Apakah yang dimaksudkan dengan probiotik dan kelebihannya kepada kesihatan manusia secara keseluruhan.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan probiotik dari segi fungsi dan kegunaannya serta cara pengambilan yang betul.
Baca juga:
Apa itu probiotik
Probiotik adalah bakteria hidup dan yis yang baik untuk anda terutamanya kepada sistem penghadaman manusia.
Kita biasanya menganggap ia sebagai kuman yang menyebabkan penyakit. Tetapi faktanya, badan kita mempunyai bakteria yang baik dan buruk.
Bakteria baik ini dikategorikan dalam bakteria baik kerana ia membantu untuk menjaga usus anda kekal sihat.
Jenis-jenis probiotik
Terdapat beberapa jenis bakteria yang dikelaskan sebagai probiotik. Berikut adalah di antaranya:
- Lactobacillus: Probiotik yang paling biasa. Ia mudah anda dapati dalam produk yogurt dan makanan yang ditapai. Strain yang berbeza boleh membantu masalah cirit-birit dan membantu orang yang tidak dapat mencerna laktosa serta gula dalam susu.
- Bifidobacterium: Ia boleh ditemukan dalam beberapa produk tenusu. Ia boleh membantu meringankan gejala sindrom usus besar (IBS) dan beberapa keadaan lain.
- Saccharomyces boulardii: Yis yang terdapat dalam probiotik. Ia boleh membantu melawan cirit-birit dan masalah penghadaman yang lain.
Beza probiotik, prebiotik dan antibiotik
Probiotik adalah bakteria baik yang hidup manakala prebiotik adalah khasiat untuk bakteria ini.
Perbezaan utama antara probiotik dan prebiotik adalah tentang fungsinya. Satu adalah bakteria berfaedah itu sendiri, dan satu lagi adalah makanan yang membantu bakteria ini berkembang.
Antibiotik pula adalah sejenis ubat yang digunakan untuk melawan jangkitan bakteria dengan menghabuskan bakteria berbahaya dalam badan.
Walaupun penting untuk merawat jangkitan ini, antibiotik boleh mengganggu keseimbangan mikrobiom dalam pelbagai bahagian badan termasuk rongga mulut, yang berpotensi membawa kepada masalah kesihatan.
Fungsi dan kegunaan pada badan
Pelbagai kajian telah dilakukan untuk mengetahui dengan tepat bagaimana probiotik berfungsi. Berikut adalah beberapa cara ia memastikan badan anda sihat:
- Apabila anda kehilangan bakteria baik dalam badan anda, contohnya selepas anda mengambil antibiotik, probiotik boleh membantu menggantikannya.
- ia boleh membantu mengimbangi bakteria baik dan buruk untuk memastikan badan anda berfungsu dengan cara yang sepatutnya.
Manfaat minum minuman probiotik
1. Meningkatkan kesihatan usus
Probiotik boleh meningkatkan kesihatan usus anda secara keseluruhan apabila diambil secara teratur. Ia juga dapat mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan jahat dalam usus kecil dan besar kita.
2. Meningkatkan sistem imun
Jika anda ingin mengekalkan sistem imun yang sihat, menjaga usus adalah sangat penting.
Pasti anda tertanya-tanya apa kaitan antara sistem imun dan usus? Untuk pengetahuan anda, 70% sel imun manusia terdapat dalam usus.
Ia membantu meningkatkan jumlah bakteria baik dalam usus anda yang mengimbangi sistem imun anda.
3. Menjadikan kulit wajah lebih sihat
Sekiranya anda mempunyai masalah kulit seperti ekzema anda akan mendaoat manfaat daripada pengambilan minuman probiotik.
Terdapat strain probiotik tertentuk yang diketahui dapat membantu mengurangkan keterukan keadaan kulit anda.
4. Mengurangkan masalah kembung perut atau gas
Apabila kita makan, sistem pencernaan akan memecahkannya kepada nutrien yang boleh diserap dan digunakan oleh badan kita untuk pelbagai fungsi.
Walau bagaimanapun, jika terdapat ketidakseimbangan bakteria baik dan jahat dalam usus kita, ia boleh mengganggu proses pemecahan dan penyerapan, menyebabkan gejala tidak selesa seperti kembung atau gas.
Dengan mengambil minuman probiotik, ia boleh membantu memulihkan keseimbangan mikroorganisma dan meningkatkan kesihatan keseluruhan sistem penghadaman kita.
Dengan usus yang lebih sihat, makanan yang kita ambil boleh dipecahkan dengan lebih berkesan, dan nutrien dapat diserap dengan lebih cekap oleh usus kita.
5. Mengatasi masalah cirit-birit
Apabila mikrobiom dalam usus kita terganggu, ia boleh menyebabkan cirit-birit.
Probiotik membantu mengurangkan risiko najis yang kerap longgar dengan menyasarkan kuman yang menyebabkan gejala ini dan membantu badan melawannya.
6. Memperbaiki isu kesihatan mental
Probiotik juga dikenali untuk memerangi masalah kesihatan mental dengan mengurangkan tahap kebimbangan dan tekanan.
Mempunyai keseimbangan mikroorganisma yang betul dalam usus menghasilkan neurotransmiter yang boleh menjejaskan mood, selera makan dan tabiat tidur seseorang secara positif.
7. Melindungi daripada penyakit kronik dan jangkitan
Memandangkan probiotik membantu menguatkan sistem imun, badan anda secara semula jadi akan melawan jangkitan, seperti UTI (jangkitan saluran kencing) atau jangkitan kulat.
Pengambilan probiotik secara kerap akan memastikan badan anda bersedia untuk melawan sebarang kemungkinan jangkitan sebelum ia menjadi kritikal
Cara pengambilannya yang betul
Anda disyorkan untuk mengambil probiotik semasa perut kosong (iaitu, 2-3 jam selepas makan terakhir anda dan 30 minit sebelum makan seterusnya.
Ini supaya bakteria baik ini boleh bergerak melalui perut secepat mungkin.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan probiotik dapat memberikan anda ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Probiotics and Prebiotics: What You Should Know. Mayo Clinic
- Probiotic Foods That Are Super Healthy. Healthline
- How to Get More Probiotics. Harvard Health