Permohonan Program Insentif Usahawan UDA Untuk PKS & Mikro 2021

Program Insentif Usahawan UDA Holdings Berhad merupakan program buat usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) oleh pihak UDA Holdings Berhad dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) bagi menyokong perniagaan usahawan di bawah kategori PKS & Mikro.

Program Insentif Usahawan UDA

Program ini dirangka dan dilaksanakan untuk membantu usahawan PKS dengan menyediakan ruang niaga atau platform yang bersesuaian kepada usahawan untuk satu tempoh masa tertentu atau program usahawan jangka panjang untuk terus kekal di pasaran.

Sebanyak 7 jenis program ditawarkan untuk usahawan yang terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu: Program Usahawan Wanita, Program Usahawan Belia, dan Program Usahawan UDA.

Program Insentif Usahawan UDA

7 Program Yang Ditawarkan

  1. UDA Bizznita Promotion Space – Menawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan dan premis milik UDA.
  2. UDA Bizznita Fashion Street – Menawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan dan premis milik UDA.
  3. UDA Bizznita Fincare – Sumbangan pembiayaan perniagaan kepada usahawan
  4. UDA 4Youth Promotion Space – Menawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan milik UDA.
  5. UDA 4Youth Fashion Street – Menawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan milik UDA.
  6. SME Hub / One Stop Retail Centre – Menyediakan lokasi atau ruang bersesuaian sebagai hub untuk usahawan menjalankan perniagaan.
  7. Angsana Virtual Mall – Usahawan akan ditawarkan berniaga di atas talian dengan menggunakan platform yang telah disediakan iaitu laman sesawang Angsana Virtual Mall dan aplikasi Yezza.

NOTA:

Elemen kos pengurusan – kadar sewa yang ditawarkan, deposit sewa, deposit utiliti dan lain-lain yang terlibat dengan pengurusan penyewaan untuk membantu usahawan memulakan perniagaan di bangunan atau premis bangunan milik UDA.

Elemen manfaat fasiliti – bantuan kepada penyediaan fasiliti di premis perniagaan seperti menyediakan kiosk, bantuan kos ubahsuai pada kadar yang bersesuaian, pembelian produk dan lain-lain kepada usahawan untuk memulakan perniagaan di bangunan atau premis bangunan milik UDA.

Baca juga: JUMPER ‘Start Up’ PUNB 2021: Elaun RM1,200 & Geran RM10,000

Lokasi Yang Terlibat

Antara lokasi yang terlibat adalah:

  • Angsana Johor Bahru Mall, Johor
  • Angsana Ipoh Mall, Perak
  • Angsana Seremban, Negeri Sembilan
  • Pertama Complex, Kuala Lumpur
  • UTC KL @ Pudu Sentral, Kuala Lumpur
  • Bangunan Cahaya Suria, Kuala Lumpur
  • Hentian Duta, Kuala Lumpur
  • Program perniagaan secara online

Kriteria Pemilihan Usahawan UDA

Kriteria pemilihan pemohon bagi Program Insentif Usahawan UDA adalah seperti berikut:

  1. Memenuhi kriteria perusahaan PKS dan Mikro (pemilikan tunggal dan perkongsian) sebagaimana yang ditetapkan.
  2. Perusahaan PKS dan Mikro adalah milik warganegara Malaysia (warganegara Malaysia memegang saham perniagaan minimum 51%).
  3. Perusahaan PKS & Mikro yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”), atau badan profesional berkanun.
  4. Perusahaan mikro beroperasi minimum satu (1) tahun. Usahawan mikro berumur antara 21 hingga 60 tahun pada tarikh permohonan.
  5. Permohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis / senarai hitam oleh bank. Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon.
  6. Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan UDA Holdings Berhad. Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan suami / isteri dan anak-anak.
  7. Bagi pemohon pasangan suami isteri / adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan. Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.
  8. Pemohon tidak bekerja, sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta.
  9. Pemohon tidak pernah menyertai program usahawan yang dianjurkan oleh UDA sebelum ini.
  10. Sekiranya didapati bahawa pemohon tidak memenuhi mana-mana kriteria tersebut diatas, pemohon secara langsung adalah TIDAK LAYAK untuk dipertimbangkan. Sekiranya didapati terdapat kepalsuan maklumat yang dikemukakan, permohonan akan DIBATALKAN serta-merta.
  11. Semua insentif usahawan ini hanya terpakai kepada usahawan yang akan menggunakan ruang atau berniaga di bangunan milik atau yang disediakan oleh UDA Holdings Berhad.
  12. Untuk menjana dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang pengurusan dengan menjadi teras perniagaan UDA seperti industri perhotelan (hospitaliti), industri peruncitan (mall) dan industri penyelanggaraan (fasiliti).
  13. Untuk membantu usahawan bumiputera yang berhasrat untuk membuka perniagaan sendiri dengan memberi pendedahan pengetahuan / kemahiran dan pengalaman di dalam bidang teras perniagaan UDA seperti industri perhotelan (hospitaliti), industri peruncitan (mall) dan industri penyelanggaraan (fasiliti).

Baca juga: SPIN TEKUN: Skim Pembiayaan Informal Hingga RM5,000 Untuk Usahawan

Cara Permohonan Program Insentif Usahawan UDA

LANGKAH 1: PERMOHONAN

Pemohon membuat permohonan kepada UDA Mall bagi menyewa ruang niaga tetap / ruang promosi.

Dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pemohon semasa mengemukakan permohonan ialah: –

  • Borang Permohonan Program Insentif Usahawan UDA
    (Sila muat turun di https://udamalls.com.my/insentif-usahawan/);
  • Salinan kad pengenalan;
  • Maklumat perniagaan seperti jenis perniagaan, alamat perniagaan, pendapatan tahunan, maklumat pemilik perniagaan, bilangan pekerja, dll;
  • Salinan bukti pendapatan perniagaan (contoh: Borang B Cukai Pendapatan, penyata bank enam (6) bulan terkini);
  • Salinan bukti operasi perniagaan (contoh: perakuan pendaftaran perniagaan, permit berniaga);
  • Salinan bil utiliti; dan
  • Lain-lain dokumen relevan untuk permohonan yang ditentukan oleh UDA (jika berkaitan).

Borang yang telah lengkap diisi perlu dilampirkan bersama dokumen yang dikehendaki  dan dihantar ke pihak pengurusan UDA Mall mengikut lokasi projek yang dipohon melalui:

LANGKAH 2: PENILAIAN

Permohonan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan akan dibawa ke Jawatankuasa Tenansi Penyewaan dan Promosi (JTPP).

JTPP akan membuat penilaian dan seterusnya mendapatkan kelulusan Ketua Bahagian Mall.

LANGKAH 3: MAKLUMAN

Status permohonan Program Insentif Usahawan UDA akan dimaklumkan kepada pemohon sama ada berjaya atau tidak.

Pihak UDA Mall akan menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi permohonan yang telah diluluskan seperti Surat Tawaran, Surat Akuan Terima Tawaran, Perjanjian Penyewaan dan dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut & Lokasi Pejabat Pengurusan

Untuk maklumat lanjut tentang Program Insentif Usahawan UDA, sila layari laman web berikut: https://udamalls.com.my/insentif-usahawan/

ATAU

Sila hadir ke Pejabat Pengurusan di lokasi berikut:

Angsana Johor Bahru Mall

U.p.: Pn. Nurfaizah Abd. Rahman
Management Office, UDA Angsana Sdn Bhd,
L1.33A, Level 1, Angsana Johor Bahru Mall,
Jalan Skudai, Pusat Bandar Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor.

Angsana Ipoh Mall

U.p.: Pn. Mariatul Zakiah Abd Hamid
Management Office, UDA Mall Sdn Bhd,
Lot G24 Ground Floor,
Jalan Raja Ashman Shah, 30450 Ipoh, Perak.

Angsana Seremban

U.p.: Pn. Nor Hayati Mohd Noh
UDA Mall Sdn Bhd, Pejabat Pengurusan UTC,
Lot 1.26, Tingkat 1, UTC Negeri Sembilan @ Angsana Seremban,
Jalan Kuala Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

Pertama Complex

U.p.: Pn. Norieni Basiron
Management Office, UDA Pertama Sdn Bhd,
Lot RG-B, RG Floor, Pertama Complex,
Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur.

UTCKL @ Pudu Sentral

U.p.: Pn. Siti Mariam Ahmad
Management Office, UDA Mall Sdn Bhd,
Lot BB-06, Tingkat Basement, Bangunan Pudu Sentral,
Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur.

Bangunan Cahaya Suria

U.p.: Pn. Siti Mariam Ahmad
Management Office, UDA Mall Sdn Bhd,
6th Floor, Bangunan Cahaya Suria,
Jalan Tun Tan Siew Sin, 50500 Kuala Lumpur.

Hentian Duta

U.p.: Pn. Sharina Shahadan
Management Office, UDA Mall Sdn Bhd,
Blok A, Mezzanine Floor, Bangunan Hentian Duta,
Jalan Persiaran Duta, 50480 Kuala Lumpur.

Individual Properties

U.p.: Pn. Siti Mariam Ahmad
Management Office, UDA Mall Sdn Bhd,
Lot BB-06, Tingkat Basement, Bangunan Pudu Sentral,
Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!