PPBU Bank Rakyat : Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah 2024

ppbu bank rakyat 2024
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PENGUMUMAN TAWARAN Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat (PPBU) 2024

Yayasan Bank Rakyat telah membuka tawaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) bagi tahun 2024 ini buat pelajar di peringkat pengajian seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang kelebihan pembiayaan yang ditawarkan serta cara membuat permohonan dan semakan keputusan tawaran.

Baca juga: Cara Dapatkan eStatement Bank Rakyat (Penyata Kewangan)

Apakah PPBU Bank Rakyat?

PPBU ditawarkan ke peringkat pengajian tinggi daripada Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PH.D) kepada warganegara Malaysia yang layak.

Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi untuk menerima pendidikan sarjana muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta tempatan dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.

PPBU ditawarkan kepada pemohon yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. (NVTC).

PPBU menyediakan bantuan pendidikan untuk pengajian sarjana muda dalam spektrum luas mata pelajaran akademik dan praktikal yang pada pendapat ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR berorientasikan yang terbaik kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.

Jumlah Tajaan & Insentif PPBU Bank Rakyat 2024

Jumlah tajaan bagi PPBU adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut: –

Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM12,000/ 1 tahun

Peratus bayaran balik dan kadar insentif bagi PPBU bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah seperti dalam jadual berikut:

CGPAPERATUS BAYARAN BALIK (%)INSENTIF (%)
3.50-4.000100
3.33-3.491090
3.00-3.322080
2.75-2.995050
2.50-2.747030
<2.491000

Kursus Yang Ditawarkan

Terbuka kepada semua bidang pengajian. kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).

Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pengurusan perniagaan
  • Sumber Manusia
  • Ekonomi
  • Komunikasi Media
  • Undang-undang
  • Sains Aktuari

Kedoktoran PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.

Syarat Kelayakan PPBU Bank Rakyat 2024

Warganegara Malaysia yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dan memenuhi syarat kelayakan akademik berikut:-

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pengajian sepenuh masa.
  3. TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
  4. Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan dalam Malaysia.
  5. Keputusan Peperiksaan
    • PNGK Diploma sekurang-kurangnya 3.0 atau
    • PNGK Matrikulasi minimum 3.0 atau
    • PNGK Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) minimum 3.0 atau
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz iaitu setaraf dengan STPM
  6. Keutamaan kepada pelajar daripada keluarga B40

Cara Permohonan

Untuk memohon, sila layari laman web Yayasan Bank Rakyat untuk maklumat lanjut.

*Permohonan adalah secara atas talian sahaja.

**Pelajar dikehendaki membuka Akaun Simpanan Bank Rakyat sebelum memohon Tajaan PPBU dengan jumlah minimum RM 100.00

Sila buat permohonan secara online melalui pautan berikut https://yayasanbankrakyat.com.my

ppbu bank rakyat

Ujian Saringan Online

Pemohon Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2024 yang telah berjaya menghantar borang permohonan adalah dikehendaki untuk menduduki Ujian Saringan Online di portal permohonan Yayasan Bank Rakyat bagi saringan seterusnya mulai 4 hingga 8 November 2024.

Langkah-langkah untuk menjawab adalah seperti berikut:

  1. Log masuk
  2. Semak status permohonan
  3. Jalani ujian saringan
ppbu bank rakyat 2024

Untuk maklumat lanjut/ sebarang permasalahan, sila e-mel kepada [email protected].

Berikut dikongsikan sedikit tips untuk ujian ini yang dikompilasikan dari media sosial :

@mycareerofficial

Kalau ada yang pernah jawab ujian ybr ppbu dulu boleh komen 👀 #ybrppbu #mycareer #student #degree

♬ DJ Lalala – yogaserge

Semakan Keputusan Tawaran

Keputusan bagi permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) akan diumumkan dalam tempoh satu (1) ke dua (2) bulan setelah tarikh tutup permohonan.

Semakan boleh dilakukan melalui laman web Yayasan Bank Rakyat di pautan berikut:

https://application.yayasanbankrakyat.com.my/index.php

ppbu bank rakyat pembiayaan boleh ubah

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui info lanjut tentang Pembiayaan Boleh Ubah Bank Rakyat, sila rujuk:

  • Layari https://www.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/ppbu/
  • Hubungi talian 03 – 2612 6443/ 6444 / 0956 (hari bekerja, 9:00 pagi hingga 5:00 petang) atau
  • e-mel: [email protected]

Baca juga : Baucar Buku IPT MySISWAPLACE- Semakan / Penebusan RM100

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut