i-Citra KWSP: Permohonan Baru & Semakan Status Mulai 12 Julai 2021

Selain Bantuan Khas COVID-19, PM turut mengumumkan i-Citra KWSP iaitu kemudahan pengeluaran RM5,000 akaun KWSP bermula Ogos nanti.

Namun kadar bayaran tetap adalah RM1,000 setiap bulan selama 5 bulan sahaja.

Ianya merupakan kesinambungan daripada i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan moratorium enam bulan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

Terkini, permohonan iCitra diawalkan dua hari dari tarikh asal.

Kini ahli boleh membuat permohonan pengeluaran bermula 12 Julai 2021.

Pengeluaran i-Citra KWSP

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.

Katanya, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5 ribu dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.

“Kerajaan inilah yang mula-mula sekali mencadangkan pelaksanaan program i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat dalam mendepani cabaran semasa pandemik Covid-19.

“Kita telah menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan inisiatif seumpama ini. Alhamdulillah, ia memberi kesan positif dan amat membantu aliran tunai rakyat sehingga kini,” katanya semasa mengumumkan bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) berjumlah RM150 bilion tadi, termasuk suntikan langsung fiskal sebanyak RM10 bilion.

Menurutnya, pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

“Hakikatnya ini merupakan keputusan sukar kerana Kerajaan sedar, ini adalah simpanan hari tua rakyat, dan penyelesaian i-Citra mengambil jalan tengah antara keperluan mendesak hari ini, dan pulangan yang wajar bagi ahli-ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran,” katanya.

Berikut dikongsikan syarat-syarat, cara permohonan dan langkah membuat semakan status.

Apakah i-Citra?

i-Citra diperkenalkan sebagai inisiatif bagi membantu ahli menghadapi cabaran dan diusahakan setelah dipertimbangkan dengan teliti cara terbaik untuk membantu ahli yang terjejas sekaligus berpegang kepada mandat KWSP.

Syarat Kelayakan iCitra

Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra, yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

Nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.

Amaun Pengeluaran

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  • Bayaran minimum adalah RM50
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)

Cara Mohon

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021. 

Sila rujuk cara permohonan di bawah:

permohonan icitra

Semakan Status i-Citra KWSP

Bagi ahli yang telah membuat permohonan mulai 12 Julai lalu, anda kini boleh membuat semakan status dari semasa ke semasa bermula 16 Julai 2021.

Sila rujuk langkah membuat semakan status seperti di bawah:

  1. Layari laman web https://icitra.kwsp.gov.my/
  2. Sila isikan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang telah digunakan semasa membuat permohonan.
  3. Tekan butang Semakan Status.
  4. Status permohonan anda akan dipaparkan.

NOTA: Jika permohonan anda diluluskan, bayaran akan mula dikreditkan ke akaun penerima pada bulan Ogos 2021.

Untuk maklumat lebih lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.

Semakan Baki Akaun KWSP

Ahli boleh membuat semakan baki akaun 1 & 2 KWSP melalui saluran berikut:

  1. i-Akaun (Ahli)
  2. Aplikasi mudah alih i-Akaun
  3. Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

Soalan Lazim

Apakah itu i-Citra KWSP?

iCitra KWSP merupakan kemudahan pengeluaran RM1,000 sebulan selama lima bulan.

Bilakah permohonan i-Citra akan dibuka?

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi http://icitra.kwsp.gov.my bermula 15 Julai nanti.

Adakah saya layak mengeluarkan iCitra?

Sekiranya baki akaun KWSP anda mencukupi maka anda layak memohon pengeluaran i-Citra.

Bolehkah saya memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?

Boleh, tertakluk pada syarat kelayakan yang dimaklumkan.

Bilakah status permohonan boleh disemak?

Semakan status permohonan i-Citra boleh dibuat mulai 16 Julai 2021.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!