Advertisements

Cara Daftar Sebagai Pemandu MyCar Malaysia (eHailing)

Advertisements

Adakah anda berminat untuk daftar sebagai pemandu MyCar?

MyCar merupakan salah satu penyedia perkhidmatan pandu seru (e-hailing) yang sudah beberapa tahun beroperasi dan boleh dikatakan alternatif kepada Grab, inDriver, Maxim dan sebagainya.

Selain perkhidmatan pandu seru mengambil dan menghantar penumpang ke destinasi mereka, MyCar turut menambah perkhidmatan penghantaran barangan yang dikenali sebagai MyDelivery untuk semua pelanggan mereka.

Perkhidmatan MyDelivery ini dibuka untuk semua jenis kenderaan daripada motorsikal, kereta, van dan lori.

Dokumen untuk lesen PSV

Selari dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan Malaysia, setiap pemandu yang berminat menjadi pemandu My Car wajib memiliki lesen PSV.

Bagi yang belum mempunyai lesen PSV, anda dikehendaki untuk mempunyai dokumen-dokumen berikut untuk mengikuti kelas PSV:

  1. Kad pengenalan
  2. Lesen memandu kompetan
  3. Borang pemeriksaan kesihatan

Bagi kemudahan semua bakal pemandu, pihak MyCar turut menyediakan kelas PSV seperti butiran yang berikut:

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Hari: Selasa
Masa: 9.00 pagi
Lokasi: HQ MyCar
Yuran: RM55.00

Ujian bagi mendapatkan lesen PSV akan diadakan pada setiap hari Jumaat.

Alamat HQ MyCar adalah seperti yang berikut:

31-G,Jalan Setia Utama AT U13/AT, Setia Taipan 2, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor

Aplikasi MyCar

pemandu mycar

Untuk memuat turun aplikasi My Car, sila klik pada pautan di bawah:

  1. Google Play – Bagi pengguna peranti Android

Sila muat turun hanya daripada sumber yang sah sahaja bagi mengelakkan peranti anda digodam oleh penjenayah dan dipasang perasian hasad.

Buat masa ini, aplikasi MyCar hanya tersedia untuk pengguna Android sahaja dan mengikut laman rasmi MyCar, aplikasi untuk pengguna iOS dan Huawei akan datang dalam masa terdekat.

Permohan EVP (E-hailing Vehicle Permit)

Setelah selesai mendapatkan PSV, anda dikehendaki memohon E-hailing Vehicle Permit (EVP).

Dokumen-dokumen berikut diperlukan untuk permohonan EVP:

Advertisements
  1. Geran kenderaan
  2. Lesen PSV
  3. Borang pemeriksaan kesihatan

Untuk memohon EVP, buka laman rasmi My_Car, skrol ke bawah dan klik pada butang “EVP Application”.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengnenai PSV atau EVP, sila berhubung terus dengan pihak MyCar melalui talian +6037661 6208.

Leave a Comment