MEKAR (Menyemai Kasih Rakyat) adalah inisiatif proaktif Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia bagi memudahkan rakyat di kawasan pedalaman, luar bandar, atau golongan yang memerlukan (warga emas, OKU, dan pesakit terlantar) untuk menguruskan dokumen pengenalan diri tanpa perlu ke pejabat JPN.
Ini bermaksud, JPN menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak, seperti van dan bas untuk datang ke kawasan yang ditetapkan untuk menguruskan dokumen pengenalan diri bagi golonan
Artikel ini membincangkan secara mendalam mengenai apa itu MEKAR JPN, jenis perkhidmatan yang ditawarkan, golongan sasar yang layak, serta cara mudah untuk membuat permohonan.
Apa Itu MEKAR JPN?
Program MEKAR JPN (Menyemai Kasih Rakyat) ialah satu inisiatif program turun padang (outreach) oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia.
Program ini direka untuk membawa perkhidmatan pendaftaran dokumen pengenalan diri secara terus kepada masyarakat menggunakan van, lori, bas bergerak, mahupun lawatan rumah ke rumah.
Inisiatif di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan pentadbiran berteras ihsan dan keadilan sosial.


Kategori Perkhidmatan MEKAR
Bagi memastikan perkhidmatan ini dilaksanakan secara bersasar dan lestari, JPN telah membahagikan program MEKAR kepada lima kategori utama, iaitu:
- Mekar Ihsan: Golongan berisiko seperti warga emas, OKU, pesakit terlantar, pesakit mental, pesakit kronik
- Mekar Komuniti: Program agensi kerajaan, badan berkanun, NGO dan persatuan penduduk setempat
- Mekar Pahlawan: Pendaftaran MYTENTERA, MYPOLIS (PDRM) & Askar Timbalan Setia Negeri Johor (TSN)
- Mekar Identiti: Individu di pusat tahanan, pusat jagaan orang tua, hospital mental & individu diragui status kewarganegaraannya.
- Mekar Diaspora: Melibatkan rakyat Malaysia di luar negara.





Jenis Perkhidmatan
Melalui unit bergerak MEKAR JPN, urusan pendaftaran berikut boleh dilakukan terus di lapangan:
- Gantian kad pengenalan- (Rosak / Hilang / Tukar alamat (sertakan bil utiliti)
- Permohonan kad pengenalan 12 tahun
- Pendaftaran sijil kelahiran
- Pendaftaran sijil kematian
- Cabutan sijil kelahiran
- Cabutan sijil kematian
- Pertanyaan dan cetakan maklumat cip MyKad
- Khidmat nasihat

Siapa yang Layak Memohon Bantuan MEKAR JPN?
Perkhidmatan ini diutamakan untuk golongan sasar yang mempunyai kekangan mobiliti atau kekangan geografi yang amat ketara, seperti:
- Pesakit Terlantar & Kronik: Individu yang sedang menerima rawatan lama di rumah atau hospital.
- Orang Kurang Upaya (OKU): Golongan yang mempunyai masalah fizikal, mental, atau kecacatan lain.
- Warga Emas Uzur: Warga tua yang tidak lagi berdaya untuk bergerak jauh.
- Penduduk Pedalaman: Komuniti rumah panjang di Sarawak, kampung pedalaman di Sabah, serta perkampungan Orang Asli.
Cara Memohon MEKAR JPN ke Kawasan Anda
Permohonan tidak terhad kepada individu sahaja. Ketua kampung, badan kebajikan, pihak hospital, atau ahli keluarga boleh mengemukakan permohonan rasmi kepada pihak JPN.
Langkah 1: Hubungi JPN Negeri / Cawangan Terdekat
Anda boleh menghubungi Unit MEKAR melalui talian telefon atau e-mel rasmi mengikut negeri masing-masing di bawah:
| MEKAR JPN | NO. TELEFON | ALAMAT E-MEL |
| Putrajaya | 03-8880 8014 | [email protected] |
| Selangor | 03-5519 7155/ 03-5511 7355 | [email protected] |
| Kedah | 04-731 4585 | [email protected] |
| Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 03-6205 7600 | [email protected] |
| Negeri Sembilan | 06-765 1611 | [email protected] |
| Perak | 05-528 8805/ 06/ 07 | [email protected] |
| Terengganu | 09-630 1031/ 35/ 39 | [email protected] |
| Perlis | 04-979 5200 | [email protected] |
| Johor | 07-234 1691/ 34 | [email protected] |
| Kelantan | 09-744 1717/ 09-748 2793 | [email protected] |
| Pahang | 09-531 8886 | [email protected] |
| Melaka | 06-232 6600 | [email protected] |
| Pulau Pinang | 04-226 5161 | [email protected] |
| Sabah | 088-488 308 | [email protected] |
| Sarawak | 082-237 806/ 082-237 872 | [email protected] |
Langkah 2: Sediakan Dokumen Sokongan
Bagi kes lawatan rumah (MEKAR Ihsan), sediakan dokumen pengesahan sakit, kad OKU (jika ada), atau surat sokongan doktor bersama-sama borang permohonan am yang berkaitan.
Langkah 3: Penetapan Tarikh Temujanji
Warga JPN akan meneliti permohonan, menyemak data pendaftaran, dan menghubungi pemohon semula untuk menetapkan tarikh kehadiran pasukan bergerak ke lokasi.
Sistem Aplikasi MEKAR (A-MEKAR)
Sistem Aplikasi MEKAR (A-MEKAR) ialah platform digital dan sistem permohonan dalam talian yang diperkenalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mempermudah orang ramai memohon perkhidmatan kaunter bergerak terus ke lokasi mereka.
Sistem ini membantu menyaring data awal bagi memastikan pemohon benar-benar memenuhi kriteria golongan sasar (seperti pesakit terlantar, warga emas uzur, atau golongan OKU).
Pengguna atau wakil komuniti boleh mengemukakan permohonan lawatan perkhidmatan MEKAR secara digital dengan mengimbas Kod QR rasmi yang disediakan oleh JPN masing-masing.

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai MEKAR JPN, sila rujuk:
- Portal Jabatan Pendaftaran Negara – MEKAR
- Telefon Unit MEKAR: 03-8880 8014
- Talian Khidmat Pelanggan JPN: 03-8880 7074
- E-mel Rasmi: [email protected]
Jika anda ingin memohon kehadiran Unit MEKAR di negeri tertentu, hubungi terus talian atau e-mel cawangan negeri berkenaan.
Soalan Lazim MEKAR JPN
Program MEKAR JPN (Menyemai Kasih Rakyat) ialah satu inisiatif program turun padang (outreach) oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia untuk memudahkan rakyat di kawasan pedalaman, luar bandar, atau golongan yang memerlukan (warga emas, OKU, dan pesakit terlantar) untuk menguruskan dokumen pengenalan diri tanpa perlu ke pejabat JPN.
Tidak. Tiada sebarang kos upah atau cas perjalanan dikenakan oleh JPN untuk program MEKAR ini. Pemohon hanya perlu membayar kadar bayaran rasmi kerajaan bagi urusan dokumentasi biasa (cth: denda hilang MyKad jika berkaitan).
Bagi program berskala besar yang menggunakan bas atau lori utiliti khas, dokumen seperti gantian MyKad rosak boleh siap dan diserahkan terus di lapangan pada hari yang sama. Bagi kes lawatan rumah, dokumen akan diproses di pejabat dan diserahkan semula secara serahan tangan kemudian.
– Kaunter JPN Biasa: Memerlukan pemohon hadir secara fizikal ke pejabat cawangan, UTC, atau daerah.
– Kaunter MEKAR: Kakitangan JPN bersama set biometrik khas yang turun padang ke lokasi komuniti atau terus ke katil pesakit bagi memudahkan individu yang menghadapi kekangan pergerakan.
Percuma. Tiada sebarang bayaran pengangkutan, caj perkhidmatan, atau kos upah dikenakan oleh kakitangan JPN untuk lawatan rumah MEKAR. Pemohon hanya perlu membayar kadar bayaran fi standard mengikut undang-undang dokumen yang dipohon (contohnya: RM10 untuk gantian MyKad rosak).
Permohonan lawatan rumah (kategori MEKAR Ihsan) boleh dibuat melalui dua saluran utama:
– Atas Talian: Mengisi borang permohonan digital melalui sistem A-MEKAR dengan mengimbas Kod QR rasmi Portal JPN mengikut cawangan negeri anda.
– E-mel Rasmi: Menghantar surat permohonan am beserta butiran pesakit dan waris terus ke emel [email protected] atau emel negeri penempatan anda.
Boleh. JPN amat menggalakkan penglibatan komuniti. Wakil persatuan penduduk, ahli keluarga, pihak hospital, atau badan kebajikan dibenarkan untuk mengumpul maklumat dan mengemukakan permohonan senarai nama penduduk terlantar atau OKU di kawasan mereka agar slot lawatan berkelompok dapat dijadualkan.




