Piramid Makanan KKM : Pembaharuan dan Saranan Terbaru

Piramid Makanan sering menjadi rujukan bagi rakyat Malaysia yang ingin mengawal pengambilan makanan harian.

Namun, tahukah anda bahawa piramid ini telah pun dikemaskini pada tahun 2020? Jadi, apakah perubahan yang telah disarankan kepada rakyat Malaysia?

Pembaharuan Piramid Makanan 2020

Sebelum ini, mungkin ada yang menganggap karbohidrat dan bijirin perlu dilebihkan jika mereka rujuk pada Piramid Makanan yang terdahulu.

Kini, Piramid Makanan 2020 muncul dengan menekankan aspek pengambilan sayur-sayuran dan buahan-buahan sebagai posisi paling bawah pada piramid.

Ini sesuai dengan keperluan masyarakat Malaysia yang sering terdedah kepada penyakit seperti obesiti dan kencing manis akibat pengambilan karbohidrat yang berlebihan.

Karbohidrat pula berada di tangga kedua dari bawah.  

Ini bermakna sumber makanan seperti nasi, roti, biskut kek, kentang dan ubi perlulah diambil pada jumlah yang sederhana setiap hari.

Pada masa yang sama, piramid ini turut menekankan pengambilan 6 hingga 8 gelas air sehari untuk menjamin kesihatan yang lebih baik terutamanya selepas pasca pandemik.

piramid makanan

Kesimpulannya, Piramid Makanan 2020 merujuk kepada perubahan seperti berikut :

Kumpulan Sayur-Sayuran atau Buah-Buahan Diletakkan Pada Dasar Piramid

Ini sekaligus menggantikan kedudukan karbohidrat yang sebelum ini berada pada dasar Piramid Makanan 2010.

Jadi, rakyat Malaysia disarankan untuk mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan pada jumlah yang paling banyak berbanding kumpulan makanan lain iaitu 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari.

Kumpulan Karbohidrat di Tangga Kedua

Piramid Makanan 2020 turut menyarankan pengambilan karbohidrat yang lebih rendah iaitu 50 hingga 65% banding Piramid Makanan Malaysia 2010 iaitu 55-75%.

Ia juga menekankan saranan pengambilan sumber karbohidrat kompleks dan tinggi serat seperti beras perang, roti bijirin penuh, oat dan jagung.

Saranan Pengambilan 6 Hingga 8 Gelas Air Kosong

Pengambilan air kosong yang mencukupi turut disarankan pada ilustrasi Piramid Makanan 2020. Ini penting bagi memastikan tubuh sentiasa terhidrat demi kesihatan yang lebih baik.

Pinggan Sihat Malaysia

Pinggan Sihat Malaysia merupakan panduan yang lebih jelas untuk menterjemahkan saranan daripada Piramid Makanan.

Hidangan yang diambil juga seharusnya rendah lemak gula dan garam.

Ini sekaligus dapat membantu rakyat Malaysia mengamalkan tabiat makan harian dengan lebih sihat.

Saranan yang diberikan dalam Pinggan Sihat Malaysia adalah :

  • Lebihkan pengambilan buah dan sayur
  • Hadkan sukatan nasi, mi, roti dan bijirin lain
  • Menggalakkan pengambilan bijirin penuh
  • Memastikan pengambilan protein dan kekacang yang mencukupi

Jika nak mudah, ingat sahaja konsep makan suku-suku separuh iaitu :

  • Suku karbohidrat (nasi, mi, mihun, pasta, kuey teow)
  • Suku protein (ikan, ayam, daging, tauhu, tempe)
  • Separuh sayur dan buah-buahan.
piramid makanan

Panduan Piramid Makanan 2020 yang diperbaharui ini diharap dapat membantu rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan yang lebih sihat setiap hari.

Pada masa yang sama, cara ini juga dapat mengelakkan tubuh daripada jangkitan penyakit serta mengelakkan risiki penyakit tidak berjangkit (diabetes, darah tinggi, obesiti).

Sumber : Nutritionistkkm, Kementerian Kesihatan Malaysia

Baca Juga : 10 Contoh Makanan Diet Untuk Cepat Kurus – Saranan KKM

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!