Kerjaya Anda Dalam Senarai Kritikal? Ini 66 Jawatan Yang Malaysia Sangat-Sangat Perlukan Sekarang!- MyCOL 2024/2025

pasaran pekerjaan di malaysia
66 pekerjaan kritikal dalam pasaran pekerjaan di malaysia - MyCOL 2024/2025
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pernah tak anda scroll LinkedIn atau tengok portal kerja, pastu rasa macam – “banyak gila vacancy, tapi kenapa ramai graduan masih susah nak dapat kerja?” – Itu lah paradoks paling besar dalam pasaran pekerjaan di Malaysia sekarang.

Majikan ‘menangis’ cari orang, graduan menangis cari kerja. Dua-dua pun menangis, tapi tangisan yang berbeza.

TalentCorp baru je keluarkan MyMahir Malaysia Critical Occupations List (MyCOL) 2024/2025 – edisi ke-8 dan yang paling komprehensif atau lengkap berbanding semua edisi sebelum ini.

Hasilnya? Terdapat 66 jawatan kritikal merentasi 18 sektor ekonomi yang Malaysia sangat perlukan tapi masih tak cukup orang isi.

Dengan kata mudah, ada 66 jenis kerja dalam 18 sektor ekonomi yang Malaysia memang terdesak perlukan – tapi masih tak cukup orang untuk mengisi kekosongan tu.

Ini bukan sekadar senarai biasa. Ini adalah peta harta karun kerjaya – itu pun kalau anda tahu dan faham bagaimana nak baca!

Apa Sebenarnya Maksud “Kritikal” Tu?

Sebelum kita masuk dalam list, kena faham dulu definisi kerja dan industri yang dianggap kritikal.

TalentCorp tak main hentam je label sesuatu jawatan sebagai kritikal.

Ada tiga kriteria ketat yang perlu dipenuhi:

Skilled – Kerja tersebut berada dalam kumpulan separa mahir atau mahir mengikut Malaysian Standard Classification of Occupations (MASCO). Maksudnya, bukan kerja sembarangan.

Sought-after – Permintaan jauh melebihi bekalan. Bukan sikit-sikit, tapi ketara dan berterusan walaupun majikan dah cuba pelbagai cara nak isi kekosongan tu.

Strategic – Pekerjaan tersebut penting untuk agenda transformasi ekonomi negara. Kena sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 dan matlamat Malaysia sebagai ekonomi berasaskan pengetahuan.

Apa yang membuatkan edisi 2024/2025 ni luar biasa? Skopnya dah melompat besar-besaran.

Edisi sebelumnya cuma tengok 3 sektor dan 37 jawatan. Kini? 18 sektor, 66 jawatan, dan untuk pertama kalinya ada analisis mengikut 6 wilayah/negeri. Ini bukan upgrade kecil – ini overhaul total.

pasaran pekerjaan di malaysia
MyCOL 2024/2025

MyCOL 2024/2025
MyCOL 2024/2025

Sektor Tech & Digital: Perang Talent Yang Belum Berakhir

Kalau ada satu sektor yang paling kuat rasa tekanan dalam pasaran pekerjaan di Malaysia, ia adalah industri teknologi.

Bukan sekadar isu kekurangan orang, tapi ini krisis struktur yang dalam.

MyCOL 2024/2025 menyenaraikan beberapa jawatan digital yang kritikal dan makin susah diisi:

  • ICT Managers – Especially yang ada expertise dalam SQL, Python, AI/ML, Tableau dan RPA. Bank-bank dan syarikat E&E ‘menjerit’ cari orang macam ni.
  • Software Developers & Engineers – Jawatan ni dah lama dalam senarai kritikal dan masih tak reda. Sektor insurans, perbankan dan elektronik semuanya struggle nak recruit.
  • Cybersecurity Professionals – Dengan ancaman siber yang makin canggih, ini jawatan yang demand dia akan terus naik. Ada shortage global, dan Malaysia tak terkecuali.
  • Data Scientists & Analysts – Hot skill set merentasi semua industri. Sektor insurans dan perbankan khususnya berdepan kekurangan talent atau bakat tempatan yang ada business knowledge industri-spesifik.
  • Computer Network Professionals – Dimasukkan dalam senarai walaupun tanpa nomination langsung dari survey, kerana kepentingannya diiktiraf oleh MDEC.

