Pinjaman Pelajaran MARA 2024: STEP Dalam Negara

Berita baik buat pelajar lepasan STPM / STAM yang ingin menyambung pengajian peringkat Ijazah pertama bagi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan kursus terpilih dalam negara sahaja kerana pihak MARA baru sahaja membuka permohonn bagi program Pinjaman Pelajaran MARA (STEP Dalam Negara) untuk tahun 2024.

Pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan permohonan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama bagi pengajian secara sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terpilih di dalam negara mengikut bidang tertentu.

Tempoh permohonan

Permohonan bagi Pinjaman Pelajaran MARA (STEP Dalam Negara) ini dibuka bermula 20 Mac 2024 (Rabu) sehingga 01 April 2024 (Isnin), 11.59 malam.

Tempoh Pinjaman Pelajaran

Tempoh tawaran pinjaman pelajaran akan bermula dari semester semasa
iaitu ketika permohonan dikemukakan dan berdasarkan tempoh tamat pengajian sebenar tertakluk kepada syarat tawaran yang ditetapkan.

Artikel berkaitan: TESP MARA 2024: Program Penajaan Pengajian Tertiari

Syarat permohonan

Hanya pelajar yang memenuhi syarat-syarat permohonan di bawah sahaja akan dipertimbangkan untuk pemberian Pinjaman Pelajaran MARA 2024 ini:

syarat umum pinjaman pelajaran MARA
syarat akademik Pinjaman Pelajaran MARA

Semakan permohonan

Pemohon perlu sentiasa menyemak status permohonan yang telah dihantar di sistem MyEduloan dari semasa ke semasa di pautan
https://educationloan.mara.gov.my.

Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA
selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak
berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Senarai kursus dan IPT Yang Layak

Seperti mana yang dinyatakan di atas, tawaran Pinjaman Pelajaran MARA ini hanya ditawarkan kepada kursus dan IPT tertentu dalam negara sahaja.

Untuk lihat senarai kursus dan IPT yang layak, sila rujuk dokumen di bawah (Rujuk halaman 10 – 32).

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah bagi program Pinjaman Pelajaran MARA (STEP Dalam Negara) ini, boleh hubungi pegawa bertugas melalui e-mel dari pukul 09.00 pagi hingga pukul 04.30 petang (Isnin-Jumaat) seperti berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!