Permohonan Kemasukan Ke Program Pengajian Diploma PPUM Sesi 2022/2023

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran kemasukan ke Program Pengajian Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi sesi akademik 2022/2023 kini dibuka.

Lepasan SPM 2020 dan 2021 dialu-alukan untuk memohon.

Tarikh Tutup Permohonan

Calon yang berminat perlulah kemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2022.

Baca Juga : Tawaran Biasiswa Pendidikan MAHSA University 2022

Program Pengajian Diploma Yang Ditawarkan

Untuk makluman, antara program pengajian Diploma yang ditawarkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya adalah seperti berikut :

  • Diploma Kejururawatan (MQA/FA8919)
  • Dploma Teknologii Makmal Perubatan (MQA/SWA0813)
  • Diploma Radiografi (MQA/SWA0812)
Program Pengajian Diploma

Syarat-Syarat Kelayakan

Calon lepasan SPM yang ingin memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

Syarat Kelayakan Akademik

Diploma Kejururawatan

Calon hendaklah memperolehi KEPUJIAN bagi 2 mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)

Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Calon perlulah memperoleh KEPUJIAN bagi 2 mata pelajaran Sains Tulen (Keutamaan dalam subjek Kimia dan Biologi)

Diploma Radiografi

Calon perlulah memperoleh KEPUJIAN bagi 2 mata pelajaran Sains Tulen (Keutamaan dalam subjek Fizik dan Biologi)

Syarat Kelayakan Wajib

Selain kelayakan akademik, calon juga perlu memenuhi syarat kelayakan wajib seperti berikut :

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.
  • Mendapat KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu (termasuk LULUS Ujian Lisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan LULUS mata pelajaran Sejarah.
  • Calon mestilah berumur antara 18 hingga 25 tahun
  • Calon berstatus bujang
  • Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.

Cara Memohon Program Pengajian Diploma PPUM

Calon yang berhasrat untuk memohon boleh ikuti langkah permohonan seperti berikut :

  • Buat pembelian no. Pin PPUM berharga RM 10.00 di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 25 April 2022.
  • Lengkapkan permohonan secara atas talian menerusi Sistem Pengambilan Pelajar, Kolej Sains Kesihatan di talian [email protected].
  • Pastikan anda sertakan bersama no. pin dalam permohonan secara online.

Nota :

  • Hanya calon Diploma Kejururawatan yang akan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga. Panggilan temu duga boleh disemak dengan menggunakan no. ID PPUM melalui http://spp.ummc.edu.my.
  • Tiada sesi temu duga bagi calon Program Diploma Radiografi dan Program Diploma Teknologi Maklumat Perubatan.
  • Sebarang maklumat tarikh temuduga bagi calon Diploma Kejururawatan dan tarikh pendaftaran kemasukan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai tawaran kemasukan program Diploma PPUM ini, sila layari pautan http://www.ummc.edu.my/cohes

Calon juga boleh kemukakan sebarang pertanyaan melalui saluran berikut :

Telefon :  03-2028 7047 / 03-2028 7070 / 03-2028 7077 / 03-2028 7015 / 03-2028 7010

Emel : [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!