Survey Randstad mendedahkan bahawa 41% majikan Malaysia menjangkakan hiring paling tinggi berlaku dalam sektor teknologi. Tapi isu yang sama berulang – candidates yang ada skill, ramai cari peluang kerja di luar negara, terutama Singapura.

Dalam pasaran pekerjaan di Malaysia, perang bakat tech ini juga didorong oleh kehadiran hyperscalers seperti AWS, Microsoft dan Google yang dah buat pelaburan besar di Malaysia. Ini bukan berita buruk – ia bermakna lebih banyak peluang untuk mereka. Tapi ia juga bermakna standard dan ekspektasi naik.

Pasaran Pekerjaan Di Malaysia Engineering & Pembuatan: Malaysia Perlukan Lebih Ramai Jurutera

Sektor kedua yang paling kritikal? Engineering dan pembuatan. Bukan satu-dua jawatan, tapi hampir seluruh spektrum jurutera.

MyCOL 2024/2025 menyenaraikan beberapa jenis jurutera sebagai kritikal dalam pasaran pekerjaan di Malaysia:

Civil Engineers – Industri pembinaan tengah shift ke arah kaedah modular dan prefabrikasi. Perlu pakar yang faham teknik moden, tapi bilangan calon yang layak masih terhad.

Mechanical Engineers – Shortage serius merentasi sektor petroleum, pembuatan, dan aeroangkasa. Ramai graduan pilih kerja software berbanding kerja plant. Ada yang pergi kilang semikonduktor kerana gaji lebih tinggi.

Electrical Engineers – Susah diisi, dan makin susah dari tahun ke tahun. Sektor rubber-based, petroleum dan elektronik semuanya ketandusan talent.

Electronics Engineers – Penting untuk Malaysia kekal sebagai hab E&E global. Dengan NIMP 2030 yang target Malaysia menjadi pusat IC design untuk EV, RE dan AI – permintaan jurutera ni akan meletup.

Industrial & Production Engineers – NIMP 2030 nak transformasikan 3,000 kilang kepada smart factories. Ini perlukan sistem integrators dan automation specialists. Tapi, sekarang? Kita ada kekurangan talent yang teruk.

Chemical Engineers – Sektor petroleum dan timber berdepan masalah serius. Calon yang ada spesifik knowledge untuk process dan plant design sangat susah dicari.

Statistik menunjukkan vacancy untuk jurutera mekanik dan elektrik memerlukan masa lebih dari 6 bulan untuk diisi. Ini bukan cuma masalah HR, tapi ini masalah ekonomi!

Pasaran Pekerjaan Healthcare: Sistem Kesihatan Masih Tercungap-Cungap!

pasaran pekerjaan di Malaysia

Ini yang ramai tak sedar – sektor kesihatan dalam pasaran pekerjaan di Malaysia juga dalam keadaan kritikal. Dan ini bukan baru. Ia dah berlarutan malah makin teruk.

Jawatan kritikal dalam healthcare yang disenaraikan MyCOL 2024/2025:

Specialist Medical Practitioners – Pakar kardiologi, neurologi, oftalmologi, pakar bedah ortopedik, dan banyak lagi. Proses housemanship yang terhad kepada hospital kerajaan sahaja menjadi bottleneck utama. Tiada kerjasama antara universiti perubatan dengan hospital swasta memperlahankan penghasilan doktor pakar.

Nurses (Jururawat) – Ini yang paling mengejutkan ramai orang. Jawatan ni harder to fill berbanding tahun sebelumnya. Dua masalah besar: bilangan universiti yang diluluskan Lembaga Jururawat untuk tawarkan kursus kejururawatan sangat terhad, dan ada outflow jururawat ke luar negara mencari peluang lebih baik.

Pharmacists – Masuk untuk pertama kalinya dalam MyCOL 2024/2025, mencerminkan lonjakan permintaan dalam sektor kesihatan.

Physiotherapists – Sektor aged care khususnya memerlukan fisioterapis yang ada critical thinking dan adaptability untuk plan penjagaan pesakit yang disesuaikan.

Dengan populasi Malaysia yang semakin menua dan kesedaran kesihatan yang meningkat pasca-COVID, jawatan healthcare dalam pasaran pekerjaan di Malaysia akan terus menjadi antara yang paling dicari dalam dekad akan datang.

Kewangan, Perakaunan & Undang-Undang: Lebih Dari Sekadar Crunching Numbers

Ramai yang ingat bidang perakaunan dah oversupply. Rupa-rupanya? Tidak juga!

MyCOL 2024/2025 membuktikan bahawa pasaran pekerjaan di Malaysia masih lapar untuk financial talent yang betul.

Finance Managers – Terutama yang ada expertise dalam actuarial science dan IFRS 17. Sektor insurans bersaing dengan Singapura dan UK untuk talent yang sama. Dan, kita selalunya kalah.

Accountants & Auditors – Malaysian Institute of Accountants (MIA) menekankan bahawa dengan sustainability reporting yang akan menjadi perkara wajib pada 2025-2026, keperluan untuk akauntan yang faham ESG dan green accounting melonjak drastik. Target 60,000 professional perakaunan masih belum tercapai!

Financial Analysts – Sektor perbankan perlukan pakar yang boleh support pembangunan dan monitoring credit risk dan behavioral models untuk Asset Liability Management (ALM).

Mathematicians, Actuaries & Statisticians – Ini antara yang paling susah dicari dalam keseluruhan senarai. Proses kelayakan aktuari yang melibatkan peperiksaan-peperiksaan ketat dari badan seperti SOA atau IFoA memerlukan masa bertahun-tahun. Dan bila dah layak? Ramai talent yang pergi Singapura atau Hong Kong.

Yang menariknya, kebanyakan jawatan dalam kategori ni makin hari makin susah nak diisi berbanding tahun sebelumnya.

Ini tanda yang jelas bahawa persaingan untuk dapatkan talent yang betul semakin sengit, dan bekalan tak mampu kejar permintaan.

Krisis “Job-Ready”: Kenapa Graduan Ada Ijazah Tapi Majikan Tak Nak?

pasaran pekerjaan di Malaysia

Ini yang paling trending di media sosial Malaysia sekarang – keluhan majikan pasal graduan yang “ada degree tapi tak boleh kerja” dan keluhan graduan pasal “dah belajar tapi tak diberi peluang kerja.”

Data dari MyCOL 2024/2025 dan kajian lain memberi gambaran yang lebih jelas tentang isu dalam pasaran pekerjaan di Malaysia:

Nak tahu data yang menakutkan? Pada 2023, 70% graduan bekerja dalam jawatan separuh mahir atau rendah mahir – ini jauh di bawah tahap pendidikan mereka.

Skills mismatch antara graduan meningkat dari 22.9% pada 2016 kepada 32.4% pada 2023. Ini bukan trend yang baik.

Survey Randstad pula mendedahkan 56% majikan Malaysia berdepan kekurangan talent dengan kemahiran yang diperlukan. Dan 64% organisasi melaporkan kekurangan kemahiran sederhana hingga teruk pada akhir 2024.

Majikan dalam MyCOL menyatakan sebab utama jawatan susah diisi adalah disebabkan:

  • Calon kurang pengalaman kerja yang relevan.
  • Terlalu sedikit pemohon untuk kekosongan yang ada.
  • Calon tidak ada kelayakan atau credential yang diperlukan.
  • Jangkaan gaji melebihi kadar pasaran.

