Permohonan MRSM Sesi 2024 Bagi Tingkatan 1 & Tingkatan 4

TERKINI : Semakan keputusan permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2024 boleh disemak mulai 18 Januari 2024 pukul 8.00 malam.

Untuk makluman, kemasukan ke MRSM mulai tahun 2021 mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, info penting serta persediaan yang perlu diketahui untuk proses permohonan.

Pengenalan Tentang MRSM

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Kerajaan bersetuju mengekalkan dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebelum ini tanpa mengira aliran sekolah, selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata cadangan perubahan diumumkan sebelum ini, tidak diguna pakai selepas perbincangan bersama wakil Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Saya hendak tegaskan dasar dan syarat kemasukan ke MRSM dikembalikan kepada syarat asal seperti sebelum ini, bagi memberi peluang semua pelajar memohon.

“Ini bermaksud semua pelajar dari Sekolah Agama (Bantuan Kerajaan), SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) juga boleh memohon ke MRSM.

semakan mrsm 2021

Baca juga : Senarai SBP: Ranking Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Malaysia

Program Yang Ditawarkan Di MRSM

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Terdapat 6 program dilaksanakan di MRSM seperti berikut:

  • Premier
    • Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA
  • Ulul Albab
    • Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran
  • IGCSE
    • Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM
  • IB MYP (Middle Years Programme)
    • Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM
  • Teknikal
    • Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan
  • PKP (Program Khas Pendidikan)
    • Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM

Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM serta FAQ yang disediakan di pautan ini.

Baca juga : MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan

Tarikh Permohonan Kemasukan MRSM 2024 Bagi Tingkatan 1 & 4

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Pelajar, ibu bapa, dan penjaga kini boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 15 September 2023 hingga 20 Oktober 2023.

Pautan permohonan dan hebahan rasmi akan diumumkan melalui portal MARA di : https://www.mara.gov.my/

Syarat Kemasukan Umum

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
  3. Calon memohon secara dalam talian (online).
  4. Calon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2024.
  5. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  6. Calon lahir pada 2 Jan 2011 hingga 1 Jan 2012 bagi calon Tingkatan 1 2024 atau calon lahir pada 2 Jan 2008 hingga 1 Jan 2009 bagi calon Tingkatan 4 2024.
  7. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  9. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM serta FAQ yang disediakan di pautan ini.

Lokasi MRSM

Terdapat 54 lokasi MRSM di seluruh negara seperti yang disenaraikan dalam rajah di bawah.

Berikut adalah senarai MRSM mengikut program yang ditawarkan.

permohonan mrsm 2024 2023
permohonan mrsm 2024 2023
permohonan mrsm 2024 2023
permohonan mrsm 2024 2023
permohonan mrsm 2024 2023
permohonan mrsm 2024 2023
permohonan mrsm 2024

Tarikh Permohonan MRSM 2023

Mulai 15 September 2023 hingga 20 Oktober 2023.

Cara Permohonan MRSM 2023 Bagi Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Berikut adalah langkah membuat permohonan MRSM bagi calon yang berminat.

  1. Pergi ke laman web rasmi MARA di https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
  2. Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.
    Baca Maklumat Program MRSM selengkapnya di SINI.
  3. Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4).
  4. Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).
  5. Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya.
  6. Log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.
  7. Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.
  8. Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (✔) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar).
  9. Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.
  10. Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.

MUAT TURUN BUKU PANDUAN PERMOHONAN MRSM

  1. Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.
  2. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.
  3. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.
  4. Pemohon perlu mengisi keputusan PBD dan membawa salinan keputusan PBD ketika menghadiri UKKM.

Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM 2024/2025

TERKINI : Semakan keputusan permohonan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2024 boleh disemak mulai 18 Januari 2024 pukul 8.00 malam.

Calon boleh membuat semakan melalui pautan berikut:

Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima / tolak tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh 7 tahu daripada tarikh surat tawaran.

Kegagalan membuat pengesahan adalah dianggap menolak tawaran.

This image has an empty alt attribute; its file name is tawaran-mrsm-554x1024.jpg

Tahniah kepada yang berjaya! Namun bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa kerana masih ada proses rayuan yang melibatkan panggilan kedua dan seterusnya. Semoga ada rezeki untuk kalian.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Semua calon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Bagi pemohon yang memilih program Ulul Albab dalam mana-mana pilihan, anda perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab di pusat ujian yang sama.

Tempoh UKKM adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek.

UKKM akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan.

Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki UKKM.

Pemohon akan dimaklumkan berkaitan UKKM melalui SMS dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.

Subjek UKKM Yang Terlibat Dalam Ujian Tahun 2023

UKKM merangkumi subjek berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • Sains
  • Keperibadian (format soalan objektif)

Dapatkan 34 CONTOH KARANGAN TERBAIK SIRI 1 & 2 Mirip Soalan PKSK & UKKM

Soalan Lazim Kemasukan MRSM 2024

Berikut dikongsikan info lanjut mengenai kemasukan MRSM 2024:

keputusan mrsm SEMAKAN
keputusan mrsm
Bilakah permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2024 dibuka dan bagaimanakah cara membuat permohonan?

Permohonan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2024 dibuka pada 15 September hingga 20 Oktober 2023. Iklan dikeluarkan serentak pada 15 September 2023 melalui Portal Rasmi dan media sosial rasmi MARA.

Pemohon perlu melayari pautan berikut https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/ untuk membuat pendaftaran pengguna bagi mendapatkan kata laluan sebelum membuat permohonan kemasukan ke MRSM secara dalam talian.

