MyBAS Konsesi: Pendaftaran Tambang Percuma Bas Henti-henti

Warga Seremban, Ipoh dan Johor Bahru yang layak bakal menikmati tambang percuma dengan MY BAS KONSESI di sepanjang laluan perkhidmatan MYBAS!

Tahukah anda apakah itu MYBAS dan adakah anda layak menerima tambang percuma ini?

Jom ketahui lebih lanjut.

Pengenalan myBAS

Kementerian Pengangkutan (MOT) menyediakan tambang percuma menerusi inisiatif ‘myBAS Konsesi’ bagi perkhidmatan bas henti-henti myBAS, mulai 15 Ogos 2023.

Menterinya, Anthony Loke berkata inisiatif menerusi Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) itu dilaksanakan di tiga bandar iaitu di Seremban, Ipoh dan Johor Bahru.

Beliau berkata, tambang percuma bagi perkhidmatan bas henti-henti disasarkan kepada golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak serta pelajar sekolah berumur tujuh hingga 17 tahun.

Syarat Kelayakan

Pas Transit myBAS Konsesi ini adalah khas untuk:

  1. Pemegang Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dari JKM
  2. Warga Emas berumur 60 tahun ke atas
  3. Kanak-kanak dan pelajar berumur 7-17 tahun yang bersekolah di kawasan liputan perkhidmatan myBAS.

*Sebagai tambahan, kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke bawah juga boleh menaiki MyBAS Seremban, Ipoh dan Johor Bahru secara percuma dan tiada pendaftaran diperlukan.

Cara Permohonan

Mereka yang berkelayakan boleh mendaftar di kaunter perkhidmatan myBAS dengan membawa dokumen pengenalan diri seperti MyKAD, MyKID dan MyTentera.

LOKASI PENDAFTARAN

Lokasi-lokasi pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Seremban
    • Stesen Bas Bahau
    • Terminal Bas Tampin
    • Nilai Sentral
    • Terminal Bas Port Dickson
    • Terminal 1 Seremban
  2. Ipoh
    • Stesen Bas Medan Kidd
  3. Johor Bahru
    • KSL City Mall
    • TF Value Mart (Nusa Bestari)
    • Terminal Bas Gelang Patah
    • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
    • Terminal Bas Kulai
    • JB CIQ

Mengenai SBST

Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti atau SBST merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi menambahbaik perkhidmatan bas berhenti-henti di bandar-bandar utama yang menghubungkan kawasan luar bandar agar lebih efisyen dan boleh diharap. Dengan jenama perkhidmatan myBAS, ia telah dilaksana di Kangar, Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu dan Johor Bahru.

Perkhidmatan ini dipantau oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selaku agensi pelaksanan program SBST.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!