Bagi para pelajar yang ingin mendalami pendidikan berteraskan Al-Quran dan hafazan khususnya, anda dijemput untuk memohon bagi pengambilan program TVET Tahfiz bagi ambilan Oktober 2026.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan program ini.

Apa itu program TVET?
TVET adalah singkatan kepada Technical and Vocational Education Training atau lebih dikenali sebagai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.
Proses pendidikan TVET adalah lebih menuju ke arah industri yang memerlukan tenaga kerja yang terlatih serta berkemahiran tinggi.
Malangnya, pendidikan TVET sering dipandang rendah oleh masyarakat dengan memandangnya hanya sebagai pilihan terakhir sekiranya pelajar tersebut tidak mendapat tempat di institusi pendidikan tinggi yang lain.
Menariknya, disebabkan graduan TVET adalah mereka yang mahir dengan kemahiran (berbanding teori semata-mata), permintaan majikan untuk graduan TVET adalah lebih tinggi iaitu 98 peratus berbanding graduan universiti hanya sebanyak 60 peratus.
Mengapa TVET Tahfiz?
TVET Tahfiz ialah program laluan khas yang menggabungkan pendidikan Tahfiz dengan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi membolehkan lepasan tahfiz meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran dan teknologi.
Objektif program ini diwujudkan adalah untuk:
- Memberi asas Matematik, Sains dan Teknologi kepada pelajar tahfiz.
- Meningkatkan kemahiran teknikal asas sebelum memasuki program diploma TVET.
- Mengintegrasikan nilai al-Quran dan etika kerja Islam dalam pendidikan teknikal.
- Menyediakan laluan kemasukan ke Diploma Teknologi Pembuatan Produk Elektronik.
- Melahirkan teknologis yang kompeten, berakhlak dan berdaya saing.

Seperti yang dihuraikan di atas, pendidikan TVET memfokuskan kepada pendidikan berdasarkan kemahiran.
Melalui program TVET Tahfiz, para pelajar yang diterima masuk berpeluang untuk mendalami pelbagai bidang kemahiran namun pada masa yang sama dapat meneruskan pengajian dalam bidang hafazan.
Tarikh Permohonan
Permohonan boleh dibuat sebelum 6 September 2026.
Tempoh & Bidang Pengajian
Pengajian untuk program TVET Tahfiz adalah 3 tahun sahaja.
Namun, sebelum itu pelajar perlu menyertai Program Bridging selama 3 tahun.
Bidang pengajian bagi program ini adalah seperti yang berikut:
- Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara – TVETMARA Besut
- Diploma Kompetensi Kimpalan – TVETMARA Lumut
- Diploma Teknologi Automotif Komersial – TVETMARA Jasin
- Diploma Pengeluaran Perabot – TVETMARA Pekan
- Diploma Teknologi Pembuatan Produk Elektronik – TVETMARA Johor Bahru
Syarat Permohonan
Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon yang berminat untuk menyertai program TVET Tahfiz:
- Berumur 16 tahun sehingga 45 tahun.
- Pemohon berminat dalam bidang teknikal.
- Pemohon sihat tubuh badan.
- Pemohon menghafal sekurang-kurangnya 5 juzuk.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://mohon.tvet.gov.my/main/flexi.
Soalan Lazim
TVET Tahfiz ialah program laluan khas yang menggabungkan pendidikan Tahfiz dengan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi membolehkan lepasan tahfiz meneruskan pengajian dalam bidang kemahiran dan teknologi.
Permohonan boleh dibuat sebelum 6 September 2026.
– Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara
– Diploma Kompetensi Kimpalan
– Diploma Teknologi Automotif Komersial
– Diploma Pengeluaran Perabot
– Diploma Teknologi Pembuatan Produk Elektronik
Permohonan berumur 16 tahun sehingga 45 tahun.
Pemohon menghafal sekurang-kurangnya 5 juzuk.
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://mohon.tvet.gov.my/main/flexi.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan TVET Tahfiz MARA di IKM, sila hubungi:
- TVETMARA Besut: Ustaz Aiman – 011-12917510
- TVETMARA Lumut: Ustaz Faris Zufairy – 013-783 6413
- TVETMARA Jasin: Ustaz Azlin – 017-263 9154
- TVETMARA Pekan: Ustaz Shahir – 016-9453836
- TVETMARA Johor Bahru: Ustaz Najib – 019 -4777058




