Hari Bekerja Hibrid (HBH) akan dilaksanakan sebagai norma baharu dalam perkhidmatan awam Malaysia berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026.
Inisiatif yang diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini membenarkan penjawat awam yang layak untuk bekerja lebih fleksibel tanpa mengurangkan jumlah waktu bekerj.
Pelaksanaan HBH membolehkan penjawat awam bekerja sehingga dua (2) hari dari rumah atau lokasi alternatif yang diluluskan Ketua Jabatan, manakala tiga (3) hari lagi hadir ke pejabat mengikut keperluan perkhidmatan, kesesuaian fungsi dan syarat yang ditetapkan.
Info lengkap mengenai pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) boleh dirujuk di bawah.

Ringkasan Penting
- Berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026.
- 2 hari bekerja dari rumah/lokasi alternatif yang diluluskan.
- 3 hari hadir ke pejabat mengikut keperluan perkhidmatan.
- Hari kehadiran wajib ke pejabat ditetapkan mengikut negeri:
- Isnin & Jumaat bagi negeri yang cuti hujung minggu pada Ahad.
- Ahad & Khamis bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu.
- Perkhidmatan penting yang memerlukan kehadiran fizikal seperti kaunter, keselamatan, pertahanan, pendidikan, kesihatan dan mahkamah akan terus beroperasi seperti biasa.
- HBH menggantikan pengaturan Bekerja Dari Rumah (BDR) susulan Konflik Asia Barat yang sedang berkuat kuasa.
Apa Itu Hari Bekerja Hibrid (HBH)?
Hari Bekerja Hibrid (HBH) ialah inisiatif Jabatan Perkhidmatan Awam yang membolehkan penjawat awam yang layak bekerja tiga hari di pejabat dan dua hari di rumah/lokasi alternatif yang dibenarkan.
Inisiatif ini akan mula berkuat kuasa 1 Ogos 2026, namun dikecualikan bagi sektor perkhidmatan penting yang memerlukan komitmen fizikal sepenuhnya.
Inisiatif ini digubal sebagai norma baharu bagi menggantikan aturan Bekerja Dari Rumah (BDR) sebelum ini dengan matlamat mengoptimumkan produktiviti serta menyokong keseimbangan kerjaya dan kehidupan peribadi (work-life balance) penjawat awam.
JPA menetapkan hari kehadiran wajib ke pejabat yang berbeza mengikut Hari Kelepasan Mingguan (HKM) negeri masing-masing.
Bagi negeri-negeri yang mengamalkan cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad (seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor, dan Pulau Pinang), kehadiran fizikal di pejabat adalah wajib pada setiap hari Isnin dan Jumaat.
Sebaliknya, bagi negeri-negeri yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu (iaitu Kedah, Kelantan, dan Terengganu), hari Ahad dan Khamis telah diwartakan sebagai hari wajib hadir ke pejabat.
Fleksibiliti untuk memilih hari bekerja dari rumah pada baki hari yang lain adalah tertakluk kepada budi bicara serta kelulusan Ketua Jabatan berdasarkan kesesuaian tugasan.
Rujuk Siaran Media Pelaksaan Hari Bekerja Hibrid di bawah:

Siapa Terlibat?
Secara amnya, semua penjawat awam yang layak terlibat dalam pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) ini.
Tiada lagi syarat sekatan radius jarak (seperti syarat radius 8km dalam peraturan BDR sebelum ini). Sesiapa sahaja layak memohon tanpa mengira jarak rumah ke pejabat.
Penyertaan adalah tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing berdasarkan keperluan perkhidmatan agensi.
Pengecualian Sektor Penting
Walaubagaimanapun, pegawai yang terlibat dalam sektor perkhidmatan penting (essential services) dan tugas-tugas yang memerlukan interaksi bersemuka secara langsung tidak layak dan mesti hadir ke pejabat 5 hari seminggu.
Sektor TIDAK Layak Hari Bekerja Hibrid (HBH):
- Petugas Kaunter: Semua kakitangan barisan hadapan yang menguruskan urusan pelanggan secara fizikal.
- Sektor Keselamatan & Pertahanan: Anggota tentera, polis, penjara, dan agensi penguatkuasaan berkaitan.
- Sektor Kesihatan: Doktor, jururawat, dan petugas hospital atau klinik komuniti.
- Sektor Pendidikan: Guru, pensyarah, dan kakitangan sokongan institusi pendidikan.
- Institusi Mahkamah: Hakim, peguam negara, dan urus setia kehakiman yang memerlukan prosiding fizikal.
Kaedah Pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid Penjawat Awam
Kaedah pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuat kuasa 1 Ogos 2026 menggunakan formula nisbah 3:2 seminggu seperti berikut:
- 3 Hari di Pejabat: Pegawai wajib hadir secara fizikal untuk bertugas di premis jabatan masing-masing.
- 2 Hari bekerja secara maya: Pegawai dibenarkan Bekerja Dari Rumah (BDR) atau dari lokasi alternatif yang mendapat kelulusan.
Bagi memastikan urusan pentadbiran dan mesyuarat utama berjalan lancar, JPA menetapkan hari wajib hadir yang berbeza mengikut Hari Kelepasan Mingguan (HKM) negeri:
- Negeri Cuti Sabtu & Ahad (Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Pulau Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak):
- Wajib Hadir: Isnin dan Jumaat.
- Boleh Pilih Hibrid: Selasa, Rabu, atau Khamis (Pilih 2 hari dengan kelulusan).
- Negeri Cuti Jumaat & Sabtu (Kedah, Kelantan, Terengganu):
- Wajib Hadir: Ahad dan Khamis.
- Boleh Pilih Hibrid: Isnin, Selasa, atau Rabu (Pilih 2 hari dengan kelulusan).
NOTA: Waktu Bekerja Kekal – Tiada pengurangan jam bekerja mingguan; jumlah jam bekerja adalah sama seperti hari bekerja biasa.
Tarikh Berkuatkuasa
Pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam akan berkuat kuasa secara rasmi pada 1 Ogos 2026.
Keputusan ini telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri sebagai norma baharu bagi menggantikan aturan Bekerja Dari Rumah (BDR) Konflik Asia Barat yang sedang berkuat kuasa sebelum ini.
Maklumat Lanjut
Dapatkan maklumat lanjut dan info terkini mengenai Hari Bekerja Hibrid (HBH) 2026 untuk penjawat awam di:
Soalan Lazim Hari Bekerja Hibrid
Tidak. Jumlah jam bekerja seminggu adalah kekal sama seperti biasa tanpa sebarang pengurangan.
Anda boleh bekerja di rumah atau mana-mana lokasi alternatif yang mendapat kelulusan Ketua Jabatan.
Tidak. Syarat sekatan radius jarak bawah 8 kilometer dalam peraturan BDR terdahulu telah dimansuhkan. HBH terpakai tanpa had jarak.
Hari Ahad dan Khamis adalah hari kehadiran wajib ke pejabat.
: Tidak boleh bagi negeri zon Ahad (KL, Selangor, Johor, dll.) kerana hari Isnin dan Jumaat adalah hari wajib hadir fizikal ke pejabat.
: Pemantauan dilakukan melalui sistem pemantauan digital dan penilaian prestasi berasaskan hasil (outcome-based KPI) bagi memastikan integriti kekal tinggi.
– Petugas Kaunter
– Sektor Keselamatan & Pertahanan
– Sektor Kesihatan
– Sektor Pendidikan
– Institusi Mahkamah




