MAKLUMAN MURID TAHUN 1 (2026) : SEMAKAN TAHUN 1 , PROSES PENGESAHAN PENEMPATAN ONLINE BAGI SESI 2025 / 2026 & PERMOHONAN RAYUAN – Adalah dimaklumkan bahawa keputusan penempatan Tahun Semakan pengesahan penempatan & permohonan kemasukan Tahun 1 sesi 2026 di sistem idME (https://idme.moe.gov.my/login) akan dibuka mulai 1 Ogos 2025. Semakan boleh dibuat secara online untuk memudahkan ibu bapa membuat cetakan untuk pendaftaran.
Mohon ibu bapa yang anak mereka yang akan memasuki darjah 1 Tahun 2026, sila ambil maklum tarikh penting untuk semakan dan cetak surat penempatan anak Tuan / Puan.
Surat penempatan ini nanti dibawa bersama sewaktu mendaftar anak pada bulan Januari nanti.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan bagi pendaftaran yang telah dibuat bagi sesi 2026.
Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2026
Dimaklumkan keputusan penempatan Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2026 boleh disemak mulai 1 Ogos 2025 (Jumaat) melalui sistem Pengurusan IDentiti (idMe) di pautan berikut – https://idme.moe.gov.my/login
- Rayuan hanya melalui sistem idme – dibuka mulai 1 Ogos – 31 Ogos 2025. Sila login ke pautan https://idme.moe.gov.my/login untuk rayuan.

MAKLUMAN TAMBAHAN (Sekiranya RAYUAN tidak berjaya)
- Sekiranya keputusan rayuan TIDAK BERJAYA – ibu bapa penjaga perlu sahkan penempatan yang telah diberi sebelum ini. Mohon hubungi PPD atau JPN untuk maklumat lanjut.
- Sekiranya rayuan BERJAYA – ibu bapa perlu sahkan penerimaan sekolah berdasarkan kelulusan rayuan tersebut.
Rujuk langkah bergambar di bawah:
CARA SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 SESI 2026
LANGKAH 1 – Login ke portal idMe https://idme.moe.gov.my/login

LANGKAH 2 – Pergi bahagian Menu (rujuk gambar)
LANGKAH 3 – Klik Aplikasi

LANGKAH 4 – Klik Permohonan Kemasukan

Klik bahagian menu di bawah

Anda akan dibawa ke bahagian Permohonan.
LANGKAH 5 – Klik Pendaftaran Tahun 1 2026
Status permohonan berjaya akan dipaparkan seperti berikut:

LANGKAH 6 – Cetak surat tawaran dan hantar ke sekolah.
Surat penempatan ini perlu dihantar ke pejabat sekolah.
Ibu bapa perlu membuat pengesahan dan mencetak surat tawaran penempatan Tahun 1 seperti di bawah:

Baca juga: Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK JKM) RM1000 Sebulan
TINDAKAN IBU BAPA
Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan ibu bapa setelah membuat semakan penempatan anak.
PERAKUAN PENEMPATAN
- Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
- Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
- Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut.
Permohonan Rayuan Penempatan Tahun 1
Sekiranya ibu bapa ingin membuat permohonan rayuan bagi penempatan yang diterima, anda boleh membuat rayuan.
Sekiranya ibu bapa/penjaga tidak bersetuju dengan penempatan yang dipaparkan, mereka boleh membuat rayuan.
Bersama-sama ini juga disertakan manual pengguna bagi rujukan tuan/puan.
MANUAL PENGGUNA: PERMOHONAN RAYUAN PENEMPATAN SEKOLAH (Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM)
Sila rujuk panduan di bawah:
- Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
- Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
- Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
- Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
TINDAKAN SEKOLAH
- MUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).
- Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut.
- Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.
Semoga maklumat yang dikongsikan ini boleh digunakan sebagai panduan pelaksanaan proses kerja tersebut.
Baca juga: Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2026 KPM Online (public.moe.gov.my)

LANGKAH RAYUAN TAHUN 1 JIKA TIDAK SETUJU SEKOLAH YANG DITEMPATKAN:
- Login https://idme.moe.gov.my/login
- Klik pengesahan penempatan
- Cetak surat tawaran
- Mohon RAYUAN (dalam sistem idMe) mulai 1 Ogos hingga 31 Ogos 2025.
Terlupa Kata Laluan
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
- Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
- Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
- Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)
Maklumat Lanjut Semakan Tahun 1 Sesi 2025/2026
Segala pertanyaan dan masalah mengenai pilihan sekolah, pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan) boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak.




