MyVisa 2.0 : Permohonan Visa Elektronik (eVisa) Malaysia

myvisa 2.0
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Kerajaan terus memanfaatkan teknologi digital dengan menaiktaraf MyVisa kepada MyVisa 2.0 yang akan mula beroperasi pada 1 Ogos 2025.

MyVisa ialah platform dalam talian yang diperkenalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk memudahkan warga asing memohon visa elektronik (eVISA) bagi memasuki Malaysia dengan lebih mudah dan selesa.

Melalui platform MyVisa, pemohon dapat menguruskan permohonan visa mereka tanpa perlu hadir secara fizikal ke kedutaan atau pejabat konsulat Malaysia.

Platform MyVisa melalui perkhidmatan eVISA telah mempermudah proses permohonan visa ke Malaysia, menjadikannya lebih efisien dan mesra pengguna.

Dengan kemudahan MyVisa, pelancong dan individu yang ingin bekerja, belajar, atau mendapatkan rawatan perubatan di Malaysia dapat menguruskan permohonan visa mereka dengan lebih mudah dan cepat.

Apa itu MyVisa dan eVISA?

MyVisa, platform dalam talian yang diperkenalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, memudahkan warga asing memohon visa elektronik (eVISA) untuk memasuki Malaysia secara lebih mudah, selesa, dan efisien dengan menguruskan permohonan tanpa perlu hadir secara fizikal sekaligus menjadikan proses ini lebih mesra pengguna.

eVISA adalah visa elektronik yang boleh dipohon secara dalam talian oleh warga asing yang ingin melancong, belajar, bekerja, atau mendapatkan rawatan perubatan di Malaysia.

Visa ini membolehkan pemegangnya memasuki Malaysia untuk tempoh dan tujuan yang telah ditetapkan.

Permohonan eVISA boleh dilakukan dari mana-mana sahaja di seluruh dunia, kecuali dari Malaysia, Israel, dan Korea Utara.

permohonan evisa

MyVISA 2.0: Sistem Permohonan Visa Pintar Berasaskan AI

MyVISA 2.0 merupakan sistem terkini yang diperkenalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebagai usaha penambahbaikan terhadap sistem visa sedia ada.

Ia dijangka beroperasi secara rasmi bermula 1 Ogos 2025, dan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan serta keselamatan proses permohonan visa melalui penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan temu duga maya.

Sistem ini dijangka menjadi pemacu utama dalam usaha digitalisasi perkhidmatan imigresen Malaysia.

sistem myvisa baru

Ciri Utama MyVISA 2.0

Salah satu matlamat utama MyVISA 2.0 adalah untuk meningkatkan integriti dan keselamatan sistem permohonan visa negara.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, inisiatif ini turut memperkukuh usaha kerajaan dalam mengekang sindiket pemalsuan visa serta penipuan permohonan.

Sistem ini juga direka untuk meningkatkan ketelusan dan kecekapan operasi imigresen, dengan mempercepatkan tempoh kelulusan visa dan mengurangkan kerenah birokrasi.

sistem myvisa 2.0
Sumber: BERNAMA

Pemohon kini boleh memohon visa secara dalam talian, tanpa perlu hadir ke pejabat imigresen, kecuali dalam kes tertentu.

MyVISA 2.0 memperkenalkan beberapa ciri baharu yang menjadikannya lebih canggih berbanding versi terdahulu. Antara ciri utama ialah:

  • Kecerdasan Buatan (AI) – Digunakan untuk mempercepatkan pemprosesan dan mengenal pasti keperluan temu duga.
  • Temu duga maya – Menggantikan keperluan hadir secara fizikal ke pejabat imigresen, menjimatkan masa dan kos.
  • Optical Character Recognition (OCR) – Membolehkan dokumen diimbas secara automatik untuk pengesahan pantas.
  • Notifikasi masa nyata dan automasi pintar – Memastikan pemohon sentiasa dimaklumkan tentang status permohonan mereka.
  • Aplikasi mudah alih & Sokongan Live Chat – Menyediakan bantuan segera sepanjang proses permohonan.

Kelayakan Memohon eVISA

Warganegara dari beberapa negara layak memohon eVISA untuk tujuan lawatan sosial (pelancongan), antaranya China, India, Sri Lanka, Nepal, Myanmar, Bangladesh, Pakistan, Bhutan, Serbia, Montenegro, dan lain-lain.

Namun, mulai 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2026, warganegara China dan India dikecualikan daripada keperluan visa untuk tujuan pelancongan (Visa Masuk Tunggal) ke Malaysia.

Bagi tujuan belajar, bekerja, atau rawatan perubatan, warganegara yang telah menerima kelulusan untuk eVAL atau VDR layak memohon eVISA.

permohonan evisa

Proses Permohonan eVISA

Untuk memohon eVISA melalui MyVisa, pemohon perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan yang perlu diimbas dan dimuat naik semasa permohonan, antaranya:

  • Gambar studio bersaiz pasport terkini.
  • Muka surat biodata pasport dengan tempoh sah laku sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh perjalanan.
  • Tiket penerbangan pergi dan balik yang telah disahkan.
  • Sijil kelahiran bagi pemohon di bawah umur.
  • Bukti penginapan yang telah dibayar.
  • Dokumen sokongan lain seperti penyata bank, visa negara tempat tinggal semasa, dan pas jangka panjang.

Setelah permohonan dihantar melalui MyVisa, ia akan diproses dalam tempoh dua hingga tujuh hari bekerja.

Pemohon akan menerima eVISA dalam format cetakan A4 yang perlu dicetak dan dibawa semasa ketibaan di Malaysia.

Selain itu, pemohon dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa notifikasi e-mel untuk sebarang makluman lanjut mengenai status permohonan mereka.

myvisa 2.0

Dokumen Diperlukan Semasa Ketibaan

Semasa tiba di pintu masuk Malaysia, pemegang eVISA yang memohon melalui portal MyVisa perlu mengemukakan dokumen berikut:

  • Pasport atau dokumen perjalanan yang sah.
  • Cetakan eVISA yang sah.
  • Pas masuk atau tiket penerbangan yang disahkan.
  • Bukti penginapan yang telah dibayar.
  • Dokumen sokongan lain seperti penyata bank, visa negara tempat tinggal semasa, dan pas jangka panjang.

Jabatan Imigresen Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai kewujudan akaun Facebook palsu yang menggunakan logo rasmi jabatan dan mengeluarkan kenyataan media atas nama Ketua Pengarah Imigresen.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan hebahan daripada akaun palsu ini dan sentiasa merujuk kepada portal rasmi (https://www.imi.gov.my) serta Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (https://www.facebook.com/imigresen) untuk mendapatkan maklumat yang sahih.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang meragukan, segera laporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mngenai kemudahan yang disediakan oleh portal MyVisa, sila rujuk butang Sokongan Sembang Langsung di https://malaysiavisa.imi.gov.my yang beroperasi 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

Untuk makklumat lanjut, sila rujuk FAQ eVisa di bawah:

Soalan Lazim (FAQ) MyVisa 2.0 dan eVisa

Apa itu MyVISA 2.0?

MyVISA 2.0 adalah sistem permohonan visa dalam talian terbaharu oleh Jabatan Imigresen Malaysia yang dipertingkatkan. Ia direka untuk mempercepat dan memperkemas proses permohonan visa dengan integrasi teknologi canggih seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan temu duga maya.

Bilakah MyVISA 2.0 akan digunakan secara rasmi?

MyVISA 2.0 dijangka akan digunakan secara rasmi pada bulan Ogos 2025.

Apakah perbezaan utama antara MyVISA 2.0 dan sistem permohonan visa sebelumnya?

Perbezaan utama termasuk penggunaan AI untuk pemprosesan permohonan yang lebih pantas, pengenalan temu duga maya untuk kemudahan pemohon, dan peningkatan ciri keselamatan untuk mengurangkan penipuan.

Apakah itu eVisa?

eVisa adalah visa elektronik yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Ia membolehkan warga negara tertentu untuk memohon visa secara dalam talian tanpa perlu mengunjungi Kedutaan atau Konsulat Malaysia secara fizikal. eVisa adalah salah satu kemudahan yang ditawarkan di bawah payung MyVISA 2.0.

Siapakah yang layak menggunakan MyVISA 2.0?

Semua individu yang ingin memohon visa untuk memasuki Malaysia seperti visa kerja, visa sosial, visa pelajar, dan visa lawatan sementara akan menggunakan MyVISA 2.0 apabila sistem ini dilaksanakan sepenuhnya.

Adakah temu duga fizikal masih diperlukan dalam MyVISA 2.0?

Tidak, kebanyakan temu duga akan dijalankan secara maya (video call), namun dalam kes tertentu, pemohon mungkin akan dipanggil hadir secara fizikal jika perlu.

Adakah sistem ini selamat dari segi data dan privasi?

Ya. JIM telah mempertingkatkan ciri keselamatan siber dan pemantauan digital untuk memastikan maklumat pemohon dilindungi daripada sebarang pencerobohan atau penyalahgunaan.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut