Cara Pembatalan Insurans atau Takaful & Contoh Surat

Bagaimanakah caranya melakukan pembatalan insurans atau takaful?

Takaful dan insurans memainkan peranan penting dalam memberikan perlindungan kewangan sekiranya perkara yang tidak diduga berlaku kepada anda, seperti mengidap penyakit kritikal, terlibat dalam kemalangan, mengalami kerugian harta benda, ataupun kematian.

Oleh itu, sekiranya tiada keperluan mendesak maka anda tidaklah perlu melakukan pembatalan insurans atau takaful anda kerana kita sama sekali tidak mengetahui bilakah musibah akan menimpa diri kita.

Perbezaan Insurans atau Takaful

Secara amnya, Takaful boleh dianggap seperti insurans versi Islamik, namun terdapat perbezaan pada prinsip dan kaedah bagaimana Takaful beroperasi.

Takaful bukan sahaja terhad untuk orang Islam, malah ia juga terbuka kepada orang bukan Islam yang ingin melanggan dan menerima manfaat Takaful.

Dari segi asasnya, insurans melibatkan persetujuan antara orang yang dijamin (anda) dan syarikat insurans (yang akan menanggung risiko).

Persetujuan ini dikenali sebagai polisi, dan untuk anda menerima perlindungan sebagai pemegang polisi, anda perlu membuat bayaran, juga dipanggil premium, kepada syarikat insurans yang berkenaan.

Premium yang dibuat akan dilaburkan oleh syarikat insurans.

Anda tidak boleh memilih bagaimana pelaburan tersebut dibuat dan ini mungkin melibatkan perniagaan yang tidak mematuhi prinsip syariah, termasuk perniagaan yang mempunyai unsur perjudian, riba dan berisiko tinggi/ketidaktentuan.

Sama seperti insurans, pengendali Takaful akan melaburkan sumbangan anda juga.

Walau bagaimanapun, hanya perniagaan patuh syariah sahaja yang berkelayakan.

Kredit: PruBSN

Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membatalkan polisi

Seperti dinyatakan di atas, anda hanya digalakkan meneruskan proses pembatalan polisi insurns atau takaful anda sekira anda betul-betul terdesak sahaja.

Untuk membantu anda membuat keputusan, berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda betul-betul ingin membatalkan polisi insurans atau takaful anda:

  1. Bayaran penalti – Rujuk dengan ejen insurans / takaful anda sekiranya terdapat sebarang caj penalti yang dikenakan untuk mengelakkan masalah dikemudian hari
  2. Jangan batalkan polisi sedia ada sekiranya anda tidak mempunyai alasan yang munasabah kerana kita tidak tahu bila kita akan ditimpa musibah
  3. Berbincang dengan ejen anda untuk restructure polisi anda – anda mungkin boleh meminta pengurangan caruman bulanan untuk mendapat manfaat yang kurang daripada manfaat sedia anda

Cara membatalkan insurans atau takaful

Secara ringkas dan mudahnya, terdapat 2 cara untuk membatalkan isuran atau takaful anda:

  1. Maklumkan kepada syarikat insurans atau takaful kemudian isi borang yang disediakan mereka sekiranya perlu.
  2. Anda cuma perlu biarkan sahaja premium insurans takaful anda itu luput dengan cara tidak membayar premium insurans atau takaful tersebut.

Tetapi pembatalan insurans atau takaful melalui cara kedua ini agak berisiko kerana ia akan menjejaskan rekod sekaligus menyukarkan anda jika ingin memohon polisi lain di masa hadapan.

Berikut merupakan cara yang betul untuk membatalkan polisi insurans atau takaful anda:

  1. Hubungi talian Khidmat Pelanggan (boleh semak melalui laman web insurans atau takaful anda)
  2. Prosedur pembatalan mungkin berbeza-beza antara syarikat penyedian insurans / takaful dimana anda mungkin diminta melakukan salah satu perkara di bawah:
    • Menghantar emel
    • Menghantar surat (lihat contoh surat dibawah)
    • Mengisi borang pengesahan pembatalan polisi insurans atau takaful
  3. Dapatkan surat pengesahan pembatalan bagi mengelakkan masalah dikemudian hari

Contoh surat pembatalan

Sekiranya anda diminta menghantar surat pembatalan polisi, anda boleh menggunakan format ringkas di bawah:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!