Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 sesi 2026 dibuka pada 1 Ogos sehingga 7 September 2025. Permohonan bagi tahun ini adalah melalui sistem permohonan tunggal. Ini bermaksud, bagi kemasukan 2026, calon hanya perlu melakukan satu permohonan sahaja untuk kedua‑dua institusi iaitu MRSM dan SBP. Semua pemohon yang berada di bawah sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh membuat permohonan MRSM melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my (Tingkatan 1) atau https://spskt4.moe.gov.my (Tingkatan 4). Manakala bagi pemohon yang berada di sekolah swasta boleh membuat permohonan melalui pautan rasmi https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/ (Tingkatan 1 & 4).
MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, info penting serta persediaan yang perlu diketahui untuk proses permohonan.

Pengenalan Tentang MRSM
MRSM adalah singkatan kepada Maktab Rendah Sains MARA, iaitu rangkaian sekolah berasrama penuh yang dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi kerajaan Malaysia. Tujuan utamanya ialah membina institusi pendidikan menengah berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) untuk pelajar yang cemerlang, terutama dari kalangan Bumiputera
MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Baca juga : Senarai SBP: Ranking Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Malaysia
Program Yang Ditawarkan Di MRSM & Lokasi
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.
Terdapat 6 program dilaksanakan di MRSM seperti berikut:
- Premier
- Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA
- Ulul Albab
- Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran
- IGCSE
- Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM
- IB MYP (Middle Years Programme)
- Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM
- Teknikal
- Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan
- PKP (Program Khas Pendidikan)
- Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM

Berikut disenaraikan program Tingkatan 1 MRSM :
PROGRAM PREMIER
MRSM Program Premier menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
29 MRSM
- MELAKA – MRSM TERENDAK
- JOHOR – MRSM MUAR, MRSM MERSING, MRSM TUN DR ISMAIL
- PAHANG – MRSM TUN GHAZALI SHAFIE, MRSM KUANTAN
- PERAK – MRSM GERIK, MRSM PENGKALAN HULU, MRSM SULTAN AZLAN SHAH, MRSM FELDA TROLak, MRSM PASIR SALAK
- PULAU PINANG – MRSM BALIK PULAU
- KEDAH – MRSM BALING, MRSM MERBOK, MRSM PDRM KULIM, MRSM KUBANG PASU
- PERLIS – MRSM ARAU
- KELANTAN – MRSM JELI, MRSM KUALA KRAI, MRSM TUMPAT
- TERENGGANU – MRSM KUALA TERENGGANU, MRSM KUALA BERANG, MRSM DUNGUN
- SABAH – MRSM KOTA KINABALU, MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU, MRSM RANAU
- SARAWAK – MRSM KUCHING, MRSM BETONG, MRSM MUKAH
PROGRAM PREMIER STEM-EXCELLENCE
MRSM Program Premier – STEM Excellence menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
MRSM Program Premier – STEM Excellence melaksanakan modifikasi kurikulum secara bersepadu merentas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pendekatan ini dilaksanakan melalui pemetaan kurikulum yang menyeluruh bagi memastikan kesinambungan pembelajaran yang lebih tersusun, progresif dan holistik, sejajar dengan aspirasi untuk melahirkan pelajar berdaya saing dalam bidang STEM.
10 MRSM
- NEGERI SEMBILAN – MRSM SERTING
- JOHOR – MRSM BATU PAHAT
- PAHANG – MRSM MUADZAM SHAH
- PERAK – MRSM LENGGONG
- KEDAH – MRSM PENDANG
- MELAKA – MRSM BESERI
- KELANTAN – MRSM PASIR TUMBOH
- TERENGGANU – MRSM BESUT
- SABAH – MRSM TUN MOHAMAD FUAD STEPHENS SANDAKAN
- SARAWAK – MRSM BINTULU
PROGRAM BITARA
MRSM Program Bitara menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
MRSM Program Bitara menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar (gifted & talented).
MRSM Program Bitara melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan pelajar yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).
1 MRSM
- KELANTAN – MRSM PENGKALAN CHEPA
- MELAKA – MRSM Tun Ghafar Baba Melaka
- PERAK – MRSM Taiping
PROGRAM ULUL ALBAB
MRSM Program Ulul Albab menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
Program Ulul Albab ialah program nilai tambah termasuk Tahfiz Al-Quran yang bermatlamat melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.
8 MRSM
- SELANGOR – MRSM SUNGAI BESAR
- NEGERI SEMBILAN – MRSM GEMENCHEH
- PAHANG – MRSM ATM BERA
- PERAK – MRSM BAGAN DATUK, MRSM FELDA TROLak
- PULAU PINANG – MRSM TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS
- TERENGGANU – MRSM KOTA PUTRA
- SABAH – MRSM SEMPORNA
PROGRAM IGCSE
MRSM Program IGCSE menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dan Kurikulum Cambridge IGCSE yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.
Integrasi kurikulum ini akan memberikan nilai tambah (value add) kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun tingkatan 4 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa tingkatan 5.
9 MRSM
- SELANGOR – MRSM KUALA KUBU BHARU
- MELAKA – MRSM ALOR GAJAH
- NEGERI SEMBILAN – MRSM KUALA KLAWANG
- JOHOR – MRSM JOHOR BAHRU
- PAHANG – MRSM TUN ABDUL RAZAK
- PERAK – MRSM PARIT
- KEDAH – MRSM LANGKAWI
- SABAH – MRSM KOTA KINABALU
- SARAWAK – MRSM KUCHING
PROGRAM TEKNIKAL
MRSM Program Teknikal menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Pada peringkat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pelajar perlu mengambil sama ada subjek Lukisan Kejuruteraan atau Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrikal sebagai subjek elektif pilihan wajib.
2 MRSM
- PULAU PINANG – MRSM TRANSKRIAN
- PAHANG – MRSM BENTONG

Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM serta FAQ yang disediakan di pautan ini.
Baca juga : MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan
Tarikh Permohonan Kemasukan MRSM 2026 Bagi Tingkatan 1 & 4
MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.
Pelajar, ibu bapa, dan penjaga kini boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula, 1 Ogos sehingga 7 September 2025.
Syarat Kemasukan MRSM 2026
- Calon warganegara Malaysia.
- Ibu dan/atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
- Calon dari sekolah yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Calon dari sekolah swasta tidak berdaftar KPM WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
- Calon yang melepasi skor merit minimum PKSK/UKKM dan memilih Program Khas seperti Premier-STEM Excellence, Ulul Albab, IGCSE, Teknikal dan Bitara WAJIB menduduki Ujian Khas yang ditetapkan oleh MARA.
- Calon akan disaring melalui Pilihan Pertama MRSM yang dipilih.
- Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
- Calon lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014 bagi calon Tingkatan 1 2026 dan Calon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 bagi calon Tingkatan 4 2026.
- Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
- Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM serta FAQ yang disediakan di pautan ini.
Cara Permohonan MRSM 2026 Bagi Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 4
Mulai sesi kemasukan 2026, permohonan ke MRSM dan SBP akan digabungkan melalui satu sistem permohonan tunggal, dengan hanya satu tawaran tempat diberikan melalui sistem PKSK berpusat. Langkah ini bertujuan memastikan keadilan, pengurusan tempat yang optimum, dan memberi peluang kepada pelajar yang benar-benar layak terutama dari bandar miskin dan keluarga B40.
- Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.
- Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.
- Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.
PANDUAN PERMOHONAN MRSM 2026
Berikut adalah langkah membuat permohonan MRSM bagi calon yang berminat.
- Pergi ke laman web https://spskt1.moe.gov.my (Tingkatan 1) atau https://spskt4.moe.gov.my (Tingkatan 4) *untuk sekolah KPM. Layari https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/ bagi sekolah swasta.
- Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.
Baca Maklumat Program MRSM selengkapnya di SINI. - Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4).
- Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).
- Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya.
- Log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.
- Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.
- Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (✔) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar).
- Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.
- Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.
Dapatkan 34 CONTOH KARANGAN TERBAIK SIRI 1 & 2 Mirip Soalan PKSK & UKKM
Soalan Lazim Kemasukan MRSM 2026
Berikut dikongsikan info lanjut mengenai kemasukan MRSM 2026:





Permohonan ke TIngkatan 1 dan 4 MRSM dibuka pada 1 Ogos hingga 7 September 2025.
Calon dari sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) sila layari pautan di bawah.
Tingkatan 1:
https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4:
https://spskt4.moe.gov.my
Manakala bagi calon dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) sila layari pautan di bawah.
Permohonan MRSM:
https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
Syarat Kemasukan:
• Calon warganegara Malaysia
• Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia
• Calon dari sekolah yang berdaftar bawah KPM WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Ujian Kelayakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
• Calon dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM WAJIB memohon secara dalam talian (online) dan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
• Semua calon yang melepasi Ujian kelayakan PKSK/UKKM dan memilih Program Khas seperti Premier-STEM Excellence, Ulul Albab, IGCSE, Teknikal dan Bitara WAJIB menduduki Ujian Khas yang ditetapkan oleh MARA
• Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
• Calon lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014 bagi calon Tingkatan 1 2026 dan Calon lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 bagi calon Tingkatan 4 2026
• Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA
• Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
Ya, pemohon dibenarkan membuat permohonan Sekolah Khusus & MRSM. Ibu dan/ atau bapa juga boleh membuat semakan status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit (BKK) sebelum sistem tawaran Sekolah Khusus & MRSM.
Sebarang persoalan berkaitan permohonan MRSM boleh melalui:
a) E-mel MRSM: [email protected]
b) Talian Rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-26134185/34198/34202/34206/34214 (Isnin sehingga Jumaat, jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang waktu bekerja)
Maklumat Lanjut Permohonan MRSM 2026
Sila klik pautan permohonan >>
- Link permohonan online: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/ (Permohonan Kemasukan 2026)
- Syarat dan Pilihan Program : https://tinyurl.com/yc747f2e
Sila layari portal MARA: http://www.mara.gov.my
Talian utama: 03-261 32000
E-mel : [email protected]




