Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Malaysia, Jom Check X PEKA B40 merupakan inisiatif saringan kesihatan percuma untuk semua rakyat Malaysia berumur 40 tahun dan keatas yang akan pada 5 dan 6 September 2026 di lokasi terpilih di seluruh Malaysia.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.

Mengenai Malaysia, Jom Check! X PeKa B40

Malaysia, Jom Semak!X PEKA B40 merupakan kempen saringan kesihatan seluruh negara secara percuma bagi memastikan penjagaan kesihatan diberikan kepada komuniti di seluruh Malaysia.

Program ini menggalakkan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) yang biasa, membantu rakyat Malaysia yang layak mengenal pasti potensi masalah kesihatan sebelum ia menjadi lebih serius.

Saringan kesihatan adalah salah satu cara paling mudah untuk menjaga kesihatan dan pengesanan awal membolehkan orang awam mendapatkan rawatan lebih awal dan membuat pilihan gaya hidup yang lebih sihat.

Tarikh Saringan

Tarikh saringan kesihatan akan dibuat pada 5 dan 6 September 2026 (Sabtu dan Ahad).

Jenis Pemeriksaan

Jenis pemeriksaan yang akan dibuat adalah seperti berikut:

  • Tekanan darah
  • Pengambilan sampel darah
  • Ukuran tinggi dan berat badan
  • Konsultasi bersama doktor

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk mendapatkan saringan kesihatan ini adalah seperti berikut:

  1. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 berumur 40 tahun ke atas, atau
  2. Pasangan berdaftar penerima STR berumur 40 tahun ke atas.

Untuk menyemak kelayakan anda, sila layari portal ini https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan.

Peringatan Sebelum Hadir

Sebelum hadir, individu diingatkan untuk mengambil perhatian perkara berikut:

  • Tidak perlu berpuasa. Individu boleh makan dan minum seperti biasa sebelum hadir.
  • Teruskan pengambilan ubat biasa melainkan dinasihatkan sebaliknya oleh doktor.
  • Pakai pakaian yang selesa.
  • Proses pemeriksaan kesihatan biasanya mengambil masa sekitar 30 hingga 45 minit bergantung dengan bilangan orang ramai.

Tempat Pemeriksaan

Tempat pemeriksaan ini adalah seperti berikut:

1- Pulau Pinang

  • Dewan Komuniti Taman Kota Permai, Bukit Mertajam
  • Dewan MPKK Kg Melayu Air Itam
  • Dewan MPKK Bukit Bendera
  • Teluk Kumbar
  • Bertam Hypermarket – (BRH)

2- Perak

  • Taman Cempaka, Ipoh
  • Taman Klebang Restu, Chemor
  • Tmn Sg Mas, Taiping
  • Masjid Kg Changkat Jong
  • Kg Sri Kinta, Ipoh

3- Selangor

  • Klang – Taman Sentosa
  • Seri Kembangan – Taman Bukit Serdang
  • Batu Caves – Taman Sri Gombak
  • Kajang – Bandar Sg Long
  • Ampang – Kampung Baru Ampang

4- Wilayah Persekutuan

  • Bandar Tun Razak, Cheras
  • Kampung Cheras Baru
  • Kepong, Jinjang

5- Melaka

  • Mydin Pulau Sebang Hypermarket
  • Mydin Wholesale Hypermarket Bandar Jasin Bestari
  • Mydin MITC Ayer Keroh

6- Johor

  • Skudai
  • Johor Bahru
  • Kluang
  • Batu Pahat – Kg Desa Sri Banang

7- Pahang

  • Taman Sri Inderapura, Kuantan
  • Bandar Indera Mahkota, Kuantan
  • Jengka, Chenor
  • Songsang, Temerloh

8- Terengganu

  • Dewan Sivik Gong Limau
  • Dewan Sivik Geliga
  • Surau Pak Da Haji Taib, Kg. Kelulut, Marang
  • Surau Flat Batin Perdana, Kg. Batin, Seberang Takir
  • Bukit Besar, Kg. Pasir Panjang, Kuala Terengganu
  • Masjid Kg. Kebor Air, Manir

9- Kelantan

  • Kota Bahru
  • Pasir Puteh
  • Bachok

10- Sarawak

  • Pusat JKKK Kampung Bahagia Jaya Teku
  • Pedalaman – 4 Rumah Panjang
  • Dewan Orang Ramai Taman Jelita
  • Masjid Ikhwanul Islam
  • Masjid Al-Abyad Taman Matang Jaya
  • Mydin Bandar Baru Samariang, Mukah

Soalan Lazim

Adakah Program Malaysia, Jom Check X PEKA B40 ini percuma?

Ya. Saringan kesihatan adalah PERCUMA untuk penerima manfaat PeKa B40 yang layak.

Bilakah program ini akan dijalankan?

Program ini akan dijalankan pada 5 dan 6 September 2026 (Sabtu dan Ahad).

Perlukah saya mendaftar sebelum hadir?

Tidak. Jika layak, hanya bawa MyKad dan kunjungi mana-mana lokasi program yang mengambil bahagian.

Perlukah saya berpuasa sebelum saringan?

Tidak. Individu tidak perlu berpuasa.

Berapa lamakah saringan akan diambil?

Saringan biasanya mengambil masa sekitar 30 hingga 45 minit, bergantung pada bilangan pelawat.

Apa yang berlaku selepas saringan?

Jika keputusan memerlukan rawatan perubatan lanjut, doktor akan menasihati tentang langkah seterusnya dan sebarang susulan yang diperlukan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Malaysia, Jom Check X PEKA B40, sila layari laman web https://protecthealth.com.my/malaysia-jom-check-x-peka-b40-2026/.

Baca juga: PeKa B40 – Skim Peduli Kesihatan Percuma Untuk B40

Penulis