Program Pra-Universiti USM 2023 – Syarat & Permohonan

Tawaran Kemasukan Ke Program Pra-Universiti USM Dengan Kerjasama MARA kini dibuka!

Melalui program ini, saudari / saudari berpeluang mengikuti program persediaan sebelum menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini bagi pelajar yang berminat.

Pengenalan Program Pra-Universiti USM 2023

Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama MARA menawarkan Program Persediaan selama 1 tahun di Kolej MARA Kulim (KMK) – Aliran Sains Hayat dan Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) – Asasi Sains & Teknologi.

Pelajar berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM).

Program ini bermatlamat menghasilkan graduan untuk meneruskan pengajian ke peringkat pascasiswazah (M.Sc dan Ph.D).

Bidang Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda Yang Ditawarkan Di USM

BIDANG SAINS HAYAT

  • Doktor Perubatan
  • Doktor Perubatan (USM-KLE)
  • Doktor Pergigian
  • Farmasi

BIDANG SAINS FIZIKAL

a) Bidang Sains Kesihatan

  • Sains Forensik
  • Audiolosi
  • Bioperubatan
  • Sinaran Perubatan
  • Dietetik
  • Pemakanan
  • Patologi Pertuturan
  • Sains Senaman dan Sukan

b) Bidang Sains

  • Kimia / Kimia Industri / Kimia Gunaan
  • Fizik / Fizik Perubatan / Geofizik
  • Matematik / Statistik Gunaan / Matematik & Ekonomi

c) Bidang Kejuruteraan

  • Awam
  • Elektrik & Elektronik
  • Kimia
  • Bahan & Sumber Mineral
  • Mekanikal
  • Aeroangkasa

d) Bidang Teknologi

  • Makanan
  • Persekitaran
  • Biosumber
  • Kejuruteraan Bioproses

e) Sains Komputer

f) Senibina

Tarikh Permohonan Program Pra-Universiti USM 2023

Permohonan dibuka mulai 8 – 19 Jun 2023
Pautan : www.mara.gov.my

Program Pra-Universiti USM 2023

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman web MARA melalui pautan https://www.mara.gov.my/

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan yang telah ditetapkan.

Ujian Psikometrik secara atas talian dijalankan semasa pemohon mengisi permohonan Program YTP (Young Talent Development Programme).

Pastikan pemohon telah menduduki ujian psikometri tersebut sebelum menghantar permohonan.

Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.

PAUTAN PANTAS :

>>> Garis Panduan Permohonan
>>> Syarat Kelayakan Program ( pdf / infografik )
>>> Soalan Lazim
>>> Panduan Permohonan
>>> Manual Pengguna Sistem
>>> Pautan Permohonan Dalam Talian 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Layari https://bpa.usm.my atau https://pohon.usm.my

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

  • Prof. Madya Dr Mohd Rizal Razali : 04-653 3913 (Penyelaras Program)
  • Puan Nur Inengwati Binti Azmi : 04-653 3425 (unit Pengambilan Pelajar)
  • Puan Fatein Nur Syafiqah Norizan : 04-653 2618 (Urusetia Program Pra Universiti)
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!