Advertisements

Program Dermasiswa Pengajian Asasi Sastera Untuk Anak-Anak Veteran ATM

Advertisements

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Dermasiswa Pengajian Asasi Sastera kini dibuka untuk anak-anak veteran ATM.

Inisiatif ini diwujudkan bagi sebagai tanda penghargaan kepada para pahlawan tanah air yang telah mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

Tawaran program dermasiswa ini ditawarkan untuk anak-anak veteran ATM lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2021/2022 yang berkelayakan.

Program yang tercetus dari kolaborasi JHEV ATM & UNIRAZAK ini merangkumi tajaan penuh yuran pengajian selama 1 tahun oleh UNIRAZAK.

Baca Juga : Tawaran Biasiswa & Bantuan Kewangan Yayasan Kuok Berhad Bagi Universiti Awam 2022

Peringkat Pengajian Program Dermasiswa Pengajian Asasi Sastera

Peringkat pengajian yang ditawarkan bagi program ini adalah program asasi selama setahun bagi persediaan pengajian ke peringkat lebih tinggi di UNIRAZAK atau mana-mana IPT kelak.

Syarat Kelayakan

Calon yang berminat untuk memohon perlulah memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

  • Lepasan SPM: Lulus SPM/SPMV dengan keputusan minimum 5 kredit.
  • Lepasan O-Level: Lulus O-Level dengan keputusan Gred C di dalam 5 Subjek.
  • Kelayakan Lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Untuk kemasukan ke Program Asasi UNIRAZAK, keputusan Percubaan SPM juga diterima pakai bagi kemasukan ini.
Dermasiswa Pengajian Asasi Sastera

Cara Memohon

Pelajar yang berkelayakan boleh lakukan permohonan menerusi langkah-langkah berikut :

  • Layari laman web berikut https://unirazak.edu.my/jhev-atm/ untuk memohon.
  • Klik butang ‘Daftar Dermasiswa Sekarang.’
  • Isi maklumat diri dan maklumkan kepada pihak universiti melalui kotak mesej untuk memohon Program Dermasiswa Pengajian Asasi Sastera bagi anak-anak veteran tentera.
  • Klik butang ‘Hantar.’

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Program Dermasiswa Pengajian Asasi Sastera ini, sila layari laman web https://unirazak.edu.my/jhev-atm/.

Leave a Comment