Pemohon perlu merujuk Buku Panduan Permohonan MRSM terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

Apakah syarat kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 MRSM 2024?

Syarat Kemasukan:

i. Calon warganegara Malaysia.

ii. Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.

iii. Calon perlu memohon dalam talian (online) dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan calon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2024

iv. Calon Program Khas wajib menduduki:
Ujian Teknikal bagi pilihan MRSM Program Teknikal, atau
Ujian Khas Ulul Albab bagi pilihan MRSM Program Ulul Albab atau
Ujian Khas IGCSE bagi pilihan MRSM Program IGCSE.

v. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.

vi. Umur Persekolahan Calon:
Tingkatan 1 2024 adalah bagi calon yang lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012, atau
Tingkatan 4 2024 adalah bagi calon yang lahir pada 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009.

vii. Ibu bapa/ penjaga tidak disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA

viii. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya tarikh lahir saya bukan seperti di dalam syarat kemasukan MRSM?

Sekiranya calon tidak memenuhi syarat umur yang ditetapkan, calon dikehendaki e-melkan dokumen berikut kepada [email protected]

Dokumen yang diperlukan:
I. Salinan sijil kelahiran calon
II. Salinan surat pengesahan kohort umur

Adakah saya boleh menggunakan telefon pintar untuk membuat permohonan secara dalam talian?

Boleh, tetapi pemohon perlu memastikan dapat melihat keseluruhan paparan di setiap halaman permohonan. Pemohon boleh menggunakan kaedah putar (rotate) telefon bimbit secara melintang.

Walau bagaimanapun, pemohon digalakkan membuat permohonan menggunakan komputer/ desktop/ komputer riba dengan pelayar (browser) yang terkini.

Saya cuba untuk mendaftar permohonan tetapi terdapat popup “Sila masukkan nombor kad pengenalan (12 digit) yang betul”, apa yang perlu saya lakukan?

Pemohon hendaklah memastikan bilangan nombor kad pengenalan calon yang diisi mencukupi 12 digit tanpa tanda (-).

Contoh :
No kad pengenalan : 100101010101

Saya cuba untuk mendaftar permohonan tetapi terdapat popup “Tidak memenuhi syarat permohonan MRSM”, apa yang perlu saya lakukan?

Pemohon perlu memastikan memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan seperti yang tertera dalam iklan permohonan MRSM 2023.

Ibu atau bapa saya bukan warganegara dan tidak dapat mengisi nombor passport kerana ruangan kad pengenalan memerlukan 12 digit, bolehkah saya membuat permohonan?

Boleh, salah seorang ibu atau bapa mestilah warganegara. Bagi permohonan yang menggunakan nombor passport (bukan nombor kad pengenalan) perlu lengkapkan 12 digit pada ruangan nombor kad pengenalan dengan menambahkan digit kosong (0) di belakang nombor passport. Contoh AG3215670000.

Bolehkah saya mengemas kini permohonan saya selepas permohonan dihantar? Bagaimanakah untuk memastikan permohonan saya berjaya dihantar?

Boleh, permohonan yang telah dihantar boleh dikemas kini sehingga tarikh tutup permohonan pada 4 November 2022. Calon akan menerima pop up ”Permohonan telah berjaya dihantar” sejurus selepas menekan butang hantar dan perlu mencetak permohonan untuk simpanan dan rujukan.

Bagaimanakah cara untuk saya mengemas kini maklumat nama calon/ e-mel/ nama sekolah/ aliran sekolah sekiranya terdapat kesilapan?

Pemohon perlu e-melkan maklumat lengkap calon (nama serta nombor kad pengenalan) dan maklumat yang ingin dikemas kini kepada [email protected]

PERKARA: KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN (AWANG)
Nama : Awang bin Seman
No kad Pengenalan: 10111111111
Maklumat untuk kemaskini: ………

Anak saya tidak memohon secara dalam talian. Adakah permohonan bersurat akan diterima?

Tidak, hanya permohonan secara dalam talian sahaja diterima dan akan diproses.

Saya telah mengisi permohonan dalam talian, perlukah saya menghantar salinan permohonan yang dicetak kepada Bahagian Pendidikan Menengah?

Salinan permohonan tidak perlu dihantar ke Bahagian Pendidikan Menengah.

Apakah UKKM dan siapa yang perlu menduduki UKKM?

UKKM adalah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM yang merangkumi Ujian Bahasa Melayu, Sains, Matematik serta Keperibadian dan semua calon yang membuat permohonan secara dalam talian wajibmenduduki UKKM.

Sekiranya nama ibu dan/ atau bapa telah disenaraihitamkan oleh pihak MARA, adakah anak saya masih boleh membuat permohonan dalam talian?

Pemohon boleh membuat permohonan MRSM tetapi dalam masa yang sama, ibu dan/ atau bapa perlulah membuat semakan status senarai hitam dan pemutihan status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA.

Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Pihak MARA jika mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan MRSM?

Sebarang persoalan berkaitan permohonan MRSM boleh disalurkan melalui: a) E-mel [email protected] atau b) Talian Rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-26134533/ 17/ 78/ 65/ 39/ 40/ 35/ 38/ 37/ 31/ 32/ 34494 (Isnin sehingga Jumaat, jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang waktu bekerja)

Maklumat Lanjut Permohonan MRSM 2024

Sila klik pautan permohonan >>

Sila layari portal MARA
http://www.mara.gov.my

Talian utama: 03-261 32000

E-mel : [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!