Rayuan BPN: Proses Isi Semula Permohonan Bantuan Prihatin Nasional

Sebentar tadi PM mengumumkan rayuan BPN kini dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020.

Ini bagi memberi laluan kepada mereka yang GAGAL pada permohonan sebelum ini.

Ramai mengeluh tidak layak BPN atas alasan memiliki SSM.

Namun perniagaan mereka terjejas teruk sepanjang tempoh PKP menyebabkan bantuan ini amat diperlukan sekarang.

Kerajaan turut menyediakan satu insentif khas bantuan secara one-off untuk PKS melalui Geran Khas Prihatin sebanyak RM3,000 yang akan dibayar bermula 15 Jun nanti.

“Mengambil kira semua perkara ini, YB menteri kewangan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.

“Selain menghantar emel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat rayuan BPN bermula hari Isnin 11 Mei 2020.

“Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana- mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insya-Allah boleh diluluskan,” katanya ketika menyampaikan perutusan yang disiarkan di TV1, hari ini.

Rayuan BPN

Status permohonan rayuan sebelum ini telah diumumkan pada 9 Mei lepas.

Namun bagi anda yang masih gagal, permohonan rayuan kali ke-2 boleh dibuat sama ada secara online di portal rasmi BPN, emel atau di kaunter-kaunter LHDNM berhampiran anda.

Tarikh pembayaran permohonan baru / rayuan kali pertama akan dibuat bermula 15 Mei.

Bagi permohonan rayuan kali ke-2, kami masih menunggu pengumuman rasmi daripada MOF tentang bilakah semakan status rayuan boleh dibuat, dan bila pula tarikh pengkreditan rayuan BPN.

Soalan Lazim

Bilakah rayuan BPN kali ke-2 akan dibuka?

Permohonan rayuan akan dibuat dari 11 Mei hingga tarikh tutup 31 Mei 2020.

Bagaimana cara memohon rayuan ini?

Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi bpn.hasil.gov.my, emel atau di kaunter-kaunter LHDNM berhampiran.

Berapakah amaun BPN yang saya layak?

Jumlah BPN yang anda layak bergantung kepada kategori sama ada individu / keluarga B40 atau M40.

Bolehkah saya memohon rayuan sedangkan saya ada SSM?

Ya boleh. Sila isi permohonan rayuan anda mulai 11 Mei atau opsyen lain sila mohon bantuan Geran Khas Prihatin sebanyak RM3,000.

Leave a Comment