Dalam masa yang sama, 62% profesional Malaysia sedang aktif mencari atau merancang untuk cari kerja baru pada 2025 – tapi bukan semata-mata kerana gaji. Sebab utama? Lack of future opportunities (43%). Ini masalah budaya korporat dan laluan kerjaya, bukan semata-mata masalah gaji.

Apa Boleh Anda Buat Dengan Info Pasaran Pekerjaan Di Malaysia- MyCol Ni?

MyCOL bukan sekadar laporan untuk pembuat dasar. Ia adalah peta kerjaya untuk anda.

Untuk yang sedang belajar atau baru grad: Tengok senarai ni dan tanya diri – adakah bidang anda ada dalam 66 jawatan kritikal? Kalau ada, good news – permintaan tinggi, peluang besar. Kalau tidak, ini masa untuk fikirkan upskilling atau reskilling.

Untuk yang dah bekerja: Adakah kemahiran anda relevan dengan apa yang majikan cari? Kemahiran seperti data analytics, cybersecurity, AI/ML, dan sustainability reporting bukan lagi nice-to-have – ia dah jadi must-have dalam pasaran pekerjaan di Malaysia.

Untuk yang fikir nak balik Malaysia dari luar negara: Senarai ni juga digunakan oleh kerajaan untuk immigration approvals termasuk Returning Expert Programme (REP) dan Residence Pass–Talent. Kalau kemahiran anda ada dalam MyCOL, peluang anda untuk pulang dan contribute kepada negara lebih cerah.

Untuk majikan: 77% responden dalam kajian MyCOL adalah SME dan perusahaan mikro. Ini bermakna masalah talent bukan hanya masalah MNC. SME juga perlu mula fikirkan strategi talent yang lebih proaktif – partnership dengan institusi pendidikan, program apprenticeship, flexible work arrangement, dan laluan kerjaya yang jelas.

Baca juga:

Aturan Kerja Fleksibel: Permohonan & Tanggungjawab Majikan

e-Penyata Gaji JANM: Semakan Slip Gaji Penjawat Awam Online

e-Profiling GReaT KPT – Ujian Personaliti & Padanan Kerjaya

Cara Jawab Soalan “Tell Me About Yourself” Dalam Temuduga

Kesimpulan: Pasaran Pekerjaan di Malaysia Sedang Berubah – Anda Pun Kena Berubah

MyCOL 2024/2025 adalah dokumen paling penting tentang pasaran pekerjaan di Malaysia yang keluar tahun ini.

Ia bukan laporan biasa – ia adalah seruan untuk semua pihak bertindak.

66 jawatan kritikal dalam 18 sektor bukan bermakna Malaysia gagal. Ia bermakna Malaysia sedang berkembang pesat dan perlukan talent yang seiring dengan pertumbuhan itu.

Shortage dalam STEM, digital, engineering dan healthcare bukan masalah yang akan selesai sendiri.

Ia perlukan sistem pendidikan yang lebih responsive.

Ia perlukan majikan yang lebih bersedia invest dalam talent.

Dan ia perlukan individu – anda dan saya – yang proaktif dalam membina kemahiran yang diperlukan oleh pasaran pekerjaan di Malaysia masa kini dan masa depan.

Soalan besar untuk anda hari ni: Adakah kemahiran anda ada dalam senarai yang Malaysia perlukan?

Peringatan: Muat turun laporan penuh MyCOL 2024/2025 di laman web TalentCorp Malaysia. Kalau anda nak tahu kerjaya mana yang sesuai dengan kemahiran anda, boleh explore platform MyNext oleh TalentCorp untuk panduan kerjaya yang lebih personal. Dan kalau anda professional Malaysia di luar negara yang fikir nak balik – semak Returning Expert Programme (REP) untuk tahu manfaat yang tersedia untuk anda.

Kongsikan artikel ni dengan kawan-kawan yang sedang bergelut dalam pasaran kerja. Mungkin info ni yang diorang perlukan.

Sumber: TalentCorp MyMahir MyCOL 2024/2025 | Randstad Malaysia Salary Guide 2025 | People Matters Global | British Council Malaysia Employability Research

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut