Semakan No Pinjaman PTPTN & Kemaskini Maklumat Online

Sebagai peminjam PTPTN, penting untuk kita tahu cara mengakses portal PTPTN dan menggunakan kemudahan onlinenya.

Untuk menggunakan kemudahan di portal PTPTN ini, peminjam perlu tahu nombor pinjaman PTPTN masing-masing.

Berikut dikongsikan cara membuat PTPTN semak no pinjaman dan bagaimana untuk kemaskini permohonan PTPTN anda secara online.

Dengan mengetahui nombor pinjaman PTPTN, ia akan dapat menjimatkan masa dan menyingkatkan urusan para peminjam, kerana peminjam tidak perlu lagi hadir di kaunter PTPTN atau wakilnya di agensi kerajaan lain setiap kali ingin membuat urusan.

Sebaik sahaja memiliki nombor pinjaman PTPTN, kita boleh menyelesaikan banyak perkara mengenai bayaran balik pinjaman secara dalam talian (online) sahaja dan ini adalah suatu perkhidmatan yang sangat mesra pelanggan dan mementingkan kecekapan.

Antara kemudahan dalam talian di portal PTPTN yang memerlukan peminjam memasukkan nombor pinjaman ialah memohon pertukaran pinjaman konvensional kepada ujrah, pengesahan baki pinjaman atau surat penyelesaian hutang, serta membuat pengemaskinian maklumat peminjam (e-mel dan nombor telefon). 

Cara Dapatkan No Pinjaman PTPTN

1. Melalui Hotline PTPTN

Salah satu cara yang paling mudah adalah dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000. Nombor ini memang tersedia di portal PTPTN untuk mudah dirujuk oleh para peminjam. 

Apabila menelefon nombor ini, beritahu kepada pihak PTPTN bahawa anda ingin mendapatkan nombor pinjaman PTPTN anda.

Peminjam yang telah memperolehi nombor pinjaman PTPTN, terus boleh mengakses menu e-Perkhidmatan di portal PTPTN pada bahagian ‘Bayaran Balik’.

2. Melalui Mesej Di Facebook

Anda juga boleh mendapatkan nombor pinjaman melalui mesej di Facebook rasmi PTPTN :

https://www.facebook.com/PTPTNOfficial

ptptn direct debit

Kemaskini Maklumat PTPTN Online

Selain daripada menguruskan bayaran balik secara online, para peminjam juga boleh mengemas kini maklumat PTPTN secara online melalui portalnya.

Untuk tujuan kemas kini maklumat peminjam, nombor pinjaman ini sangat diperlukan sama seperti di atas. Jika tidak akses kepada portal tidak dapat dibuat.

Sesetengah kita mungkin bertanya, kenapakah kita perlu kemas kini maklumat PTPTN lagi? Bukankah PTPTN sudah ada maklumat kita semasa kita membuat pinjaman dahulu. Sudah ada alamat lengkap surat-menyurat, nombor telefon dan e-mel.

Betul, tetapi itu dahulu. Seringkali, apabila kita terpaksa menangguh bayaran balik selama beberapa lama, maklumat peribadi peminjam juga telah berubah dalam tempoh itu. 

Kita mungkin tidak tinggal bersama ibu bapa lagi, sudah bertukar kerja beberapa kali, bertukar nombor telefon dan menggunakan alamat e-mel yang baharu.

Ada sistem memanfaatkan nombor telefon pengguna mereka untuk kiriman kemas kini terbaharu melalui SMS dan sebagainya. Justeru, nombor telefon ini sangat penting dikemas kini. 

Begitu juga dengan e-mel. Menghantar surat cara lama sudah menjadi cara perhubungan yang kurang berkesan dan lambat pada hari ini, jadi PTPTN memerlukan alamat e-mel terkini untuk berhubungan tentang hal pinjaman.

Maka, kemas kini ini sudah tentunya berfaedah dan efisien bagi kedua-dua pihak, iaitu peminjam dan PTPTN. 

Dengan adanya nombor pinjaman, kerja kemas kini ini semudah ABC sahaja.

Jadi, usahlah bertangguh-tangguh lagi untuk mendapatkan nombor pinjaman dan menyelesaikan hutang PTPTN. Mudah bukan caranya? Hanya telefon nombor hotline PTPTN yang tertera, dan catatkan nombor yang diberikan kepada kita. Yang paling penting, hutang kena langsai.

Untuk maklumat lanjut boleh layari portal rasmi PTPTN di https://www.ptptn.gov.my

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!