Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan Untuk Penjawat Awam

Cara Memohon Pinjaman Kenderaan Kerajaan Khas untuk Penjawat Awam (Persekutuan)

Tahukah anda, penjawat awam termasuk guru dan polis boleh membuat pinjaman kerajaan untuk membeli kenderaan bagi kegunaan persendirian.

Di sini kami kongsikan maklumat yang berkaitan dengan skim yang dimaksudkan itu.

Apakah Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan Untuk Penjawat Awam?

Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan Untuk Penjawat awam adalah pinjaman bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang berjawatan tetap atau kontrak.

Jika pegawai masih dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak, hendaklah dijamin oleh 2 orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya.

Had Kelayakan Pinjaman

Pembelian Kereta adalah mengikut jawatan dan had kelayakan maksimum bagi pinjaman kenderaan adalah mengikut kategori berikut;

JawatanHad Pinjaman (RM)
Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas, Timbalan Pesuruhjaya Polis hingga Ketua Polis Negara70,000
Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penolong Penguasa Polis hingga Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis65,000
Kumpulan Sokongan @ Ketua Inspektor polis dan ke bawah55,000
  • Pembelian motosikal RM 10,000
  • Pembelian Motobot RM 4,000
  • Pembelian enjin motobot RM 3,500
  • Pembelian bot RM 700
  • Pembelian basikal RM 500

Syarat-syarat

Syarat asas bagi melayakkan pegawai membuat pinjaman kenderaan adalah;

  • membeli kenderaan yang dibenarkan mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang pegawai
  • memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi dengan sempurna
  • jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokok
  • jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan kenderaan tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan
  • pegawai mesti mempunyai gaji pokok sekurang-kurangnya RM1,620 bagi pembelian kereta
  • mempunyai lesen memandu yang sah

NOTA:

Jumlah pinjaman tidak boleh melebihi harga bersih kenderaan dan tidak boleh dimasukkan bayaran cukai jalan raya, bayaran insurans dan lain-lain bayaran tambahan atau aksessori opsyenal yang berkenaan kepada kenderaan tersebut.

Harga bersih kenderaan ialah harga jualan kenderaan + cukai eksais + cukai jualan + hawa dingin + getah pelapik lantai dan penahan lumpur.

Kecuali pinjaman untuk membeli bot dan basikal jumlah pinjaman wang yang diluluskan hendaklah dijadikan kepada angka ratusan ringgit yang kurang.

Misalnya, bagi membeli kereta yang berharga bersih RM59,993 dan pegawai berkenaan mempunyai kelayakan maksima meminjam:-

  • Jika RM65,000 – pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM59,900.
  • Jika RM55,000 – pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM55,000.

Pinjaman Kenderaan Kerajaan Kali Kedua

Pinjaman kenderaan kali kedua dan seterusnya kepada pegawai adalah dibenarkan setelah genap tempoh lima (5) tahun dari tarikh kelulusan dengan syarat pinjaman yang ada telah diselesaikan sepenuhnya.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut serta Borang Permohonan, pemohon boleh merujuk kepada portal Pekeliling Perbendaharaan di Portal Pekeliling Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah tajuk Pengurusan Wang Awam (WP), No. 9 Kemudahan Pinjaman/Pembiayaan kepada Anggota Perkhidmatan Awam:

WP 9.2 SKIM PINJAMAN KENDERAAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM AM PERSEKUTUAN, PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PASUKAN POLIS; atau

WP 9.3 SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN MENGIKUT PRINSIP AL BAI’ BITHAMAN ‘AJIL BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM AM PERSEKUTUAN, PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PASUKAN POLIS

Muat turun dokumen :

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!