkaitan Pendaftaran BSH dan BSH Fasa 3 di SINI.

Sila follow Facebook Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk mendapatkan update terkini dan maklumat sahih tentang Bantuan Sara Hidup.

Bantu kami share artikel ini: