Inapan Kasih Sayang Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) kini membuka permohonan kemasukan bagi sesi 2027 kepada anak-anak asnaf fakir dan miskin di seluruh Pulau Pinang dan permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan di pautan https://zakat.mainpp.gov.my/inapan-kasih-sayang/
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai kemasukan ini.

Apa Itu Inapan Kasih Sayang?
Asrama Inapan Kasih Sayang, MAINPP merupakan sebuah asrama untuk anak-anak asnaf, khususnya di Pulau Pinang.
Asrama ini juga ditubuhkan bagi menjaga kebajikan anak-anak asnaf di samping memberikan pendidikan percuma sepenuhnya agar mereka dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang lebih selesa, tersusun dan teratur.
Mengikut sejarah, asrama ini mula beroperasi pada 29 Disember 2011 bagi sesi persekolahan tahun 2012 dengan menerima pelajar-pelajar Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam.
Para pelajar telah ditempatkan di empat buah sekolah rendah berhampiran, iaitu Sekolah Kebangsaan Ara Rendang, Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, Sekolah Kebangsaan Pokok Sena dan Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor.
Pada tahun 2026, asrama ini menempatkan seramai 76 orang pelajar yang terdiri daripada 33 orang pelajar lelaki dan 43 orang pelajar perempuan.
Sehingga hari ini, asrama ini telah melahirkan seramai 453 orang alumni yang meneruskan perjalanan dalam pelbagai bidang akademik dan kerjaya.
Kemudahan Yang Disediakan
Asrama ini mempunyai tiga blok utama, iaitu blok asrama lelaki, blok asrama perempuan dan blok pentadbiran dan turut dilengkapi dengan pejabat, dewan utama, kantin dan surau.
Secara keseluruhannya, terdapat 41 buah bilik penginapan dengan kapasiti tiga orang penghuni bagi setiap bilik.
Antara kemudahan lain yang disediakan ialah bilik asrama yang selesa, dewan utama, kantin, surau, bilik komputer, perpustakaan mini, bilik masakan, bilik jahitan, bilik rehat, bilik rawatan serta kemudahan riadah.
Tarikh Permohonan
Permohonan boleh dibuat mulai 15 Ogos 2026 sehingga 15 September 2026.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon kemasukan ke asrama ini adalah seperti berikut:
- Anak-anak asnaf fakir/miskin seluruh Pulau Pinang 1 Pelajar Tahun 3 dan 4 sesi 2026 di Sekolah Rendah Kebangsaan.
- Pendapatan waris RM1,800.00 ke bawah (sebulan) dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak yang bersekolah.
- Menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira (3M) dengan baik.
- Memperolehi sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3, bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk semua mata pelajaran.
- Sihat tubuh badan dan mental.
- Berkemampuan untuk mengurus diri sendiri dengan baik.
Cara Memohon
Borang permohonan boleh didapati di Inapan Kasih Sayang MAINPP, kaunter Zakat MAINPP berhampiran atau dimuat turun melalui laman sesawang Zakat MAINPP di pautan https://zakat.mainpp.gov.my/inapan-kasih-sayang/.
Borang yang telah lengkap di isi ke alamat berikut:
INAPAN KASIH SAYANG MAINPP
Lot 4188 Mukim 8,
Pongsu Seribu,
13200 Kepala Batas,
S.P.U, Pulau Pinang.
Soalan Lazim
Asrama ini merupakan asrama bagi menjaga kebajikan anak-anak asnaf di samping memberikan pendidikan percuma sepenuhnya agar mereka dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang lebih selesa, tersusun dan teratur.
Terdapat 41 buah bilik penginapan dengan kapasiti tiga orang penghuni bagi setiap bilik selain dewan utama, kantin, surau, bilik komputer, perpustakaan mini, bilik masakan, bilik jahitan, bilik rehat, bilik rawatan serta kemudahan riadah.
Permohonan boleh dibuat mulai 15 Ogos 2026 sehingga 15 September 2026.
Pendapatan waris RM1,800.00 ke bawah (sebulan) dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak yang bersekolah.
Anak-anak asnaf fakir/miskin seluruh Pulau Pinang 1 Pelajar Tahun 3 dan 4 sesi 2026 di Sekolah Rendah Kebangsaan.
Lengkapkan borang permohonan yang boleh didapati di Inapan Kasih Sayang MAINPP, kaunter Zakat MAINPP berhampiran atau dimuat turun melalui laman sesawang Zakat MAINPP di pautan https://zakat.mainpp.gov.my/inapan-kasih-sayang/. Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar ke Inapan Kasih Sayang MAINPP sebelum tarikh tutup permohonan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Inapan Kasih Sayang, MAINPP, sila layari laman web https://zakat.mainpp.gov.my/inapan-kasih-sayang/.
Baca juga: Geran Mutiara Madani – Bantuan Sehingga RM15,000 Koperasi Pulau Pinang




