Dalam era di mana kesedaran tentang perlindungan kewangan semakin meningkat, kerjaya sebagai ejen takaful / insurans berdaftar muncul sebagai salah satu pilihan profesional yang menjanjukan pendapatan lumayan dan fleksibiliti masa yang sukar ditandingi.
Ramai tertanya-tanya bagaimana cara untuk memulakan langkah dalam industri ini, apakah syarat kelayakan, dan berapa besar potensi pendapatan yang boleh diraih.Kerjaya ini bukan sekadar menjual polisi, tetapi memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran dan perlindungan terhadap risiko kewangan yang tidak diduga seperti kecelakaan, penyakit kritikal, kehilangan pendapatan atau kematian.
Kerjaya ini bukan sekadar menjual polisi, tetapi memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran dan perlindungan terhadap risiko kewangan yang tidak diduga seperti kecelakaan, penyakit kritikal, kehilangan pendapatan atau kematian.
Kerjaya ini menggabungkan aspek profesionalisme, kepercayaan, dan tanggungjawab sosial, menjadikannya pilihan yang relevan dalam era ketidakpastian ekonomi dan kesedaran terhadap perlindungan kewangan.
Peranan dan Potensi Kerjaya Ejen Takaful

Ejen takaful berdaftar ialah individu berlesen yang bertindak sebagai perantara profesional antara pelanggan dengan syarikat-syarikat takaful ternama seperti Prudential BSN Takaful, Takaful Ikhlas, AIA Public Takaful, Zurich Takaful, Etiqa Takaful, dan Great Eastern Takaful.
Tugas utama mereka adalah mempromosi, menasihat, dan menjual pelan-pelan takaful yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan pelanggan.
Kerjaya ini menawarkan pelbagai kelebihan yang menjadikannya pilihan menarik, terutamanya bagi mereka yang menginginkan kebebasan dan potensi pendapatan tanpa had.
Antara kebaikan utamanya ialah modal permulaan yang sangat rendah, hanya sekitar RM80 hingga RM110 untuk menduduki peperiksaan dan yuran pendaftaran, yang merupakan kos seumur hidup untuk memulakan perniagaan sendiri tanpa perlu menyimpan stok atau menyewa pejabat.
Waktu kerja yang fleksibel membolehkan ia dijalankan secara sambilan atau sepenuh masa, memberikan kebebasan kepada individu untuk mengurus masa mengikut keutamaan hidup dan keluarga.
Artikel berkaiitan: Cara Pembatalan Insurans atau Takaful & Contoh Surat
Kelayakan Asas Menjadi Ejen Takaful / Insurans

Untuk jadi ejen takaful / insurans berdaftar, mempunyai asas pendidikan yang kukuh adalah langkah pertama.
Walaupun kebanyakan syarikat tidak menetapkan kelayakan akademik tinggi seperti ijazah, calon ejen biasanya perlu mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.
Namun demikian, latar belakang pendidikan dalam bidang kewangan, pemasaran atau perniagaan boleh memberi kelebihan dalam memahami produk kewangan yang kompleks dan meningkatkan keyakinan pelanggan.
Namun, persediaan mental adalah sama penting kerana anda perlu mengubah minda daripada budaya makan gaji kepada minda perniagaan memerlukan keberanian mengambil risiko dan kesediaan untuk terus belajar.
Kerjaya ini bukan mudah, tetapi ia tidak mustahil; sudah ramai yang membuktikan mereka mampu membantu masyarakat sekali gus mengubah taraf hidup diri dan keluarga.
Langkah Menjadi Ejen Takaful / Insurans Berdaftar

Langkah pertama yang praktikal adalah memilih syarikat takaful yang ingin diwakil kerana setiap syarikat mempunyai kekuatan produk tersendiri.
Setelah bersetuju untuk menyertai sesebuah agensi, langkah seterusnya adalah mendaftar dan menghadiri kursus latihan asas yang disediakan.
Latihan ini, yang biasanya berlangsung 2 hingga 5 hari secara online atau fizikal, bertujuan membekalkan anda dengan pengetahuan produk, teknik jualan, dan etika takaful.
Langkah paling kritikal seterusnya adalah menduduki peperiksaan Takaful Basic Examination (TBE) yang dikendalikan oleh Malaysian Insurance Institute (MII).
Yuran peperiksaan adalah sekitar RM80 hingga RM100, dan ia dijalankan secara dalam talian dalam format aneka pilihan .
Topik yang diuji merangkumi prinsip asas takaful, jenis-jenis produk, serta undang-undang dan regulasi industri takaful Malaysia.
Selepas lulus peperiksaan TBE, anda layak didaftarkan secara rasmi di bawah syarikat takaful pilihan dan anda akan menerima lesen dan kod ejen yang sah, menandakan anda kini boleh memulakan aktiviti jualan secara profesional sebagai ejen takaful berdaftar.




