Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia telah membuka peluang kerjaya kepada warganegara Malaysia untuk memohon jawatan Penolong Jurulatih PLKN 3.0 yang boleh dipohon di pautan https://forms.gle/42rpkzFQ9wH2njrp?.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan ini.

Pengenalan PLKN 3.0
PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti.
Struktur Latihan Khidmat Negara merangkumi latihan asas Ketenteraan yang meliputi aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
Sementara itu, elemen Khidmat Masyarakat meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.
Perjawatan Yang Ditawarkan
Perjawatan yang ditawarkan bagi Penolong Jurulatih PLKN ini adalah seperti berikut:
- Jawatan: Pembantu Belia dan Sukan
- Gred: S1
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Julai 2026 (sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari).
Syarat Umum
Syarat umum untuk memohon jawatan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Awam: 28 – 45 tahun
Veteran Tentera: 35 – 53 tahun - Sihat tubuh badan dan “Body Mass Index” (BMI) tidak melebihi 27.0
- Bersedia untuk berkhidmat di mana-mana Kem Latihan Khidmat Negara di seluruh Malaysia
Syarat Lantikan
Pelantikan adalah Secara Kontrak (Contract Of Service) yang merangkumi syarat-syarat berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S1:RM1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,500.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia tau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,561.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S1:RM1,622.00).
Merit Tambahan
Selain itu, merit tambahan juga akan dipertimbangkan seperti:
- Pernah berkhidmat sebagai Jurulatih PLKN 1.0 dan 2.0; atau
- Pesara Badan Beruniform tau Veteran ATM yang memiliki kelayakan bidang kursus jurulatih kawad, kecergasan jasmani, kepimpinan dan ilmu ketenteraan; dan
- Berkeupayaan untuk mendidik, melatih dan memimpin pelatin PLKN ke arah modal insan yang baik.
- Awam – kepakaran dalam bidang abselling, latihan kecergasan, pengalaman mengajar / kursus motivasi.
Cara Memohon
Calon yang berminat untuk menvertai sesi temu duga jawatan ini boleh mengisi maklumat di pautan https://forms.gle/42rpkzFQ9wH2njrp?
Soalan Lazim
Jawatan yang ditawrkan adalah Penolong Jurulatih iaitu Pembantu Belia dan Sukan gred S1.
Ya. Pelantikan adalah secara kontrak (Contract Of Service).
Permohonan boleh dibuat sehingga 17 Julai 2026 (sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari).
– Awam: 28 – 45 tahun
– Veteran Tentera: 35 – 53 tahun
Tidak. Permohonan dibuka kepada semua namun mereka yang pernah menjadi jurulatih PLKN sebelum ini akan mempunyai merit tambahan untuk permohonan ini.
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/42rpkzFQ9wH2njrp?
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Unit Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan JLKN seperti yang tertera di poster atau melayari laman web rasmi di https://jlkn.mod.gov.my..
Baca juga: Akhirnya Terjawab! Umur Bersara Wajib Penjawat Awam Kekal 60 Tahun




