e-Penyata Gaji MARA: Semakan Penyata Gaji Kakitangan MARA

Kakitangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) boleh membuat semakan dan mencetak penyata gaji MARA mereka menerusi Sistem e-Penyata Gaji.

Sistem ini merupakan sistem atas talian yang membolehkan kakitangan MARA membuat semakan dan mencetak penyata gaji mereka.

Oleh itu, kakitangan MARA adalah dialu-alukan untuk menggunakan sistem ini yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana juga.

Mengenai Sistem e-Penyata Gaji MARA

Sistem e-Penyata Gaji dibangunkan bagi kemudahan staf MARA membuat capaian dan cetakan penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan masing-masing.

Pihak MARA memaklumkan penyata gaji bulanan tersebut hanya boleh digunakan untuk semakan dan rujukan pegawai berkenaan sahaja.

Sekiranya penyata tersebut hendak digunakan untuk tujuan yang lain, pegawai tersebut perlulah mendapat pengesahan daripada pegawai mengawal pusat atau pegawai yang diberi kuasa terlebih dahulu.

Cara Mendaftar

Untuk menggunakan sistem ini, kakitangan perlu mendaftar terlebih dahulu seperti cara-cara di bawah:

  1. Layari laman web https://online07.mara.gov.my/epenyata/.
  2. Klik pautan “Daftar Pengguna.”
  3. Masukkan nombor gaji dan nombor kad pengenalan dan tekan butang ’Cari’. Maklumat seperti nama, pusat, emel dan nombor telefon akan dipaparkan sekiranya rekod wujud.
  4. Setelah maklumat dipaparkan, sila pilih imej (tukar imej) dan tekan butang ’Simpan’ untuk mendaftar pengguna.
  5. Mesej ’Pendaftaran Berjaya’ akan dipaparkan dan skrin utama Sistem e-Penyata Gaji akan dipaparkan.

Cara Menyemak & Mencetak Penyata Gaji

Semakan dan cetakan penyata gaji boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://online07.mara.gov.my/epenyata/.
  2. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan.
  3. Klik di puautan ’Penyata Gaji’.
  4. Maklumat seperti No.Gaji, No KP, Nama, Pusat, Gred Gaji dan Kenaikan Gaji Tahunan akan dipaparkan.
  5. Pilih tahun dan bulan yang diinginkan.
  6. Klik butang ‘Proses.’
  7. Klik pautan ‘Muat Turun Penyata.’
  8. Paparan penyata gaji dipaparkan. Penyata gaji tersebut boleh dimuat turun dan dicetak.

Soalan Lazim

Adakah saya perlu mendaftar?

Ya semua kakitangan perlu mendaftar sebelum mendapat capaian ke sistem.

Kenapa maklumat profail saya tidak tepat?

Maklumat tersebut diekstrak daripada Sistem Album. Sebarang pindaan maklumat perlu dirujuk ke Bahagian Sumber Manusia.

Bagaimana sekiranya saya terlupa kata laluan?

Anda boleh ke pautan ‘Lupa Kata Laluan’ dan kata laluan anda akan diset semula ke
Nombor gaji.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai penyata gaji MARA, sila layari laman web https://online07.mara.gov.my/epenyata/.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!