MySPR Semak – Cara Semakan Pusat Mengundi PRN 2023 (SPR)

MySPR: Semakan Daftar Pemilih PRN 2023, Tempat Pengundi Pilihan Raya Negeri SPR Online (mySPRSemak) & Cara Tukar Pusat Mengundi Online

Adalah menjadi hak setiap warganegara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.

Semakan Daftar Pemilih dan Maklumat Pengundian untuk Pilihan Raya Umum Dewan Undangan/Dewan Negeri/Dewan Undangan Negeri Ke-15 bagi Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan sudah boleh dilakukan bermula 17 Julai 2023!

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kaedah membuat semakan dan pendaftaran.

Ianya lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa.

TERKINI : Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN 2023)

SPR telah mengadakan menyuarat khas untuk mengisi kekosongan kerusi berikutan pembubaran :

  • 36 kerusi Dewan Negeri Kedah
  • 43 kerusi Dewan Negeri Kelantan
  • 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu
  • 40 kerusi Dewan Undangan Pulau Pinang
  • 56 kerusi Dewan Negeri Selangor
  • 36 kerusi Dewan Negeri Negeri Sembilan

SPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting seperti berikut:

  • Tarikh Keluar Writ : 5 Julai 2023 (Rabu)
  • Hari Penamaan Calon : 29 Julai 2023 (Sabtu)
  • Hari Mengundi Awal : 8 Ogos 2023 (Selasa)
  • Hari Mengundi : 12 Ogos 2023 (Sabtu)
Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN 2023) SPR
semakan pusat mengundi tempat
semakan pusat mengundi tempat PRN 2023
tarikh prn 2023 semakan pusat mengundi tempat
tarikh prn 2023 semakan pusat mengundi tempat
tarikh prn 2023 semakan pusat mengundi tempat

Tarikh Semakan Tempat Mengundi PRN 2023

PRU DUN KE-15: MySPR SEMAK

Semakan Daftar Pemilih dan Maklumat Pengundian untuk Pilihan Raya Umum Dewan Undangan/Dewan Negeri/Dewan Undangan Negeri Ke-15 bagi Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan sudah boleh dilakukan bermula 17 Julai 2023!

Para pengundi PRN 2023 boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka mulai 17 Julai 2023 (Isnin).

Syarat Kelayakan Mendaftar MySPR

Antara syarat kelayakan pendaftaran pemilih ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan
  • Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.

Baca juga : Proses Tukar Nama / Hakmilik Kenderaan Bagi Pemilik Meninggal Dunia

Semakan Daftar Pemilih SPR Bagi PRN 2023

MySPR Semak – Semakan Daftar Pemilih & Pusat Mengundi Bagi PRN 2023

Para pengundi PRN 2023 boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka mulai 17 Julai 2023 (Isnin).

Bagi membuat semakan, sila ikuti langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi MySPR Semak atau terus ke Portal MySPR Semak di pautan berikut https://mysprsemak.spr.gov.my;
  2. Klik butang [Semakan Daftar Pemilih]
  3. Isikan nombor kad pengenalan 12 angka
  4. Tekan butang ‘Semak’.
  5. Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.
  6. Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.

Semakan Maklumat Pilihan Raya Negeri 2023 juga boleh dilakukan melalui pautan berikut: https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih

Nota: Anda juga boleh membuat semakan melalui Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

Jika anda masih belum mendaftar atau tidak didaftarkan, atau jika anda ingin membuat pertukaran alamat mengundi, sila rujuk langkah di bawah.

Sila layari www.spr.gov.my untuk maklumat lanjut

myspr mysprsemak

Cara Daftar Pengundi Online / Permohonan Akaun Baru

SPR telah melancarkan portal terbaru MySPR Daftar bagi memudahkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi / pemilih secara online.

Anda boleh membuat semakan, pendaftaran atau memohon pertukaran alamat kawasan mengundi melalui portal ini hanya dengan 3 langkah mudah.

myspr daftar semakan pusat mengundi spr

Langkah 1: Permohonan Akaun Pengguna

Sila layari laman web https://myspr.spr.gov.my

Untuk login ke sistem tersebut, pengguna perlu membuka akaun terlebih dahulu.

Klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’.

Untuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut:

  • Nombor telefon bimbit yang sah
  • Emel yang sah
  • Gambar depan kad pengenalan
  • Gambar swafoto bersama kad pengenalan

Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.

Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.

Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.

Untuk memuatnaik gambar swafoto dan kad pengenalan, sila rujuk gambar di bawah.

myspr daftar

Langkah 2: Pengaktifan Akaun Pengguna

Apabila maklumat permohonan akaun pengguna telah disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.

Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Langkah 3: Isi Borang A

Selepas berjaya login, klik ‘Status Saya’.

Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).

Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang ‘Hantar’.

RUJUK MANUAL :

Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi Online

PERTUKARAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA / PERTUKARAN STATUS (TUKAR TEMPAT MENGUNDI SPR)

  1. Sila layari pautan https://myspr.spr.gov.my/login
  2. Log masuk ke Akaun MySPR anda dengan mengisi No Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA.
  3. Klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status) dengan mengisi borang yang disediakan.
  4. Pilih KATEGORI PEMILIH di Bahagian 1.
  5. Isikan ALAMAT LENGKAP SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS PASANGAN dan maklumat yang dikehendaki.
  6. Muat naik GAMBAR DEPAN MyKad dan GAMBAR SWAFOTO bersama MYKAD berkenaan.
  7. Semak maklumat yang telah diisi dan klik HANTAR. Satu notifikasi MOHON TAC akan dipaparkan. Anda diminta untuk klik MOHON TAC.
  8. Anda akan menerima no TAC melalui e-mel dan SMS. Masukkan no TAC dan klik HANTAR.
  9. Anda akan menerima notifikasi “Borang A TELAH DITERIMA DAN SEDANG DISEMAK UNTUK KELULUSAN oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia” melalui e-mel.

PERMOHONAN PERTUKARAN ALAMAT DI MYKAD

Pengemaskinian alamat pada MyKad boleh dilakukan dengan hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dan membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.

Sila rujuk makluman dari JPN yang terkini dalam infografik di atas.

Baca juga : SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Untuk Anak

Cara Memohon Undi Pos Online

Untuk memohon undi pos, sila rujuk langkah berikut:

  1. Daftar Akun MySPR dan aktifkan akaun pengguna
  2. Log masuk akaun MySPR
  3. Klik [Permohonan Undi Pos]
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan
  5. E-mel berkenaan status permohonan undi pos (Diluluskan / Ditolak) akan diterima selepas permohonan diproses.

Cara Daftar & Membuat Semakan Lokasi Pusat Daftar Mengundi Secara Manual

Bagi yang ingin mendaftar sebagai pengundi secara manual, anda boleh berbuat demikian dengan hadir ke kaunter berikut:

  • Kaunter Pendaftaran Pemilih
    Ibu Pejabat SPR Malaysia
    Aras G, Menara SPR
    No.2, Jalan P2T, Presint 2
    62100 Putrajaya
  • Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
  • Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara
  • Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai
  • Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
    Sila klik pada http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission
  • Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan

Sila semak lokasi cawangan SPR terdekat anda di pautan berikut:

https://www.spr.gov.my/ms/hubungi-kami/cawangan-spr

Sistem Pendaftaran Pemilih / Pengundi Oleh SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:

  1. Pendaftaran Baru
    • pendaftaran pemilih buat pertama kali.
  2. Pendaftaran Tukar Bahagian Pilihan Raya
    • permohonan pemilih berdaftar untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut di SPR, maka Bahagian Pilihan Raya beliau akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat baru itu.

Muat Turun Aplikasi MySPRSemak

Anda kini boleh memuat turun aplikasi MySPR Semak seperti berikut:

Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/myspr-semak/id1262263101

Google Play: https://play.google.com/store/apps/details

Maklumat Lanjut

Untuk butiran lanjut tentang MySPRSemak sila hubungi hotline SPR di

No. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018

ATAU

Ajukan soalan melalui sistem aduan di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!